RAHASIA MENGENALI DIRI

 


RAHASIA MENGENALI DIRI
“Sesiapa yang Mengenal Dirinya, tentu dia akan Mengenal Robbnya dan sesiapa yang Mengenal Robbnya, maka Binasalah Dirinya..."
Firman Allah SWT;
“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”
(QS. Al-Baqarah : 156)
Semoga RAHASIA yang saya (Syeh Haqtullah) bukakan sedikit ini akan memberikan Manfaat kepada AHLI-AHLINYA dan INSAN-INSAN yang Berjiwa Tenang. INSYAALLAH...
Apabila RUH diturunkan ke bumi, ia Berhajat kepada "SIFAT IFTIQAR" Allah SWT untuk berfungsi diatas muka bumi ini.
Jikalau tiadanya SIFAT IFTIQAR, maka RUH tidak akan berfungsi sama sekali.
Ini adalah disebabkan ia memiliki Sifat yang Suci lagi tinggi. Ia tiada Pengetahuan dan Kehendak terhadap Alam yang rendah ini (Duniawi).
Oleh itu, ia memerlukan SIFAT IFTIQAR untuk melaksanakan TUGAS-TUGASNYA sebagai KHALIFAH, untuk kehidupannya didunia ini...
Empat SIFAT IFTIQAR, yaitu;
1) SIFAT QUDRAT,
2) SIFAT HAYAT,
3) SIFAT IRADAT,
4) SIFAT ILMU.
Sebelum RUH dimasukkan kedalam Jasad, Allah SWT telah melapisi RUH AL-QUDSI dengan lapisan-lapisan yang sampai ke Alam “MULKIAH” yang disebutkan “QISWAH UNSURIAH”,
Iaitu ALAM JABARUT, ALAM MALAKUT dan ALAM MULKI, kerana Kekuatannya RUH AL-QUDSI itu boleh menghancurkan Jasad.
Sebagaimananya Cahaya Matahari yang dihalangi oleh Cahayanya Bumi dengan pelbagai lapisan-lapisan, agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya...
Firman Allah SWT;
“Lalu Kutiupkan Ruh-Ku dalam tubuh manusia.”
(QS. Al-Hijr : 29)
1) QUDRAT (KUASA).
Iaitu dinyatakan kepada "RUH JASMANI" dan diletakkan didalam Jasad.
RUH memerlukan Jasad untuk bergerak diatas muka bumi ini.
FIZIKAL : Kuasa Batin yang
hebat
.
TANAH : Tubuh Badan (ISTANA HAKIKAT).
2) ILMU (PENGETAHUAN).
Ianya dinyatakan kepada "RUH SULTANI" dan menjadi Akal apabila digabungkan dengan unsur Air, dan diletakkan pada Otak.
RUH tidak akan dapat Berfikir untuk kehidupan didunianya tanpa Ilmu Berbangsa Dunia.
AKAL : Ilham, Laduni dan Pandangan Tajam Hikmah.
AIR : Otak (ISTANA SYARIAT).
3) HAYAT (HIDUP).
Ianya dinyatakan kepada "RUH AL-HAYAT" dan menjadi Nafas apabila bergabung dengan Udara.
RUH memerlukan Udara untuk berhubungan dengan Nafas.
NAFAS : Menstabilkan Emosi, Akal, Kesihatan dan Perjalanan RUH.
UDARA : Sistem Pernafasan (ISTANA TAREKAT).
4) IRADAT (BERKEHENDAK).
Ianya dinyatakan kepada "RUH SAIRANI RAWANI" dan menjadi Nafsu apabila digabungkan dengan unsur Api dan diletakkan di Jantung (Qalbi).
RUH memerlukan Nafsu yang Berbangsa Dunia untuk Memakmurkan Dunia.
NAFSU : Ketenangan, Kasyaf, Asyik, Cinta, Rindu, Syuhud dan Makrifat.
API : Jantung (ISTANA MAKRIFAT).
RUH itu adalah Hakikatnya Diri Manusia yang sebenar-benarnya. RUH adalah "NUR CAHAYA" yang paling tinggi, dan dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian, sebelum diturunkan ke Alam Dunia ini agar Jasad tidak terbakar. - Syeh Haqtullah
“Manusia itu Rahasia-Ku dan Aku adalah Rahasia manusia.”
(Hadis Qudsi)
RUH itu mempunyai tempat disetiap daerah ketika ia berada didalam Jasad. Setiap INSAN Wajiblah mengetahui bagaimana caranya untuk mengolah setiap lapisan-lapisan tersebut, agar tersingkap baginya RAHASIA.
Kenalilah Dirimu dengan MERENUNGKAN Kedalam Dirimu.
Nescaya nantinya kamu akan Mengenali Tuhanmu yang Tanpa Huruf, Tanpa Suara, Tanpa Dalil dan Tanpa Perantaraan...
Carilah RAHASIA Alam Dirimu Sendiri sehinggalah berjumpanya dengan Air daripada ALAM MALAKUT, ALAM JABARUT dan akhirnya ALAM LAHUT.
Nescaya nantinya kamu akan dapat MENYAKSIKAN kembali sebagaimananya Dirimu Berhimpun dan Bertasbih di ALAM LAHUT, serta MENYAKSIKAN sebagaimananya Dirimu Bersaksi akan DIRI KETUHANAN sebagaimana Firman-NYA;
”Adakah Aku Tuhan Kamu, (Ruh menjawab) Bahkan ! kami menyaksikan.”
(QS. Al-A'raf : 172)
Sesiapa yang telah sampai ke Alam ini, maka ia akan mengambil Ilmunya terus daripada Allah SWT Tanpa Perantaraan, iaitu ILMU LADUNI.
Di Alam ini, ia Beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah...
Pandangannya akan senantiasa melihat kepada Dua Alam, iaitu;
Melihat Diri-NYA di Alam Dzahir iaitu AF’AL, SIFAT dan ASMA. Dan Bermusyahadah dengan Dzat-NYA di ALAM LAHUT.
Ada kalanya mereka itu FANA (LEBUR) penglihatannya di Alam ini ketika Mentajallikan RAHASIA-NYA, sehinggalah tiada yang dilihatnya, melainkan Allah SWT semata-mata.
Bagaimana hendak MENGENAL DIRI ?
Apa yang harus DIKENALI dengan DIRI ini ?
Adakah Mengenal Jasad seperti yang dikenali oleh semua orang-orang kafir dan musyrik itu, maka dengan itu mereka sudah Mengenal Robb mereka ?
Adakah dengan Mengenal Batin sahaja tanpa mengetahui soalnya Rohani ?
Mengenal Diri tanpa Mengenal Jalan Mengenal Diri, maka kamu tidak pernah sama sekali akan sampai kepada tujuannya.
Mengenal jalan tanpa Mengenali Musuh, maka akan tertewas diseparuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa Bersenjata, maka akan dikalahkan.
Mempunyai Senjata yang lengkap, namun tidak Mengenali Maqam Musuh, maka akan menempuh kekalahan.
Mengenal Senjata dan Musuh, tetapi tidak adanya TARBIYAH daripada orang-orang yang Mengenal Perjalanan dan Kaedah-Kaedahnya juga akan Binasa didalam KESESATAN...
"Sesiapa yang benar-benar Mengenali Dirinya, maka akan Binasalah Dirinya..."
Tenggelam ia didalam Lautan Kefakiran,
Tenggelam ia didalam Lautan Ketiadaan Keakuan...
Wujud INSAN adalah Bayang-Bayang kepada WUJUD TUHAN !
Tiada akan Wujud Bayang-Bayang ini jikalau tiada yang Empunya Bayang-Bayang, tidak bergerak Bayang-Bayang melainkan bergeraknya Tuan Empunya Bayang-Bayang.
Apabila kamu memandang diri kamu sendiri, memandang Kewujudan Dirimu. Maka kamu Wajiblah memahami bahawa kamu itu ada pemiliknya.
Wujud kamu menyatakan WUJUD Diri-NYA...
DIA Ghaib dan kamu Nyata, DIA Hakikat dan kamu Syariat, DIA adalah Wujud dan kamu adalah Bayang-Bayang bagi Wujud-NYA.
Lihatlah diri kamu lagi, pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu.
Lihatlah Matamu, lihatlah Telingamu, lihatlah Mulutmu, lihatlah Akalmu, lihatlah Gerak Diammu, lihat Rasa Hatimu. Semuanya tidak lain melainkan Kenyataan Sifat-Sifat-NYA sahaja.
Semoga Hati kita ini tidak dibutakan sama sekali, sehinggakan tidak Mengenal Diri-NYA !
Meskipun Al-Ghaib, tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat DIA apabila dibandingkan dengan Urat Nadi yang ada di leher kamu.
Itu bererti lebih dekat DIA, meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya Nafas didalam dada. Maka Firman-Nya yang memutuskan;
“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”
(QS. Al-Israa' : 72)
NOTA SYEH HAQTULLAH;
Carilah Guru Mursyid Yang HAQ untuk kamu lebih mendalami dan memahaminya dengan sebenar-benarnya.
Janganlah sesekali hanya bersandar kepada apa yang saya (Syeh Haqtullah) ini tuliskan, kerana perbahasan KETUHANAN ini bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh, sambil lewa dan bermain-main.
Supaya kamu memiliki Guru Yang HAQ, tidaklah hanya belajar dengan membaca disana sini sahaja tanpa Berguru, jika tidak nescaya IBLISLAH Guru kamu.


[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan