MAKRIFATULLAH BUKAN BERUSAHA UNTUK MENERANGKAN

 



MAKRIFATULLAH BUKAN BERUSAHA UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH TETAPI BOLEH DICAPAI DENGAN MELAKUKAN CARA DAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID SEPERTIMANA YANG ALLAH TERANGKAN DIDALAM FIRMANNYA PADA
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
ADA FIRMAN ALLAH YANG TELAH MEMPERJELASKAN TENTANG TIDAK AKAN ADA MAKHLOK YANG BOLEH MENERANGKAN TENTANG ALLAH ATAU MAKRIFATULLAH, WALAUPUN 7 LAUTAN DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENERANGKANNYA ...
INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA PADA FIRMAN ALLAH
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
NAMUN DEMIKIAN ALLAH TELAH MENUNJUKKAN CARA DAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN BAGI SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Janji Allah kepada orang beriman dan beramal soleh
Firman Allah
10.Surah Yūnus ayat 9
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di
situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 24
Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...
Walaupun Allah telah memperjelaskan yang Allah tak boleh nak diterangkan tetapi ramai dikalangan manusia dizaman ini berlumba-lumba menerangkan tentang Allah..
Ini yang menyebabkan penerangan yang diberikan tentang Allah tersebut akan berlaku sepertimana firman Allah
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
JIKA ALLAH TIDAK AKAN BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN YANG JIKA SEMUA JENIS LAUTAN DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH, MASIH TIDAK AKAN BOLEH DITERANGKAN TENTANG ALLAH
Jadi bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk kita boleh berpegang dengan ungkapan-ungkapan yang selalu diungkapkan iaitu seperti
AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH...
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA, KENALLAH TUHANNYA, BARANG SIAPA MENGENAL TUHANNYA, BINASALAH JASADNYA...
Insan itu rahsia Aku dan Aku rahsia insan, rahsia itu adalah sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku..
MASAALAH TENTANG SALAH TAFSIR MAKNA BERKAITAN DIRINYA
"Barang siapa mengenal diriNya, kenallah ia akan tuhanNya, barang siapa mengenal akan tuhanNya binasalah jasadnya"
PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA - “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Perintah ini terkandung didalam firman Allah pada
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu bunuhlah diri kamu.
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Sedang melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah merupakan salah satu cara yang perlu dilakukan untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik
2.Surah Al-Baqarah ayat 55
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 56
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”
4.Surah An-Nisā' ayat 63
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
4.Surah An-Nisā' ayat 64
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
4.Surah An-Nisā' ayat 65
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak pernah mengubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
PERINTAH RASULULLAH SAW - MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Jadi persoalannya sekarang ada juga hadis Rasulullah saw
"Barang siapa mengenal diriNya, kenallah akan TuhanNya, Barang siapa mengenal TuhanNya, binasalah jasadnya"
Timbul pertentangan diantara firman Allah dengan hadis, dan diantara hadis dengan hadis...
Sebenarnya tidak timbul pertentangan atau percanggahan tetapi selama ini ramai dikalangan kita yang menyalah tafsir berkenaan diriNya tersebut ...
Sebenarnya diriNya (Allah) bukan dirinya (diri sendiri)..
Tetapi ramai yang berpegang kepada dirinya (diri sendiri) bukan diriNya (Allah)
Mari sama-sama kita bicarakan tentang apa sebenarnya maksud yang telah dimaksudkan dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” dan bagaimana cara yang perlu dilakukan untuk melaksanakannya?
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukan dengan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam jati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
CARA INTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU IAITU ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH PADA
17.Surah Al-'Isrā' atat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang apabila dilaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada (afa’al, asma', sifat atau zat) Allah (Bergantung kepada apa yang telah ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan)
Dimana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan yang akan menjadi penyaksian dan menyebut Allah pada waktu atau detik yang sama dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan akan menjadi pengakuan
Seterusnya akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Disini bukan kita yang sedang melakukan kedua-dua penyaksian dan pengakuan tersebut tetapi “KITA YANG BUKAN KITA LAGI”
MENYEBUT NAMA ALLAH JUGA MERUPAKAN SALAH SATU CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH
4.Surah An-Nisā' Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
4.Surah An-Nisā' Ayat 2
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
MENYEBUT NAMA ALLAH DIKETIKA SEDANG MELAKUKAN IBADAT JUGA ADALAH MERUPAKAN SEBAGAI TANDA BERSYUKUR
Firman Allah
20.Surah Ţāhā ayat 130
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
22.Surah Al-Ĥaj ayat 34
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat
22.Surah Al-Ĥaj ayat 35
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta
orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
34.Surah Saba' ayat 13
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan):
"Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
33.Surah Al-'Aĥzāb (Ayat 41 dan 48)
41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
48. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
Oleh yang demikian setiap seorang mesti muzakarahkan dengan lebih lanjut lagi tentang bagaimana hendak dilaksanakan kedua-dua perintah Allah dan perintah Rasulullah saw ini sehinggalah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada (afa’al, asma', sifat atau zat) Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Sesiapa yang tidak pernah atau belum melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti yang tersebut diatas tidak akan tahu bagaimana dan dimana tempatnya yang akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah ini.
JADI JANGAN MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 8
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
22.Surah Al-Ĥaj aat 9
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
APA YANG DIBICARAKAN DISINI ADALAH PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA, JANGAN MENYALAHKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI
Allah telah menerangkan didalam firmanNya
17.Surah Al-'Isrā' ayat 38
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 39
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
Sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, inilah keadaan “DIRI SENDIRI SUDAH TERBUNUH” hasil daripada sedang melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
17.Surah Al-'Isrā' atat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk dilakukan dengan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Sesudah diri sendiri terbunuh yang tinggal Tajalli “diriNya” iaitu Allah
ini akan berlaku sepertimana firman Allah yang menerangkan perintiwa nabi Allah Musa memohon untuk melihat Allah
7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Maksud kepada
"Barang siapa mengenal diriNya, kenallah ia akan tuhanNya, barang siapa mengenal akan tuhanNya binasalah jasadnya" ialah
“Barang siapa yang mengenal Allah, Allah yang dikenal itulah Tuhan, barang siapa yang mengenal Tuhannya, hilanglah rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan kepada jasadnya”
Maksud kepada diriNya disini bukanlah diri kita sendiri tetapi diriNya Allah kerana diri sendiri telah diperintahkan oleh Allah dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”
Cuba sama-sama kita kembali didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.
Kita lihat kepada firman Allah “KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA DENGAN PERINTAH - BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
Perintah ini bukan diwajibkan kerana ianya adalah merupakan salah satu daripada berbagai jalan dan cara yang boleh dilakukan untuk menetapkan iktiqad tauhid seperti yang telah Allah jelaskan didalam firmanNya
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Sedang melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” adalah perkara yang disunatkan bukan yang telah diwajibkan
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”
Sambungan hadist tersebut adalah :
“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)
Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :
Rasulullah saw berkata :
Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasululullah saw menjawab :
Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)
Didalam ayat yang sama Allah telah menegaskan dengan firmanNya “NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DIANTARA MEREKA”
Seterusnya Allah telah memperjelaskan “DAN SETELAH MEREKA MELAKUKAN SEPERTI YANG TELAH DISUNATKAN (DIPERINTAHKAN), TENTULAH ALLAH AKAN BERIKAN BALASAN YANG AMAT BESAR DAN TENTULAH ALLAH AKAN PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS”
Satu jalan yang lurus yang dimaksudkan ialah seperti yang terkandung didalam firman Allah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"
Dipersilakan untuk dimuzakarahkan berdasarkan kepada
Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

[ Sumber dari Adnan DahalanISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan