ADAB BERILMU DAN ADAB BERGURU

 


ADAB BERILMU DAN ADAB BERGURU
"BERGURU DENGAN GURU MURSYID YANG HAQ"
Ramai Umat Islam di Akhir Zaman harini yang telah SEDAR bahawa betapa pentingnya "ILMU KETUHANAN" pada Akhir Zaman harini, dan mereka pula sangat-sangatlah berminat untuk menuntut kembali "ILMU KETUHANAN" ini, iaitu;
- ILMU SYAHADAH
- ILMU TAUHID SIFAT 20
- ILMU MAKRIFATULLAH
- ILMU HAKIKAT
- ILMU TASAWWUF
Dan sebagainya lagi...
Tetapi yang teramat-amatlah sedihnya mereka-mereka ini terlalulah kurangnya ADAB BERILMU dan ADAB BERGURU !
Maka disini, saya telah terpanggil untuk menceritakan sedikit tentangnya ADAB BERILMU dan ADAB BERGURU seperti mana orang-orang terdahulu Berguru, yang harini ramainya Umat Islam sendiri yang tidak tahu tentangnya.
Inilah akibatnya, apabila kemajuan teknologi dan peredaran zaman doktrin orang-orang kafir telah menguasai dada-dada Umat Islam Akhir Zaman.
Maka hilanglah segala KEBERKATAN ILMU dan LANDASAN BERILMU...
* PERJALANAN BERGURU.
Apabila sahaja kita ingin masuk melangkahkan kaki kedalam gelanggang yang baru, maka sepatutnya hendaklah kita ini melangkahkan kaki dengan dada yang kosong, sepertinya tin yang perlu di isikan airnya.
Maka diantara ADAB yang paling utama sekali perlu dijaga ialah;
Janganlah kita war-warkan ataupun menunjuk-nunjukkan Ilmu yang telah kita pelajari terdahulu,
Ilmu yang telah kita menuntut terdahulu itu hendaklah disimpan dengan baik-baik didalam dada kita dan menjadikannya Amalan setiap turun naiknya nafas kita.
Kerana "Lain pandang, lain belalangnya..."
"Simpan Jadikan Manikam..."
Apabila kita telah berada didalam gelanggang yang baru, maka hendaklah kita menjadikan diri kita ini, seumpamanya kanak-kanak yang tidak tahu menahu apa-apa langsung dan senantiasa untuk bersiap sedia akan menerima segala tunjuk ajar daripada Guru Mursyid yang HAQ itu dengan sepenuh hati kita.
Saidina Umar ra;
"Aku menjadi seorang budak didepan orang yang mengajarkan aku walaupun hanya satu huruf."
Dan janganlah pula sesekali kita membuat perbandingan Ilmu yang baru kita pelajari itu dengan Ilmu yang kita perlajari terdahulu ataupun dengan mana-mana Ilmu yang lain-lainnya,
Apatah lagi memperlekehkannya dan menjatuhkan Hukum "Membabi Buta" sebelum kita AMAL dan ALAMI yang sebenar-benarnya Faham, Mengetahui, Menyaksikan dan Merasainya.
Mungkin dahulu kita Berguru dengan Guru yang terkemuka di ceramah-ceramah, masjid-masjid, sekolah-sekolah dan sebagainya.
Tetapi apabila kita berhadapan dengan seorang Guru Mursyid yang HAQ itu, maka akan sangat-sangatlah jauh berbeza Caranya dan Ilmunya dengan mereka-mereka yang terkemuka tadi yang memiliki sijil, gelaran, pangkat, harta, pengikut dan sebagainya.
(Fahamkan baik-baik sifat-sifatnya Guru Mursyid yang HAQ...)
* CARANYA BERGURU.
Apabila semasa kita berada dihadapannya Guru Mursyid yang HAQ itu, maka haruslah WAJIB kita menjaga segala tingkah laku dan tutur kata kita.
Apabila Guru Mursyid itu sedang menyampaikan Ilmunya untuk memberi Pencerahan dan Penjelasan kepada kita, maka hendaklah kita DIAM dan Tundukkan Kepala kita sebagai tandanya yang kita sedang menghayati dan memahami segala Ilmu yang sedang disampaikan itu.
Janganlah sesekali pernah kita mencelah ataupun memotong percakapannya ataupun menganggu Ilmu yang sedang dicurahkan itu selagi beliau tidak memberikan keizinan.
Gangguan seperti yang selalu dilakukan oleh seorang murid itu adalah, seperti;
- Menghisap rokok
- Minum air
- Bercakap-cakap
- Main handphone
- Sambil lewa
- Melihat tempat-tempat lain
Dan sebagainya lagi...
Sepatutnya, sebelum Guru Mursyid itu memulakan penceritaannya, maka hendaklah kita minum air dengan sepuas-puasnya, hisaplah rokok sepuas-puasnya ataupun ketandas sepuas-puasnya.
Apabila Guru Mursyid itu sudahpun memulakan penceritaan Ilmunya, maka berhentilah kita daripada membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya, kerana ini adalah ILMU KETUHANAN (ILMU TENTANG TUHAN) bukannya perkara-perkara yang boleh dibawa main-main dan diambil remeh temah sahaja.
(Kerana didalam menuntut ILMU KETUHANAN ini, tidak boleh sama sekali adanya sedikit pun gangguan...)
Hendaklah kita terus Tundukkan Kepala dan Teruskan Fokus untuk memahami segala penceritaanya, kerana Ilmu yang disampaikan itu adalah teramat-amatlah memerlukan Fokus yang sangat-sangat tinggi dan kefahaman yang sangat luarbiasa.
(AKAL haruslah tajam, lebih tajam daripada sebilah pisau. Jikalau adanya sedikit sahaja gangguan, maka Akal kita akan terus menjadi tumpul...)
Jika kita sebagai seorang murid telah gagal untuk memahami yang sebenar-benarnya Pengertian Ilmu itu, maka Guru Mursyid itu "TERPAKSA" bertanggungjawab keatas Ilmu yang telah disampaikannya.
(Inilah yang dikatakan oleh orang-orang tua Berilmu dahulu. Bahawa Ilmu Gurunya itu memang betul, tetapi selalunya yang bermasalah adalah muridnya yang salah Berilmu sehinggakan mengheret Gurunya sekali...)
Jikalau seorang murid telah tersesat, maka kesesatan itu adalah diatas dasar kebodohan murid itu sendiri, tetapi jikalau kesemua murid itu telah tersesat. Maka Guru yang mengajarkan itu harus bertanggungjawab !
Jadi ADAB BERILMU dan ADAB BERGURU itu teramat-amatlah penting sekali untuk diutamakan dan dijaga !!!
Semasa Guru Mursyid itu sedang asyik menyampaikan segala Ilmu-Ilmunya, dan ketika itu juga kita melihat beliau telah meminum air. Maka janganlah sesekali kita juga mengikuti apa yang dilakukannya, maka hendaklah kita terus Tundukkan Kepala dan Fokuskan dengan Ilmunya.
Melainkan beliau sendiri yang menjemput ataupun mengizinkannya, ataupun kita sendiri yang meminta izin untuk melakukan sesuatu.
Kita haruslah sentiasa mengutamakan Ilmu yang disampaikannya itu daripada hal-hal yang lain, sehinggalah tamat untuk pelajaran pada haritu.
* PENUTUP DAN ULANGKAJI GURU.
Kebiasaannya, apabila Guru Mursyid itu telah selesai menyampaikan segala Ilmu-Ilmunya tadi, maka sampailah masa untuk Guru Mursyid itu mengajukan segala persoalan-persoalan berkenaan Ilmu yang telah disampaikan olehnya tadi.
Ini adalah masa dimana Guru Mursyid itu akan cuba mengulang kaji semula pelajaran tadi, ataupun beliau sedang menguji anak-anak muridnya, untuk melihat sejauh manakah Kefokusan kita dan Kefahaman kita setelah lama beliau menjelaskan dan menghuraikan Ilmu-Ilmunya tadi.
Maka apabila Guru Mursyid itu bertanya kepada kita, maka hendaklah kita menjawab segala persoalannya yang semampu kita tahu dan faham.
Janganlah hanya kita mendiamkan diri sahaja dan cuba buat-buat tidak tahu, kerana salah ataupun betul jawapannya kita itu, maka Guru Mursyid itu akan menjelaskannya semula sehinggalah kita benar-benar faham.
(Maka disini Guru Mursyid itu akan mendapat tahu, bahawa samada kita benar-benar bersungguh-sungguh ingin belajar ILMU KETUHANAN itu ataupun hanya sekadar ingin tahu sahaja dan bermain-main...)
Jika Guru Mursyid itu berhenti daripada mempertanyakan persoalan-persoalannya,
dan beliau pun berkata kepada kita;
"Ada apa-apa persoalan lagi ?"
Itu adalah tandanya Majlis Ilmu itu sudahpun sampai ke penghujungnya untuk haritu...
Maka sewaktu itulah sebagai seorang murid yang benar-benar bersungguh-sungguh mempelajari ILMU KETUHANAN itu, maka hendaklah kita mengeluarkan segala persoalan-persoalan yang kita benar-benar tidak faham ataupun kita masih keliru.
Tetapi janganlah pula persoalan-persoalan kita itu terkeluar daripada Bab Penceritaanya tadi.
Contohnya hari ini beliau berceritakan tentang sebuah kereta, maka hendaklah segala persoalan yang kita tidak faham dan keliru itu, mestilah yang sama dengan penceritaan kereta itu sahaja, janganlah sesekali meleret kepada bab yang lain-lain pula.
Jikalau kita tidak ada apa-apa hendak dipersoalkan dan tiada persoalan yang hendak ditanyakan lagi, maka disitulah Guru Mursyid itu akan menganggap, bahawa yang kita ini sudah benar-benar faham dan pandai dengan Ilmu yang telah disampaikannya tadi.
Padahal kita masih lagi gagal untuk memahami dan mengerti tentang ilmu yang disampaikannya tadi, maka ini adalah kesilapan seorang murid. Ataupun boleh dikatakan sebagai "Bodoh Sombong".
Sebab itulah adanya penutup Ilmu itu dengan bersoal jawab. Untuk Akal kita sentiasa Proses dan Mengulangi Kaji Ilmu tersebut, agar kita benar-benar sampai kepada kefahamannya justeru menjadikan kita pandai tentangnya.
Inilah kebanyakkannya kesilapan para murid-murid yang menuntut Ilmu, bukannya kesalahan kepada Guru Mursyid itu.
Kononnya hanya dengar mendengar sahaja sudah pandai. Apabila dipersoalkan semula, maka mulalah terpinga-pinga. Bahkan ada yang lupa daripada awal penceritaanya sehingga ke akhirnya.
Ini menunjukkan yang kita sememangnya tidak Fokus dan tidak Memahaminya, lalu membuktikan bahawa kita hanya sekadar ingin tahu ataupun bermain-main sahaja dengan ILMU KETUHANAN itu.
Itulah pentingnya ADAB BERILMU dan ADAB BERGURU.
(MALU BERTANYA SESATLAH JALAN...)
Ingatlah !
Wahai saudara-saudara Umat Islam Akhir Zaman, bahawa KEBERKATAN ILMU yang kita tuntuti itu terletaknya pada ADAB BERILMU dan ADAB BERGURU kita dengan GURU MURSYID.
INGAT !
ILMU KETUHANAN ini harus adanya ADAB dan TERTIBNYA untuk sampai kepada Kemuncaknya. Ini bukanlah Ilmu Express ataupun Ilmu Muat Turun seperti membaca dimedia-media sosial ataupun buku-buku.
Sebab itulah Pentingnya BERGURU dengan GURU MURSYID Yang HAQ...
Supaya dada-dada kita ini dipenuhi dengan Ilmu-Ilmu yang
mantap
dan kukuh, bukanya seperti "Tin kosong" yang hanya berbentuk dan bercorak yang cantik sahaja.
Ataupun sekeras bahasa seperti anjing yang menyalak bukit. Bukit tidak runtuh, suaranya sahaja yang lebih...
* NASIHAT;
Didalam menuntut Ilmu KETUHANAN dengan Guru Mursyid kita, maka perlulah diutamakan "SABAR" dengan apa sahaja Ujian dan Cubaan yang diberikan ataupun dilakukannya kepada kita.
Ingatlah kisah Nabi Musa as dan Nabi Allah Khidir as...
Dan sentiasalah menunjukkan sikap kita yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin mempelajarinya sehinggalah kemuncaknya ILMU. Walaupun harta benda dikorbankan dan walaupun seberat apa jua rintangannya.
Dan TAATILAH kepada Guru Mursyid kita itu, satukanlah Iradatnya dengan Iradat kita, kita jangan sesekali berkemahuan melainkan kemahuannya. Jika kita berjaya melakukannya, nescaya kita akan sampai KEMUNCAKNYA ILMU.
Jikalau sudah menemukan Guru Mursyid yang HAQ Tersembunyi itu, janganlah sesekali melepaskannya, kerana KUNCI RAHASIA itu ada pada dirinya...
INSYAALLAH... Akan bersambung lagi berkenaan GURU MURSYID...

Murid itu ada 4 Golongan
1-Rajin belajar dan rajin berkhidmah kepada guru,dengan membantunya dimana saja dan apasaja yang ada kepentingan serta menanggung keletihan dan kesengsaraan demi untuk kesenangan gurunya dan cinta ia kepadanya lebih daripada cinta kedua ibu bapaknya.
"Murid inilah yang bekal menjadi ulama yang Amilin yang dihormati dan disayangi oleh masyarakat dan banyak berfaedah ilmunya kepada mereka."
2-Rajin belajar dan malas berkhidmah kepada guru,ia mempergunakan gurunya untuk kepentingan dirinya saja yaitu untuk belajar semata mata daripada gurunya itu dan tidak ingin memberi bantuan apapun daripada tenaganya dan hartanya dan lain sebagainya.
"Murid inilah yang kurang berfaedah dengan ilmunya dan iapun tidak berapa dihormati dan ditaati oleh masyarakat sebagaimana keadaan nya dengan gurunya."
3-Rajin berkhidmah kepada guru dan malas belajar,apasaja kepentingan gurunya dialah yang lebih dahulu membantunya dan melaksanakan nya,tetapi kalau belajar ia ada malas,
"Murid inilah bakal terdapat ulama dari turunan nya dengan sebab berkat berkhidmah ya kepada gurunya dan iapun dihormati oleh masyarakat dan didengar perkataan nya sehingga jadi ia seorang yang berpengaruh."
4-Malas belajar dan malas berkhidmah kepada guru.tidak suka belajar hanya yang suka bermain² saja,suka ia bergaul dengan teman²nya yang sama²malas belajar dengan dia,senantiasa ia menjauh diri dengan gurunya.
"Murid yang beginilah yang jauh dari harapan yang diharapkan oleh guru dan dua ibu bapaknya.
Ia bakal menjadi sebagai batang kayu yang tidak berbuah dan gagallah perjuangan hidupnya."
---Falillahilham---

Semoga bermanfaat
Sumber dari FB
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan