ROH MUHAMMAD
Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Roh Muhammad SAW.
Ia diciptakan dari cahaya ‘ JAMAL ’ Allah.
Sebagaimana firman Allah di dalam hadis QUDSI :
“Aku ciptakan roh Muhammad daripada cahaya Nur Zat-Ku”.
Nabi Muhammad SAW juga bersabda :
* Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah rohku.
* Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku.
* Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam.
* Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal.
Roh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu, iaitu hakikat Muhammad.
Hakikat Muhammad di sebut “ Nur ”, kerana suci bersih drp segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah,
“ Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang daripada Allah ”.
* Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu.
* Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu ( seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang TERTULIS ).
Roh Muhammad adalah roh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :
“Aku daripada Allah dan orang-orang mukmin daripada aku”.
* Dan daripada roh Muhammad itulah Allah titipkan / hembuskan / tiupkan semua roh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang terbaik lagi hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut.
* Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptakan 'arasy daripada cahaya zat Muhammad SAW. Begitu juga makhluk lain berasal daripada zat Muhammad.
Selanjutnya roh-roh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukkan pada makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah :
“Kemudian Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah”
Proses turunnya itu adalah setelah roh dinyatakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini yang disebut roh ‘Sultani’.
Selanjutnya ia diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut roh ‘Ruhani’. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapis keempat ini disebut roh ‘Jasmani’.
Selanjutnya Allah ciptakan badan ( Jasad ) daripada Mulki ( bumi ), sebagaimana firman Allah :
“ Dari bumi Aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan daripada bumi pulalah Aku mengeluarkan mu ”.
Setelah terwujud jasad, Allah memerintahkan roh agar masuk ke dalam jasad, maka roh pun masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah:
“ Kutiupkan / hidupkan roh drp rohKu / Zat-Ku ke dalam Jasad ”.
Ketika roh berada di dalam jasad, roh lupa akan perjanjian awal di alam Malakut , iaitu hari perjanjian :
“ Bukankah Aku ini Tuhan mu” Roh menjawab, “ Benar, engkau lah Tuhan kami ”.
( Sila lihat dlm CARTA ilmu TANAZZUL guru Mursyid anta )
Disebabkan roh lupa pada perjanjian awal, maka roh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal.
Oleh sebab itu, kasihnya Allah Taala itulah menolong mereka ( manusia ) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah :
“Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah”
iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah ( roh ) di alam Lahut.
Lain pula halnya dengan para Nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi, sedangkan rohnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.
Sangat sedikit orang yang sadar untuk kembali , berkeinginan dan sampai ke alam asal ( Kampung Arwah ) mereka.
Oleh sebab sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan Kenabian kepada roh agung Muhammad Rasulullah SAW , penutup penunjuk jalan daripada kesesatan ke alam terang.
Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali seterusnya sampai dan bertemu dengan ‘Jamal Allah’ yang azali, sesuai dengan firman Allah.
“ Katakanlah, Ini adalah jalanKu. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutKu ”.
Nabi bersabda :
“Para sahabatku seperti bintang-bintang, yang mana pun kamu ikuti akan mendapat petunjuk”.
Pada ayat tadi dijelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran ada di sebut ‘Bashirah’.
Basyirah adalah daripada roh asli yang terbuka pada ‘mata hati’ / mata dalam
Bagi para aulia , Bashirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu ladunni batin ( ilmu yang langsung daripada Allah Taala Sendiri ). Sesuai dengan firman Allah :
“ Kepada dia Kuberikan ilmu yang langsung daridapa - Ku Sendiri ”.
Untuk menghasilkan Bashirah , manusia mengambilnya drp Ahli Bashirah dengan mengambil talqin drp seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
Wahai saudara ku ! Masuk lah dalam ‘tariq’ ( jalan kembali kepada Allah ) dan kembalilah kepada Tuhanmu bersama golongan Ahli Ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal ( Alam Lahut / Kampung Arwah )........
Sumber :- - Kitab Al-Hikam -Isi Dari :- - Sirr Al-Asrar - Halaman :- ☆ (10 -16 ) ☆
{ As- Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani }
Alhamdulillah, Allahumma'nfa'naa Bima ''allamtanaa. Aamiin. Syukron, trm kasih
BalasPadam