Apa itu kosong?
Adapun makna KOSONG itu TIADA dan dalam makna TIADA itu KOSONG sebenarnya ADA dan kerana ADA itulah dipanggil KOSONG.
Apa yang kosong?
Yang KOSONG ada tiada tahu dimana permulaan tiada tahu dimana kesudahan kerana seperti nombor O ( kosong )....bila terbentuk,tiada siapa tahu dimana tempat ianya bermula ditulis,tiada tahu jua dimana tempat terakhir ia siap membentuk kosong.Yang kita tahu....huruf kosong,wajib bermula dari TITIK.
Maka,kerana TIDAK ADA SIAPA YANG TAHU melainkan DIRI PENULIS HURUF,maka dinamakan ia LAISYA KAMITHLIHI SYAIUN.
Yang bernama LAISA KAMITHLIHI SYAIUN itu apa sebenar2nya?
Dalam kaji hakikat,inilah yang dinamakan #KOSONG. Huwa Jibul Ujud,ketiadaan yang ada.
Dari KOSONG inilah terbentuknya #TITIK. Dari TITIK inilah ujud kesempurnaan.Ujud ALIFF.
Pada diri kita,dimanakah letaknya KOSONG ini? Adapun KOSONG ini terletak pada waktu NAIKNYA nafas ke atas,tatkala inilah dinamakan #UJUD.
Waktu nafas naik itulah HUWA JIBUL UJUD,NUR MUHAMMAD.....Esa jua.
Di manakah yang dinamakan PENYAKSIAN@SYUHADAT pada diri kita,yang kita lafazkan dua kalimah syuhadat syarat islam itu adalah LAFAZ SYUHADAT namanya,iktikadnya dimana?
Yang dinamakan SYUHADAT pada diri kita itu adalah #DENYUT yakni berlaku ia tatkala kita MENAHAN NAFAS.
Bilakah TITIK menjadi ALIFF dalam UJUD?
Adapun TITIK menjadi ALIFF adalah tatkala KELUARNYA nafas DAN disinilah WUJUD dimana KUDRAT dan IRADAT,bernama ia TA'ALA.
Waktu KOSONG,ia bernama NOKTAH. NOKTAH inilah yang melihat diriNya tuhan.
Apabila melihat ia akan diriNya tuhan,maka siapa pula hamba?
Maka,dlm perkara inilah UJUD KUN FAYAKUN yakni adapun makna KUN FAYAKUN yang kita sebut2 KATA JADI,JADILAH itu sebenar2nya adalah DIKEHENDAKI AKAN DIRINYA.
Apakah yang dikehendaki akan diriNya?
Berkendak akan Zat Nur Allah..
Apa itu Zat Nur Allah?
Inilah Sifat,bermaksud kun fayakun yakni Dia berkehendakkan Sifat.
Bila Dia berkehendakkan Sifat,maka Zat Nur Allah itu bernama Nur Muhammad.
Maksud dalam perenggan di atas ini akan cara mengenal Allah yang laisa itu adalah : Zat Nur Allah GHAIB dalam Nur Muhammad yakni sifatNya sendiri.
Apabila Zat Nur Allah dengan Nur Muhammad ini menjadi seperti gula larut dalam air,berpadu@bersatu@lebur......dinamakan "Di alam rahsia bahagian dari diriNya sebelum bernama Allah" ( Syiru Zat il Buhti )
ILLA HULHAAK.......adalah arahan Allah kepada sifatNya kerana bila telah ada sifat,maka zahir wajib ada permulaan diriNya untuk dikenali....
Bilakah Allah bernama Allah?
Adapun Allah itu bernama Allah ketika Zat Zatul Buhti yakni "Satiyaaril Ghoib Satiyaaul buhti".
1. Apakah penzahiran sifat permulaan Allah untuk dikenali?
2. Pentajallian Nur Zat Allah kepada Sifatnya,bawa pada diri kita. dimanakah
letaknya peristiwa itu?
Tulisan ini adalah bab kajian,yg saya perolehi ketika belajar kaji huruf,...Rahsia yang terletak dalam Aliff ghaib ke Aliff zahir. Jika ianya bertentangan dengan ilmu sahabat,
sila abaikan.
[ Sumber dari Shiro ShiroAwalludin Ma'rifatullah ]
0 comments:
Catat Ulasan