KALIMAH SYAHADAH*
PENGERTIAN LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH...
Mengucapkan "DUA KALIMAH SYAHADAH" merupakan Rukun Islam yang pertama.
Seseorang kafir yang ingin memeluk Islam mestilah WAJIB Mengucapkannya. Ini kerana KEIMANAN yang berada di Hati tidak akan diketahui melainkan dizahirkan dengan Ucapannya.
Namun, Ucapan DUA KALIMAH SYAHADAH tanpa KEIMANAN di Hati, tidaklah menjadikan seseorang itu Islam di sisi Allah SWT...
* LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah."
* MAKSUD DUA KHALIMAH SYAHADAH.
SYAHADAH yang Pertama bermaksud Meyakini bahawa "Tiada Tuhan Yang Sebenar Melainkan Allah SWT".
Dialah Yang Berhak Disembah, dan segala yang disembah selain Allah SWT adalah salah dan palsu.
SYAHADAH Pertama adalah Menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa Ibadah atau Penyembahan hanya layak untuk Allah SWT.
SYAHADAH Kedua bererti Mengakui Kerasulan Nabi Muhammad SAW dan menerima segala ajaran Baginda, kerana Baginda adalah Utusan Allah SWT kepada umat manusia.
* SYARAT SAH SYAHADAH.
“LA ILAHA ILLALLAH”
Seseorang yang Mengucapkan SYAHADAH, tidak akan Sempurna SYAHADAHNYA melainkan dengan syarat-syarat seperti berikut;
1) Ilmu (Mengetahui dan Memahami maknanya SYAHADAH itu).
2) Yakin dengan apa yang Difahami itu.
3) Menerima kandungan KALIMAH SYAHADAH itu dengan Hati dan Lidah.
4) Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara-perkara yang Membatalkannya.
5) Membenarkan Hati dengan apa yang disebutkan dengan Lidah.
6) Ikhlaskan SYAHADAH hanya kepada Allah SWT dan menjauhkan Kesyirikan.
7) Mencintai segala Tuntutan dan ajaran KALIMAH SYAHADAH itu.
8) Menolak segala yang bertentangan dengan Tuntutan SYAHADAH.
- Syarat pertama : Ilmu (Mengetahui dan Memahami).
Seseorang yang BERSYAHADAH mestilah Mengetahui dan Memahami maknanya KALIMAH SYAHADAH itu, sama ada Nafi (Penafian kepada sebarang sembahan selain Allah) atau Isbat (Meyakini hanya Allah yang layak dianggap sebagai Tuhan).
Dia mestilah Memahami apa-apa ajaran yang Tersirat di sebalik SYAHADAH tersebut.
Firman Allah SWT;
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya : “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah”.
(QS. Muhammad : 19)
Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda;
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Ertinya : “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”.
(HR. Muslim)
- Syarat kedua : Yakin.
Pengetahuan dan Kefahaman yang ada tadi mestilah Diyakininya seratus peratus (100%), tanpa sebarang keraguan dan syak. Ini kerana Aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah Aqidah yang sebenar dan ia tertolak.
Firman Allah SWT;
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”.
(QS. Al-Hujurat : 15)
Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Nabi SAW memberikan kepadanya dua kasut Baginda dan bersabda;
فَمَنْ لَقِيْتَ مِنْ وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مَسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ، فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
Ertinya : “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”.
(HR. Muslim)
- Syarat ketiga : Terima.
Ilmu dan Keyakinan tadi tidak lengkap tanpa menerima apa sahaja kandungan ajaran KALIMAH SYAHADAH ini dengan Hati dan Lidahnya.
Janganlah dia menyombongkan diri dengan menolak sebahagian ajaran “LA ILAHA ILLALLAH”.
Firman Allah SWT;
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya : “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”.
(QS. As-Sofat : 35)
Orang yang Memahami dan Meyakini bahawa ISLAM adalah AGAMA YANG BENAR, namun menolaknya. Maka ia adalah orang yang Kafir.
- Syarat keempat : Patuh.
Kepatuhan atau Penyerahan Diri yang Sempurna terhadap Tuntutan SYAHADAH, dan meninggalkan segala yang Membatalkan SYAHADAH juga merupakan pelengkap kepada SYARAT SAH SYAHADAH.
Orang yang BERSYAHADAH sekali-kali tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh Membatalkan SYAHADAHNYA.
Firman Allah SWT;
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ
Ertinya : “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La ilaha illallah”)”.
(QS. Luqman : 22)
Ini bukanlah bererti orang yang melakukan maksiat itu Terbatal SYAHADAHNYA, namun ia mengurangkan KEIMANANNYA.
Dan jika dia tidak Patuh, sehingga melakukan apa yang boleh Membatalkan SYAHADAHNYA, maka KEIMANANNYA sudah tidak berguna lagi.
Bahkan SYAHADAHNYA tertolak dan tidak diterima, sehinggalah dia kembali Bertaubat (Dengan BERSYAHADAH, Patuh dan Menyempurnakan keseluruhan SYARAT SYAHADAH).
- Syarat kelima : Benar.
SYAHADAH menuntut supaya Benar Ucapan Lidah dengan Keyakinan di Hati. Orang yang mengucapkan SYAHADAH di Lidah, tetapi kosong daripada KEIMANAN di Hatinya adalah orang Kafir dan Munafiq.
Firman Allah SWT;
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ ( يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ertinya : “Di kalangan manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”.
(QS. Al-Baqarah : 8-9)
Kerana inilah Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal ra;
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.
Ertinya : “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah (pesuruh Allah), maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”.
(HR. Bukhari dan Muslim)
- Syarat keenam : Ikhlas (Bersih daripada Syirik).
Orang yang BERSYAHADAH perlu Mengikhlaskan Ibadahnya dan Perhambaannya hanya kepada Allah SWT.
Dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang Syirik, kerana ia akan Membatalkan SYAHADAHNYA. Bahkan amalan yang dilakukan juga perlu bersih daripada Riak dan mencari nama dan kemegahan, supaya Ibadahnya diterima oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT;
وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Ertinya : “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”.
(QS. Al-Bayyinah : 5)
Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;
فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَ اللهِ.
Ertinya : “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La ilaha illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”.
(HR. Bukhari)
- Syarat ketujuh : Cinta dan Sayang.
Kesemua Syarat yang lepas tidak akan Sempurna tanpa Kecintaan kepada Allah SWT dan juga Perintah-Nya.
Firman Allah SWT;
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Ertinya : “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”.
(QS. Al-Baqarah : 165)
Dan tanda Kecintaan kepada Allah SWT ialah Mencintai apa yang Dicintai oleh Allah dan membenci apa yang dibenci Allah SWT.
Orang yang Mencintai Allah dengan sendirinya akan Mentaati Allah dan meninggalkan Larangan-Nya. Dia akan menyokong orang yang menyokong ajaran Allah dan membenci orang yang membenci dan menafikan ajaran Allah SWT, walau sesiapa pun.
Kerana inilah Asas KEIMANAN yang paling penting sekali ialah Kecintaan kepada Allah SWT. Dan orang yang membenci Allah dan Ajaran-Nya adalah orang-orang yang Kafir, Murtad dan Terbatal segala Amalannya.
Firman Allah SWT;
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ ( ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Ertinya : “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al-Quran), lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka.”.
(QS. Muhammad : 8-9)
- Syarat kelapan : Menolak segala yang bertentangan dengan SYAHADAH.
Disamping semua perkara-perkara tadi, SYAHADAH tidak akan Sempurna melainkan setelah ditolak segala sembahan selain Allah dan segala ajaran selain Allah SWT.
Ini kerana SYAHADAH yang pertama ini bukanlah sahaja bererti Mengisbatkan KETUHANAN Allah SWT, tetapi juga Menafikan ketuhanan kepada selain Allah SWT. Kepatuhan yang Mutlak kepada selain Allah dan Menafikan segala ajaran dan hukum selain Allah SWT.
Orang yang mengakui KETUHANAN Allah SWT dan Menyembah-Nya, tetapi menyembah juga perkara-perkara lain selain Allah adalah orang-orang yang kafir.
Firman Allah SWT;
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya : “Maka sesiapa yang mengkufuri Thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah SWT) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (QS. Al-Baqarah : 259)
Firman-Nya lagi;
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Ertinya : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut ".
(QS. An-Nahl : 36)
Rasulullah SAW juga bersabda;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya : “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”.
(HR. Muslim)
Firman Allah SWT;
وَلا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Ertinya : “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu (menganut agama) Islam ?”.
(QS. Ali Imran : 80)
Firman-Nya lagi;
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya : “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.
(QS. At-Taubah : 31)
Dan orang yang mengaku BERIMAN, namun masih menerima selain Hukum Islam sebenarnya dia adalah orang yang kurang yakin dengan Islam dan Akidahnya Tertolak.
Begitu juga orang yang mengaku BERIMAN, tetapi masih menerima selain ajaran Allah SWT dan tidak menganggapnya sesat, maka dia sebenarnya adalah orang yang Kafir.
Firman Allah SWT;
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا ((61
Ertinya : “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (Padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”.
(QS. An-Nisa’ : 60-61)
Firman-Nya lagi;
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya : “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”.
(QS. Al-Maidah : 50)
* SYARAT TENTANG SYAHADAH KENABIAN.
SYAHADAH yang kedua mengandungi Pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah Hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu Utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT.
SYAHADAH kedua tidak lengkap melainkan dengan;
1) Mengiktiraf dan Meyakini Kerasulan Nabi Muhammad.
2) Melafazkan Pengiktirafan tersebut dengan Lidah.
3) Mengikuti Baginda dengan mengamalkan Kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh Baginda.
4) Membenarkan segala ajaran Baginda.
5) Mempercayai segala perkara-perkara Ghaib yang dibawa oleh Baginda.
6) Mencintai Baginda melebihi segala-galanya, termasuk diri sendiri, anak isteri dan ibu bapa.
7) Mendahulukan ajaran Baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan Sunnah-Sunnah Baginda.
* KELEBIHAN DUA KALIMAH SYAHADAH.
Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku KETUHANAN ALLAH SWT dan KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW.
Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara orang Islam dan orang yang kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka.
Ubadah bin as-Somit ra meyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.
Ertinya : “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”.
(HR. Muslim)
* ASAS AGAMA ISLAM.
Berdasarkan DUA KALIMAH SYAHADAH, asas kepada Agama Islam ialah;
1) Jangan disembah melainkan Allah SWT. (Difaham daripada SYAHADAH pertama).
2) Jangan Menyembah-Nya melainkan dengan cara yang Ditentukan-Nya. Iaitu melalui perantaraan Rasulullah SAW (Pesuruh Allah) dan (Difaham daripada SYAHADAH kedua).
0 comments:
Catat Ulasan