MEMAHAMI HAKIKAT AJARAN TASAWWUF


 MEMAHAMI HAKIKAT AJARAN TASAWWUF*

TASAWWUF atau SUFISME adalah Ilmu untuk mengetahui bagaimanakah caranya untuk "Menyucikan Jiwa, Menjernihkan Akhlak, Menghidupkan Zahir dan Batin serta untuk memperolehi Kebahagian dan Ketenangan yang Kekal Abadi."
Sesungguhnya ajaran TASAWWUF bukanlah sesuatu Ilmu yang berdiri dengan sendirinya, namun masih merupakan satu kesatuan dari tatacara Peribadatan daripada ajaran TAUHID !
Kaum Wahabi (Salafi) yang memahami Agama secara kaku dan jahil menafikan keberadaannya TASAWWUF sebagai sisi Batin didalam ajaran Islam, mereka berkata bahawa didalam Agama Islam tidak ada fahaman berkenaan TASAWWUF.
Kononnya kefahaman SUFI itu bukanlah daripada ajaran Islam, kerana kononnya sebahagian ajaran SUFI itu adalah campuran daripada ajaran agama-agama lain yang diambil dan diwarisi daripada ajaran Kerahiban Nashrani, Brahma Hindu, Ibadah Yahudi dan Zuhud Buddha.
Padahal ajaran TASAWWUF ini sudah pun ada semenjak Nabi Adam as lagi, kerana ajaran ini termasuk ajaran daripada AGAMA TAUHID...
Adanya sisi Batin (TASAWWUF) yang terdapat didalam ajaran-ajaran Kristen, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain ajaran yang sudah ada sebelumnya malah memperkuatkan lagi status KEBENARAN dari ajaran TASAWWUF, kerana tentunya harus ada benang merah antara agama-agama yang besar, dan agama-agama terdahulu dengan Agama Islam, kerana kemungkinan besar ajaran-ajaran tersebut dulunya sempat BENAR, sehinggalah masih adanya sisa-sisa KEBENARAN yang mirip dengan TASAWWUF sebagai sisi Batin daripada ajaran Islam.
Hal ini kerana Islam adalah ajaran "PENYEMPURNAAN" sehinggakan tidak harus sepenuhnya baru dan juga tidak harus menghapuskan peninggalan daripada ajaran-ajaran yang terdahulu.
Sejak zaman Rasulullah SAW, TASAWWUF sudah dikenali diajarkan dan diamalkan oleh Beliau, namun pada saat itu masih belum lagi dinamakan dengan nama TASAWWUF, akan tetapi ia bernama "Tharikatus Sirriyah", kerana sesungguhnya TASAWWUF bukanlah Agama atau golongan tertentu, melainkan adalah jalan atau tatacara bagaimanakah mempraktikkan diri kita untuk mendekatkan diri kepada TUHAN dengan Menyatukan Hati, fikiran dan tingkah laku yang ditujukan hanyalah kepada Allah Rabbul Alamin sahaja.
Sebahagian orang juga berpendapat bahawa ajaran TASAWWUF merupakan teori baru yang dimunculkan oleh para Syeikh dari Tarekatnya masing-masing, dan sebahagian juga menilai bahawa ajaran TASAWWUF tidak memilliki sumber yang jelas. Pandangan ini tersangat-sangatlah keliru dan tidak beralasan, kerana cenderung memisahkan ajaran TASAWWUF dengan ajaran Islam yang mereka kenal selama ini.
Yang benar para Syeikh dari Tarekat SUFI ini hanyalah meneruskan dan mengajarkan kembali daripada apa-apa yang mereka dengar, lihat, amalkan dan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW, kerana landasan dasar TASAWWUF dizaman Rasulullah SAW adalah Zuhud dan Wara' sebagaimana yang termaktub didalam Hadits Bukhari-Muslim yang sudah pasti jelas dan Shahih.
Sesungguhnya adanya ajaran TASAWWUF itu sejalan dengan kehadirannya Islam. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri sebelum diangkat sebagai Nabi. Beliau telah mengamalkan TASAWWUF didalam kehidupan Batinnya dan Mengasingkan Dirinya, kerana jalan TASAWWUF itu adalah menitik beratkan kepada jalan yang ditempuh untuk menuju kepada TUHAN.


Rasulullah SAW pada saat itu terus menerus membersihkan Jiwanya dengan cara Amaliyahnya, yakni Menyendiri ke Gua Hira' selama kurang lebih 23 tahun sampailah Beliau diangkat menjadi Nabiyullah. Disamping itu Beliau terlebih dahulu telah berhasil membersihkan Hatinya agar bersifat Qana'ah.
Menjaga Hatinya daripada sifat-sifat yang tercela seperti;
a) Hasud
b) Sombong
c) Dengki
d) Riya’
e) Ujub
f) Takabur
g) Musyrik
Serta sifat-sifat tercela yang lain-lainnya...
Ada juga yang berpendapat menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi kerana Keluhuran Akhlaknya, namun sesungguhnya memanglah Keluhuran itu adalah Kehendak Allah SWT diatasnya sebagai tanda dari Kenabiannya. Kejernihan Jiwanya yang terus-menerus memperkuatkan TAUHIDNYA kepada Allah SWT.
Dimana ketika orang-orang arab yang beragama dan mengakui bahawa adanya Tuhan, tetapi masih bercampur aduk dengan Kemusyrikan. Mereka mengakui bahawa disisi Tuhan masih adanya kekuatan yang lain, sehinggakan mereka telah menyembah berhala-berhala dilingkungan Ka’bah.
Kenyataan yang demikian itu tidak disukai oleh Rasululllah Shollallahu Alaihi Wasallam. Didalam Hati Rasulullah SAW tidak ingin Menyekutukan Allah SWT dengan tuhan-tuhan berhala disekitar Ka’bah sebagaimana yang mereka sembah.
Jadi sesungguhnya Rasulullah SAW adalah orang pertama yang mengenalkan dan menerapkan ajaran SUFI didalam Islam dalam kehidupannya sehari-harinya. Walaupun pada saat itu masih belum adanya lagi Perintah Khusus hal tersebut untuk mengajarkan (TASAWWUF atau SUFI) kecuali Zuhud dan Wara' (Dasar KESUFIAN atau TASAWWUF).
Hanya saja sebelum WAHYU pertama dan ajaran Islam diterima oleh Nabi Muhammad SAW, Rasulullah SAW hanya menjalankan sebatas Ajaran 'HANIF' Nabi Ibrahim as yang masih diajarkan oleh atuk dan pak cik juga kedua orang tua Baginda Rasulullah SAW.
Jadi KESUFIAN Rasulullah SAW sewaktu itu hanyalah sebatas pada Amaliyah Peribadi dan dengan caranya yang tersendiri. Sampailah kepada Peristiwa Rasulullah SAW menerima WAHYU yang pertama kalinya di Gua Hira' dan Peristiwa Isra' dan Mi'raj sebagai PENYEMPURNAAN HAKIKAT dan MA'RIFAT daripada agama Islam.
Namun sayangnya pemahaman orang-orang Awam dizaman sekarang mengatakan bahawa ILMU TASAWWUF ini hanyalah dimiliki oleh orang-orang KHAWAS (Orang-Orang Khusus). Orang-orang KHAWAS yang mereka maksudkan adalah mereka-mereka yang sudah mencapai tingkatan MA'RIFAT.
Padahal sesungguhnya TASAWWUF adalah dasar daripada 'Dinnul Islam', ajaran ini hanya sebahagian tangga daripada tatacara untuk menggapai tangga-tangga MA'RIFAT. Sebagaimana Perintah Allah SWT didalam Sunnah Nabi "AWALLUDIN MA'RIFATTULLAH", iaitu Seawal-Awal Beragama Adalah Mengenal Allah, Mengenali Tuhan...
Ajaran TASAWWUF bukanlah ajaran mistik yang mengarah kepada mitos, sihir dan perdukunan. Selama ini orang-orang Awam menganggap bahawa mempelajari ILMU MA'RIFAT akan menjadikan manusia itu orang yang Khas (Istimewa) yang mengerti hal-hal Ghaib, dapat menyingkap Takdir, boleh berhubungan dengan Roh yang sudah mati dan sejuta cerita-cerita berlebihan yang justeru akan menyesatkan Niat dan Tujuan mereka sedari awal.
Oleh kerana itulah saya Syeh Haqtullah hanyalah ingin meluruskan pemahaman didalam ajaran TASAWWUF ini, lagi-lagi di Akhir Zaman harini yang penuh dengan kekeliruan dan kecelaruan...
Sesungguhnya barangsiapa yang berkata bahawa dirinya berada pada jalan MA'RIFAT, namun tujuannya adalah sebuah Keistimewaan daripada sebuah Karomah atau Kesaktian ataupun sesuatu yang dapat mengangkat Derajatnya, mereka itu hakikatnya masih lagi didalam tatanan Keduniawian.
Maka sesungguhnya orang-orang tersebut bukanlah berada pada jalan TASAWWUF, kerana jalan TASAWWUF tujuannya tidak lain adalah Menyatukan Hati (Niat) dan Diri (Amal), Zahir dan Batin hanyalah kepada Allah SWT semata-mata dan hanyalah mengharapkan Redha dan Rahmat Allah SWT sahaja tanpa adanya pengharapan kepada selain-Nya.
Jika kita pernah mendengar cerita-cerita tentang seorang Syeikh yang boleh menghilang, boleh terbang, mampu membuat orang sakit dan boleh menyembuhkannya, jika pada Solat Jumaat ia dapat Solat Jumaat di Mekkah Masjidil Haram. Lalu diceritakan oleh murid-muridnya itu bahawa didalam sekelip mata sahaja ia mampu kembali ketanah airnya semula.
Cerita-cerita sebegini sebenarnya memang ada Kebenarannya, akan tetapi yang perlu di ingatkan adalah hal-hal seperti ini terjadi bukanlah kerana kepintaran atau keahlian Syeikh tersebut, akan tetapi hal-hal ini terjadi adalah diatas Keizinan dan Kehendak Allah SWT semata-mata yang diperuntukkan-Nya sebagai Tanda-Tanda Kebesaran-Nya Allah SWT terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Dia Kehendaki.
Jika ada yang dapat melakukan hal-hal yang tidak wajar, dan diluar Akal Logik kita, maka sesungguhnya hal sebegini adalah sebahagian daripada Karomah Para-Para Wali yaitu Karomah dari Kesucian Hati mereka. Mereka itu disebut juga sebagai Wali-Wali KHAWAS (Hamba-hamba yang di Khususkan oleh Allah SWT, yang disebut Kekasih-NYA).
Didalam Islam dikenali juga yang namanya Mukjizat yang di Khususkan kepada Para-Para Nabi Allah dan Karomah ini ditujukan kepada Para-Para Kekasih-Nya yaitu Waliyullah...
Tetapi janganlah kita tersalah faham bahawa didalam TASAWWUF bukanlah ini yang menjadi tujuan utamanya, kerana tujuan utama TASAWWUF adalah "Pendekatan Diri" kepada Allah SWT (Taqarrub) dengan sebenar-benarnya Penghambaan.
Dan Keistimewaan yang dimiliki daripada seseorang itu tidaklah selamanya itu adalah Para Wali atau disebut Karomah, kerana ada lagi yang disebut sebagai Istidraj.
Banyak orang-orang yang INGKAR Pada-Nya, namun dia masih mampu melakukan hal-hal yang di luar Akal kita. Maka Allah SWT juga memberikan mereka Kesaktian yang berupakan ilmu sihir dan lain-lainnya, itulah yang disebutkan sebagai Istidraj.
Oleh kerana itu, janganlah menilai Derajatnya seseorang berdasarkan Keistimewaan yang dimilikinya, Ingatlah pula sesungguhnya Iblis itu dapat mengelilingi bumi didalam sekelip mata, lalu apakah kita akan menganggap Iblis itu adalah Waliyullah ? tentulah tidak !...
Sesungguhnya ajaran TASAWWUF tidaklah menumpukan tentang Keajaiban-Keajaiban yang dipamer-pamerkan, KECUALI sebatas KEAJAIBAN QALBU dan KEKUASAAN ALLAH SWT.
Justru 'INSAN KAMIL' yang sudah sampai kepada tingkatan MA'RIFAT, dia akan semakin menjadi lebih ARIF. ARIF didalam Mengenali Dirinya, ARIF didalam Mengenali Tuhannya, ARIF didalam Mengenali Kehidupannya dan ARIF didalam Mengenali segala hal-hal keadaan yang telah Allah SWT tumpukan kepadanya. Lalu disebutkannya sebagai "ARIFBILLAH".
"Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk..."
"Semakin tinggi Derajatnya, maka semakin tidak pula ia menampakkan bahawa dirinya adalah AHLI..."
[ Sumber dari SYEH HAQTULLAH ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan