MANUSIA PANDANGAN HAKIKAT

 


MANUSIA PANDANGAN HAKIKAT

DIRI KITA
SYARIAT kepada kita itu ialah TUBUH
THARIQAT kepada kita itu ialah HATI
HAQIQAT kepada kita itu ialah NYAWA
MA'RIFAT kepada kita itu ialah MENGENAL.
SAIYYIDINA ABU BAKAR bersama dengan sahabatnya yang lain berdatang kepada RASULULLAH SAW. Lalu bertanya
ABU BAKAR ra :
"Ya , RASULALLAH ! Yang manakah sebenar bernama SYARIAT , THARIQAT , HAQIQAT , dan MA'RIFAT ?
Bersabda NABI SAW :
SYARIAT itu ialah KATA-KATAKU
THARIQAT itu ialah PERBUATANKU
HAQIQAT itu ialah KELAKUANKU
MA'RIFAT itu pula ialah KEPALA OTAKKU.
Lalu SUJUD lah sekalian sahabatnya sambil berkata: SIDDIQ yaa RASULALLAH.
Pada pandangan HAKIKAT manusia itu adalah :
* Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
* Manusia itu menanggung Amanah Allah.
* Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH.
* Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
* Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu.
* Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.
PECAHAN MANUSIA
Manusia itu terdiri daripada dua perkara / benda , iaitu :
- BENDA
- BUKAN BENDA.
* Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau ZAHIRnya.
* Yang dikatakan BUKAN BENDA ialah BATINnya iaitu NYAWA atau RUHNYA.
Ilmu Hakikat mengatakan bahwa manusia itu terdiri daripada DUA MUHAMMAD. Kenapa pula dipanggil MUHAMMAD ?
Ada dua sebab :
Pertama : Manusia itu dicipta oleh Allah mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri.
MIM pertama ialah kepalanya,
HA pula tangannya,
MIM kedua pula pusatnya
DAL merupakan kakinya.
( Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu ) Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yang melengkapkannya menjadi Insan Yang Sempurna.
Kedua : Kerana Ruh Manusia itu iaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG yaitu Sifat Allah Yang Agung NUR MUHAMMAD iaitu Nabi kita Muhammad.
MUHAMMAD ZAHIR / MUHAMMAD AKHIR
Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir iaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yang zahir yang dapat dilihat dengan mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sebagai MANUSIA SEMENTARA YANG ZAHIR. Ianya juga dirujuk sebagai ADAM.
Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota. Anggota atau organ ini juga boleh dibahagi kepada dua iaitu anggota luar badan dan anggota dalam badannya.
Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yang halus halus dan seni.
MUHAMMAD BATIN / MUHAMMAD AWAL
Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal iaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara,
Pertama : disebut sebagai RUH
Kedua : disebut sebagai DIRI RAHSIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI manusia itu.
RUHANI / RUH
Yang dikatakan RUH itu terdiri daripada Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yang terdiri daripada Balutan-Balutan..
Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal begini dikatakan GHAIB.
Ada pelbagai nama yang digunakan di dalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yang dikatakan RUH itu. Ada yg memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, Al-Latifah Rabbaniah dan lain-lain lagi.
Tugas utama Ruhani ialah :
* menghidupkan Jasad melalui Jantung.
* Ruhanilah yang menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi.
* Ruhani jugalah yang menyampaikan HAQ ALLAH kepada Jasad iaitu Sifat-Sifat Maani-NYA yang tujuh itu.
Jadi Ruhani juga dirujuk sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.
DIRI HAKIKI
Begitu juga halnya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu. Banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai :
* Diri Rahsia,
* Diri Yang Sebenarnya Diri,
* Diri Tajalli,
* Tiflul Maani dan lain lain.
# Allah pula merujuknya di dalam Al-Quran sebagai Ruhku iaitu Ruh Al-Qudsi Allah.
# Allah SWT juga merujuknya sebagai AKU LAH RAHSIANYA di dalam Hadith Qudsi yang telah dinyatakan sebelum ini.
Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yang memilikki Sifat-Sifat Allah Yang Agung. Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel-sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Penciptanya.
BALUTAN-BALUTAN CAHAYA
Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh sebab itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri.
Dari segi ilmunya , balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.
Butirannya adalah sebagai berikut
Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL-QUDSI
Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI
Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI
Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.
Sepertimana anggota anggota Jasad , juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri.
TEMPAT RUH DI DALAM BADAN
Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh-Ruh di atas di dalam Jasad manusia adalah seperti berikut :-
* Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging
* Ruh Ruhani Di dalam jantung manusia itu
* Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin iaitu satu bahagian khusus - di-jantung manusia itu
- Ruh Al-Qudsi Di dalam RASA
RUH RUH yang merupakan Balutan Balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu.
Sedangkan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH itu sendiri.
Maka inilah yang dirujuk oleh Allah di dalam Al-Quran
Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.
DIRI inilah yang diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadits :
" Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu "
Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah
#Biar panjang asal paham...

[ Ashabul Kahfi23,12, 21 ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan