HAKIKAT YANG TERSIRAT DIDALAM ZIKIR NAFAS...

 

HAKIKAT YANG TERSIRAT DIDALAM ZIKIR NAFAS...
KUPASAN BAGI YANG SUDAH BELAJAR DAN SUDAH TAHU...
BAGI YANG BELUM BELAJAR...BELAJAR LAH DULU ILMUNYA...
~ ZIKIR NAFAS.
Zikir nafas adalah zikir yang diamalkan di dalam turun naik nafas. Zikir nafas adalah zikir yang dilakukan secara terus menerus semasa menarik dan mengeluarkan nafas. Zikir nafas adalah zikir yang diamalkan dalam peringkat permulaan di dalam ilmu hakikat ketuhanan ataupun di dalam ilmu mengenal tuhan.
Zikir nafas adalah zikir yang ada hubung kait antara Allah dengan makhluk yang hidup dan bernyawa, atau secara lebih spesifik,antara Allah dengan manusia atas sifat wujud diri kita ini sebagai manusia. Zikir nafas ini dilakukan bukan dengan lisan. Sepertimana nafas itu bergerak tanpa kita nampak, begitulah juga zikir nafas ini tiada sebutan lisan dan ianya berlaku secara seiring dalam pergerakan turun naik nafas. Bermakna hanya dinyatakan di dalam hati mengikut pergerakan nafas tadi.
Pada peringkat awal, ianya perlu menjalani proses mempelajari geraknya dengan secara amalan, namun apabila kita faham dari sudut hakikat, atau memahami dengan lebih mendalam. Zikir ini akan bergerak sendiri secara seiring dengan turun naik nafas ini tanpa perlu dikawal lagi, dengan syarat kita sudah memahami akan hakikat nafas ini sendiri adalah zikir, iaitu zikir yang memuji-muji akan kebesaranNya sendiri dan zikir yang menyatakan kekuasaan diriNya dengan diri kita, .atau dengan kata lain antara AKU dengan ALLAH. Maka tiada yang lain lagi atas nafas itu melainkan nafas itu sendiri pun adalah zikir.
Sesungguhnya dengan bernafas inilah jasad diri kita ini dapat meneruskan hidup. Tanpa bernafas, kita pasti tak akan mampu untuk meneruskan hidup atau dengan kata lain matilah akan kita jika tanpa bernafas. Bermakna tanpa nafas, sifat jasad akan kembali kepada sifat asal, yakni bangkai yang tidak bernyawa..
Kalau dalam kefahaman, nafas ini umpama makanan kepada nyawa kita atau makanan yang diperlukan oleh ruh kita bagi menghidupkan akan jasad kita. Jika dipandang dari sudut hakikat ketuhanan, dari nafas inilah berlaku pentajalian Allah kepada manusia dan kepada sekelian makhluk yang bernyawa.
Apa yang dikatakan Allah menzahirkan Dzat Wajibal Wujud yang ada padaNya kepada manusia. Nafas inilah yang pertama dan utama yang Allah zahirkan DzatNya ke atas diri manusia, yang mana nafas inilah yang paling utama dan yang pertama harus ada bagi setiap makhluk yang bernyawa untuk meneruskan hidup, dimana ianya berlaku secara langsung, tanpa putus, berterusan tanpa henti, saling perlu memerlukan antara yang memberi dan menerima, antara Tuan dengan Hamba atau antara Kita dengan Allah atau secara khusus lagi antara diri AKU dengan ALLAH.
Dalam bernafas, ada pusingan tarik dan lepas yang berterusan dan berlaku tanpa putus secara berselang-seli seli antara tarik dan lepas itu. Dari bernafas ini bermakna ada hubungan antara yang hidup dengan yang mati, dari bernafas ini bermakna ada hubungan antara yang masuk dengan yang keluar, inti bernafas ini bermakna ada hubungan antara yang memberi dan yang menerima, dalam bernafas ini bermakna ada Pemberi dan Penerima, dalam bernafas ini bermakna ada hubungan antara Tuan dan Hamba, dalam bernafas ini bermakna adanya Tuhan dan Hamba, dalam bernafas ini, bermakna ada hubungan antara diri dengan Allah. Dari apa yang disebut sebagai antara Diri dengan Allah inilah timbul hubung kait antara AKU dengan ALLAH atau antara HU dengan ALLAH. Dari turun naik nafas ini ada hubungan secara langsung antara kita dengan Allah yang mana ianya adalah saling memerlukan antara satu sama lain.
Allah memerlukan Kita untuk menyatakan wujudNya dan menyatakan kekuasaan, kekuatan dan juga keberadaanNya. Tanpa kita bermakna Allah tidak dapatlah menyatakan akan kebesaranNya itu, kita pula memerlukan Allah untuk menyatakan kerendahan diri kita sebagai tanda kehambaan kita kepadaNya serta untuk menyatakan keimanan dan ketauhidan kita kepadaNya, serta untuk berserah diri padaNya. Dari turun naik nafas inilah jua Allah menyatakan kedekatan kita denganNya dan saling memerlukan antara satu sama lain tetapi berlaku atas SATU jasad iaitu jasad diri kita. Bermakna atas setiap diri ini sendiri sudah ada diri kita dan sudah ada Allah.
Atas setiap diri kita ini sudah wujud MANUSIA dan ALLAH.
Atas setiap diri kita ini sudah wujud AKU dan ENGKAU.
Atas setiap diri kita ini sudah wujud AKU dan ALLAH.
Atas setiap diri kita ini sudah wujud HU dan ALLAH.
~ ANTARA HU DENGAN ALLAH DAN HAKIKATNYA.
Ada berlaku pertikaian antara HU ALLAH dengan ALLAH HU dalam zikir nafas ini. Sebenarnya kedua-duanya adalah sama sahaja kerana bila ianya berterusan, maknanya akan tetap sama dan tiada masalah apa pun untuk kedua-duanya asalkan kita tahu untuk meletakkan kedudukan HU dan ALLAH dengan tepat pada turun naik atau tarik lepas nafas itu. Namun antara kedua-duanya yang mana lebih tepat adalah berdasarkan keterangan yang di bawah ini.
Yang sebenar-benar adalah seperti berikut ;
HU adalah pada masa menarik nafas.
ALLAH adalah pada masa melepas nafas.
~ HU - Tarik nafas.
Maknanya di sini, atas sifat kehambaan diri kita atau diri AKU, aku memerlukan sesuatu untuk aku hidup dan tentunya aku memohon dariMU Yang Maha Pemberi iaitu Allah. Kebergantungan AKU hanyalah padaMU YA ALLAH.
Jadi atas sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasihani yang menguasai seluruh pelusuk alam di luar sana. Maka Dia telah memberi kepada AKU yang amat kecil di sisiNya yang hanya sekujur tubuh jasad ini. Dan dari kurniaan nikmat MU pada AKU, maka AKU menerimanya seumpama aku menerima dengan cara menarik nafas secara simboliknya." ALHAMDULILLAH ".
~ ALLAH - Lepas nafas.
Atas sifat kebesaran wujudNya ALLAH yang Satu, Esa dan Tunggal yang menguasai sepenuhnya atas kekuasaan dan kebesaran diriNya dan wujud atas diriNya sendiri seumpama diri kita yang satu ini adalah pentajalian Allah dan penzahiran DzatNya kepada tubuh jasad kita yang bernama makhluk manusia ini. Jadi atas nama menyatakan kekuasaanNya yang wujud atas Tunggal dan EsaNya Dia seumpama satu yang berdiri pada tubuh kita ini. Allah menunjukkan bahawasanya Dia adalah Maha Pemurah, Maha Pemberi, Maha Memiliki, Maha Pengasihani dan atas kekuasaanNya yang mutlak Dia boleh memberi apa saja ke setiap penjuru alam yang dikuasainya seolah-olah nafas yang dilepas dari tubuh yang satu ini secara simboliknya, yang mana nafas yang dilepaskan ini akan bertebaran ke seluruh pelusuk alam dan memberi manfaat ke seluruh pelusuk alam." ALHAMDULILLAH ".
Dari keterangan di atas, maka dapatlah di simpulkan yang paling tepat untuk zikir nafas adalah HU ALLAH yang mana HU semasa tarik itu menandakan kita perlukan sesuatu untuk meneruskan hidup. Kita perlu mendapat kurniaan dan keizinan Allah untuk meneruskan kehidupan. Tanpa restu dan rahmat dariNya, kita tidak akan mampu untuk hidup.
Jadi berzikirlah.
HU...ALLAH...HU...ALLAH...
" SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MEMBERI RAHMAT KE SELURUH ALAM SEMESTA.
SUBHANALLAH...
ALHAMDULILLAH...
ALLAHUAKBAR...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan