SYA'IR PARA WALI*

 


SYA'IR PARA WALI*
Wahai Saudaraku...
Engkau terlahir dengan membawa ketentuan dan memiliki Sinar Cahaya yang Terang Benderang.
Engkaulah AHLI WARIS penghulu TAUHID.
Engkaulah AHLI WARIS penyandang pelita ZUHUD.
Engkaulah AHLI WARIS penabur CAHAYA TERANG BENDERANG.
Engkaulah pemegang Tongkat TAUHID itu, sebagai AMANAT Maha Cahaya wasiat Para Cahaya...
INGATLAH !
Engkau telah Dianugerahi Pengetahuan, Akal dan Fikiran. Segala yang ada terjadi kerana BERSEBAB;
KEGELAPAN menjadikan sebab Ketidaktahuan,
Ketidaktahuan menjadikan sebab Kebodohan,
Kebodohan menjadikan sebab Keingkaran,
Keingkaran menjadikan sebab Kezaliman,
Kezaliman menjadikan sebab Kerosakan,
Kerosakan menjadikan sebab Kesengsaraan,
Kesengsaraan menjadikan sebab Penderitaan,
Penderitaan menjadikan sebab Kepahitan,
Kepahitan menjadikan sebab Kegelisahan,
Kegelisahan menjadikan sebab Ketidak Terkendalian,
Ketidak Terkendalian menjadikan sebab Kegoncangan,
Kegoncangan menjadikan sebab KIAMAT.
Akhir dari semua sebab KEGELAPAN adalah KIAMAT...
KIAMAT yang terwujud bermula daripada;
Kegoncangan diri,
Ketidak Terkendalian diri,
Kegelisahan diri,
Kepahitan diri,
Penderitaan diri,
Kesengsaraan diri,
Kerosakan diri,
Kezaliman diri,
Keingkaran diri,
Kebodohan diri,
Ketidaktahuan diri,
Kegelapan diri,
KEHANCURAN DIRI...
Kehancuran Diri yang berwujud seperti, Duka, Lara, Nestapa, Derita, Sengsara, Seksa dan NERAKA.
NERAKA yang berwujud Penyesalan Jiwa beriringan dengan Titisan Air Mata Raga dan Darah Air Nyawa Raga.
Sungguh KIAMAT itu dekat dan yang jauh adalah Perjalanan.
Seksaan itu dekat dan yang jauh adalah Perbuatan.
Derita itu dekat dan yang jauh adalah Perasaan.
NERAKA itu dekat dan yang jauh adalah Perkiraan.
WAHAI SAUDARAKU !
"KURSI ADALAH TEMPAT DUDUK"
Berdiri tegak kerana kaki tegak dengan empat kaki.
Hilang satu kaki kursi mudah Tergoyang.
Hilang dua kaki kursi menjadi Tergoncang.
Hilang tiga kaki kursi mudah Terjatuh.
Hilang empat kaki kursi menjadi Runtuh.
Dunia adalah tempat menetap.
Insan Manusia adalah penghuni tidak tetap.
Raga adalah Makam tempat menetap dan
Diri Sejati adalah Penghuni Tetap...
Dunia.......
Alam.......
Kehidupan.......
Dan Insan Manusia, Berdiri tegak kerana tiangnya penyangga Kesempurnan Empat. Yang berwujud Kesejatian Ilmu dan Amalan, yang Wujud-Nya;
SYARIAT,
TAREKAT,
HAKIKAT,
MA’RIFAT.
Hilang yang satu dengan Sirnanya Ma’rifat. Makam dan tempat mudah Bergoyang.
Hilang yang satunya lagi dengan Sirnanya Hakikat. Makam dan tempat mudah Tergoncang.
Hilang yang satunya lagi dengan Sirnanya Tarekat. Makam dan tempat menjelang Runtuh.
Hilang yang satunya lagi dengan Sirnanya Syariat. Makam dan tempat menjadi Runtuh.
Hilang yang Empat, rosaklah Kehidupan, hancurlah Alam, Sirnalah Insan...
Hilang yang Empat, kerosakan bertandang, KIAMAT akan datang...
WAHAI SAUDARAKU !
Engkaulah Sang Pengembala Umat...
Lahir dan terlahir dengan Dasar dan Ketentuan.
Ditangan engkau Pelita Cahaya Penerang Kegelapan dan Cahaya Pelita Ketidaktahuan.
Ditangan engkau Cahaya Pelita Kebodohan dan dibahu engkau semua beban KESELAMATAN.
Tumbuhkanlah Rasa Sayangmu untuk lahirkan Ketulusan dan Rasa Kasihmu untuk mendapatkan Keredhaan.
Tumbuhkanlah Rasa Cintamu untuk lahirkan Kesenangan dan Rasa Rindumu untuk lahirkan Harapan.
Bangunkanlah Jiwamu untuk lahirkan Kesedaran akan Wasiat dan Harga Diri.
Bangunkanlah Jiwamu untuk lahirkan Kesedaran akan Amanah dan Pesan Kebenaran Ilahi.
Bangunkanlah Ragamu untuk lahirkan Kewajipan Amalan dan Perbuatan Kehormatan Diri.
Bangunkanlah Hati dan Fikirmu untuk lahirkan Kesedaran akan Kewajipan Diri.
Cintailah mereka... !
Mereka Sengsara, kerana Kaya akan Kebodohan dan Miskin dengan Ilmu dan Pengetahuan.
Mereka Zalim, kerana Kaya akan Kegelapan dan Miskin dengan Kebenaran dan Pemahaman.
Mereka Ingkar, kerana Kaya akan Kepedihan dan Miskin dengan Nasihat dan Wasiat.
Mereka Rosak, kerana Kaya akan Derita dan Miskin dengan Kebaikan dan Kasih Sayang.
Mereka lupa, kerana Kaya akan Air Mata dan miskin akan Tawa.
Mereka Tersiksa, kerana Kaya dengan Tipu Daya dan Miskin dengan Kebenaran.
Mereka Menderita, kerana Kaya dengan Nafsu dan Miskin dengan Ketenangan.
Mereka Hina, kerana Kaya dengan Nista dan Miskin dengan Adab.
WAHAI SAUDARAKU !
"DI ATAS CAHAYA ADA CAHAYA"
Setiap Cahaya akan Berhias Cahaya, apabila Dipercikan dengan KEIKHLASAN.
Setiap Cahaya akan Bermakna Cahaya, apabila Ditaburkan dengan KETULUSAN.
Setiap Cahaya akan Berguna Cahaya, apabila Disampaikan dengan KERELAAN.
Setiap Cahaya akan Bersinar Cahaya, apabila Ditaburkan dengan KASIH dan SAYANG.
Setiap Cahaya akan Berkekuatan Cahaya, apabila Disampaikan dengan KECINTAAN.
Setiap Cahaya akan Sirna Cahaya, apabila Disampaikan dengan KEBENCIAN.
Setiap Cahaya akan Terpukul Cahaya, apabila Disampaikan dengan cara BERNAFSU.
WAHAI SANG PENGEMBALA UMAT YANG BERHIAS CAHAYA !
Janganlah engkau Terlena dengan semaraknya Tipu Daya Duniawi, terlupa dengan semaraknya Fatamorgana. Berebut Tawa Berlumba Suka.
Janganlah engkau Tertidur dengan Hangatnya Selimut Suka yang Fana, Terbuai dengan semaraknya Bangga dan Tawa, berebut Senang Berlumba Menang.
Janganlah engkau Tertidur dengan Hangatnya Selimut Jaya yang Fana, terbuai semarak Puji dan Kata, berebut Sabda Berlumba Kata.
Janganlah engkau Terlena dengan semarak Tipu Daya Fatamorgana, terlupa dengan Kuasa dan Perkasa, Berlumba Dunia Berebut Kuasa.
Janganlah engkau Terkubur Keangkuhan Keaneka Ragaman, Congkak dan Sombong, Terkandas dengan Nafsu Angkara Murka, berebut Tahta Berlumba Makhkota.
Tipu Daya, Fatamorgana, Kuasa dan Perkasa, Jaya yang Fana, Puji dan Kata, Keangkuhan, Aneka Ragaman, Congkak dan Sombong dan Nafsu Angkara Murka. Menjadi sebab;
Redupnya Cahaya, yang berdampak Sinar Tidak Menyala. Dan engkau akan Kehilangan Erti dan Makna.
Tenggelamnya Cahaya, yang berdampak tidak Tampak. Dan engkau akan Tersandung dan Tersungkur.
Padamnya Cahaya, yang berdampak menjadi tidak Tampak. Dan engkau akan kehilangan Cahaya dalam Jiwa.
Hilangnya Cahaya, yang berdampak Gelap Gelita. Dan engkau akan kehilangan Jiwa dan Rasa.
Sirnanya Cahaya engkau akan berdampak Kegelapan. Dan engkau terlupa akan diri yang Sejati.
Mustika Permata adalah Cahaya Sejati engkau. Ingatlah...!!
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan