MUHAMMAD

 

MUHAMMAD
Muhammad adalah nama dengan kemuliaan, Muhammad adalah makhluk yang dipuji, Muhammad adalah rasul dan hamba yang dimaksimumkan / bebas daripada dosa, serta sosok manusia kamil yang sempurna. Muhammad ialah nama yang diangkat tinggi dan akan berpadanan selama-lamanya disamping nama Allah. Dan antara wajah-wajah raut Allah, wajah Muhammad adalah wajah yang paling indah daripada segala raut Allah. Muhammad adalah manifestasi Tuhan tentang kecantikan alam semesta, tiada siapa yang akan dapat melihat keindahan wajah Tuhan alam semesta tanpa melalui wajah Muhammad masih kekal hadir dan hidup dalam hati nurani manusia, dalam kebaikan memahami, dan kemuliaan akhlak manusia.
MA'RIFAT NABI MUHAMMAD

Bagaimanakah ma'rifat nabi Muhammad??
Nabi Muhammad SAW tidak berma'rifat lagi
Bukankah nabi lebih paham ?
Nabi Muhammad tidak berma'rifat lagi,karena "sekutu" dengan Tuhan - Nya
Yang bernama ILLALAH itu Muhammad
Yang bernama ALLAH itu Muhammad

Adapun Aku didalam Muhammad
Dan Muhammad didalam Rasulullah
Artinya Pesuruh Allah
Adapun yang bernama Muhammad itu adalah Allah
Dan yang bernama Allah itu Muhammad jua adanya
Maka Mesra menyatu dan Ujud
Sempurnanya Ma'rifat nabi Muhammad
Sehingga ia dapat merasai nikmat surga
Dan ketika Ma'rifat itu lenyap .....
Maka didapatinya TERANG BENDERANG yang tidak terhingga lagi
Ke atas,ke bawah,ke kanan,ke kiri,ke hadapan,dan ke belakang tiada berkesudahan
Maka berdirilah dengan yang dinamai ALIF ISTIGNA ..... IA KUASA BERDIRI SENDIRINYA
Dan Allah berfirman kepada Nabi Muhammad untuk menyeru kepada umatnya
......
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Katakanlah .....
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS Ali Imran : ayat 31)
Pertanyaannya .....
Benarkah kita umat Muhammad dan mengikutinya ????

NUR MUHAMMAD DAN NABI MUHAMMAD* (RAHASIA DIDALAM RAHASIA)
Hakikat "NUR MUHAMMAD" ini perluditerangkan dengan lebih lanjut dan jelas agar dapat difahami oleh seluruh umat Islam.
Apakah itu "NUR MUHAMMAD" ?
Apa hubungannya dengan diri NABI MUHAMMAD ?
Apa hubungannya pula dengan diri manusia ?
Didalam mata pelajaran ILMU HAKIKAT dan MAKRIFAT, NABI MUHAMMAD dan "NUR MUHAMMAD" itu, adalah berbeza sama sekali...
NABI MUHAMMAD adalah seorang manusia yang sama seperti kita. Anak daripada seorang ayah yang bernama Abdullah, dan ibunya pula yang bernama Aminah. Lahirnya Beliau di Mekkah dan Makamnya Beliau di Madinah.
Tetapi Hakikat "NUR MUHAMMAD" adalah CAHAYA atau RUH, Jiwa yang Tunggal, Jiwa-Jiwa yang Terpuji.
Hakikat "NUR MUHAMMAD" itu ada didalam diri tiap-tiap manusia, dan tentu sahaja ada didalam diri kalian semua, sebagaimana ada didalam diri Para Nabi Allah dan Rasul-Nya, serta Wali-Wali Allah SWT.
"NUR MUHAMMAD" itu hanya ada "SATU" namun ada didalam diri semua umat manusia. Jika engkau memikirkan tentang perkara ini dengan Akal fikiranmu, boleh menjadi bingung dan pening !
(Carilah Para Guru Mursyid yang Tersembunyi, kerana hanya merekalah yang mahir untuk sampai kepada kefahamannya)
Lalu apa hubungannya antara "NUR MUHAMMAD" itu dengan diri NABI MUHAMMAD ?
Diri NABI MUHAMMAD itu, Batiniahnya telah bersambung atau wushul serta hancur lebur didalam Hakikat "NUR MUHAMMAD" atau dapat juga dikatakan bahawa NABI MUHAMMAD itu adalah 'TAJALLI SEMPURNA' daripada "NUR MUHAMMAD". Sedangkan pada manusia secara umumnya, Batiniahnya itu masih putus disebabkan masih terselimuti oleh Hawa Nafsu.
Pakaian dasar dari "NUR MUHAMMAD" itu adalah KEINDAHAN (JAMAL), maksudnya adalah Keindahan 'Akhlakul Karimah', dimana dengan Keindahan itu selalu bersifat sistematik (Tersusun kemas) seumpama longgokan sampah yang berserakan dan tidak berharga, lalu diaturkan (Disusun kemas) menjadi suatu Keindahan.
Yang sebenarnya NABI MUHAMMAD yang ada di Makkah itu adalah Wujud Lahiriah sahaja. Demikian juga halnya Para Nabi yang lainnya, mahu pun Wali-Wali Allah SWT, kesemuanya tiada lain adalah 'Tajalli' daripada "NUR MUHAMMAD".
Oleh sebab itulah Rasulullah SAW bersabda bahawa dirinya diutus hanya untuk Memuliakan dan Menyempurnakan Akhlak manusia sahaja...
Itulah SEJATI, diutusnya NABI MUHAMMAD SAW, sebenar-benarnya adalah untuk mengembalikan manusia kepada Kemurnian Fitrah Dasarnya, mengembalikan mereka agar wushul dan bersambung kembali, lebur hancur kepada "NUR MUHAMMAD".
Agar engkau sekalian menjadi "MUHAMMAD" itu sendiri secara Hakikatnya, iaitu makhluk yang Terpuji, INSAN yang KAMIL / Sempurna, iaitu kembali kepada fitrah dasar penciptaan manusia. Maka, sesungguhnya Syafaat yang SEJATI, itulah sebenarnya SELAWAT yang SEJATI itu...
Ini kerana, hanya "NUR MUHAMMAD" sahaja yang dapat Mengenal Allah SWT, itulah tujuan akhirnya yang hendak dicapai agar dapat menjadi "MUHAMMAD" secara Hakikatnya dan Mengenali ALLAH SWT.
Salah persepsi daripada orang ramai adalah, mereka-mereka ini seakan ingin mengikuti membabi buta 100% lahiriahnya NABI MUHAMMAD SAW, dengan berpakaian yang ala arab dari timur tengah, berjanggut panjang tanpa berkumis, berserban dan berjubah labuh, dan lain-lainnya lagi, adalah yang bersifat lahiriah sahaja. Padahal tujuannya NABI itu diutuskan, adalah untuk menjadikan kamu seorang "MUHAMMAD" secara Hakikatnya, menjadi makhluk yang Terpuji dan Mengenal Allah SWT.
Maka dari itulah, jadilah "MUHAMMAD" secara Hakikatnya, kerana itulah Hakikat yang sesungguhnya !
Dan lagi, ketika ingin menjadi "MUHAMMAD" atau seperti "MUHAMMAD", ketahuilah, bahawa tidak harus bernama "MUHAMMAD", misalnya jika ingin menamakan anak kamu supaya namanya mencerminkan Akhlaknya, contohnya nama Ahmad, Adam, Darwish, Danish, dan lain- lain.
Itu semua maknanya sama sahaja, yang berbeza cuma bahasa panggilan sahaja. Pada Hakikatnya, boleh dinamakan apa sahaja asalkan ertinya baik dan bagus, kerana perkara yang paling penting adalah sikap dan perilaku kamu itu yang harus mencerminkan "MUHAMMAD" (Yang Terpuji).
Kita mungkin tidak boleh lagi melihat NABI MUHAMMAD SAW kerana Beliau telah wafat...
Tetapi kita masih boleh bertemu PARA MUHAMMAD yang lainnya secara HAKIKATNYA...
"NUR MUHAMMAD" itu masih ada sampai sekarang, menerangi alam semesta ini...
Agar kita semua dapat melihat dan menjadi SAKSI (BERSYAHADAT), bahawa "NUR MUHAMMAD" itu ADA dan NYATA. Mereka adalah CAHAYA PENERANG bagi seluruh kehidupan ini...
Pesan saya Syeh Haqtullah buat umat Akhir Zaman...
Maka carilah engkau akan Para Guru Mursyid yang Tersembunyi itu, bukannya mencari Guru duniawi... Hanya Guru Mursyid yang Tersembunyi itu sahajalah yang Mahir dan Pakar didalam bab Ketuhanan di Akhir Zaman ini. Selagi engkau bersandarkan diri kepada yang bersifat duniawi, guru-guru yang bersijil, berpangkat, bergelaran, berharta, ramai pengikut dan banyak pujiannya, maka selagi itulah engkau akan terperangkap dan keliru didalam ilmu Allah SWT yang seluas lautan terbentang ini...
Kita harini ketandusan dan kegersangan Para Guru yang mahir dan pakar didalam bab Ketuhanan. Sehinggakan umat Akhir Zaman ini rata-ratanya telah Kematian Rohaninya. Dan hanya Guru Mursyid yang Tersembunyi itulah yang mampu menghidupkan semula Rohani kita, selagi kita berusaha bersungguh-sungguh mencari jejak mereka.
Itulah kenapa mereka menyembunyikan diri dan disembunyikan oleh Allah SWT, salah satunya adalah kerana mereka tidak mahu bersaing dengan guru-guru duniawi dan demi menjaga AMANAH dan BENIH KETENANGAN daripada Allah SWT.
"Tidak ada kegusaran dihati mereka."
"Hati mereka hanya ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW."~

[ Sumber dari abah fk / Siti Hariyani EA / Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan