NABI MUHAMMAD SAW DAN MUHAMMAD RASULULLAH

NABI MUHAMMAD SAW DAN MUHAMMAD RASULULLAH

Siapakah NABI MUHAMMAD SAW dan siapakah MUHAMMAD RASULULLAH ???

Adakah berbeza ?

Beruntunglah bagi orang-orang yang Berakal dan Berfikir !

Penjelasan ini bukanlah bertujuan untuk menduakan NABI MUHAMMAD SAW, tetapi untuk menjelaskan siapakah sebenar-benarnya MUHAMMAD RASULULLAH...
 
Sebelum menjawab atau menceritakan lebih lanjut tentang persoalan diatas, saya al-Fakir mengajak supaya kita semua membuka mata dan berlapang dada untuk memahami Hakikat Kebenarannya. Sudah cukuplah kita semua bercerita tentang ILMU SYARIAT, FEKAH dan ISTILAH. Sedangkan daripada muda sehingga ke tua selalu kita belajar mendengar cerita tentang;

"Jangan Terputus Dengan SYARIAT ALLAH SWT."

SYARIAT ALLAH yang mana ?
Perbuatan SYARIAT atau SYARIATULLAH ???
Kebanyakan orang hanya akan faham dan membuat perbuatan SYARIAT sahaja. Sedangkan SYARIATULLAH mereka tinggalkannya. 

Di akhir zaman ini, marilah kita mantapkan 'ILMU MAKRIFATULLAH' untuk menguatkan Rohani kita dan menghadapi FITNAH AKHIR ZAMAN ini...

Jadi... Apakah yang dimaksudkan dengan SYARIATULLAH ? 

Adakah kamu pernah Sedar dan Berfikir tentangnya ?
Adakah kamu semua masih mahu duduk lagi pada kefahaman ISTILAH ???
 
Disini al-Fakir menjelaskan tentang ILMU MAKRIFATULLAH, iaitu;
"Awalluddin Makrifatullah"
(Awal Beragama Itu Mengenal Allah).
 
Jadi segala persoalan mestilah persoalan berkenaan 'HAKIKATUN' bukannya persoalan SYARIAT atau FEKAH. Makanya jawapan yang akan diberikan adalah jawapan MAKRIFAT...

Kerana apa ?
 
Kerana sudah banyaknya di Surau, Masjid, Radio, Tv, Handphone, Internet dan Buku-buku yang menceritakan tentang ILMU SYARIAT (FEKAH) secara meluas, dan akhirnya kebanyakkan Umat Islam akhir zaman ini telah kematian Rohaninya, disebabkan ILMU MAKRIFAT tidak mereka utamakan...
    -    SYARIAT dan TAREKAT - JASMANI.
    -    HAKIKAT dan MAKRIFAT - ROHANI.

Jadi, marilah kita semua belajar atau mengenal ILMU MAKRIFATULLAH pula. Kerana ILMU MAKRIFATULLAH itu juga adalah Fardhu Ain (WAJIB !) keatas semua Umat Islam untuk mempelajarinya.
 
Ilmu ini adalah Ilmu seawal-awalnya atau Ilmu 'ABC' yang patut dipelajari terlebih dahulu sebelum ilmu-ilmu yang lainnya. Ilmu ini juga adalah Ilmu yang dibawa oleh NABI SAW yang berdakwah selama 13 tahun...

Di dalam agama Islam, Ilmu itu terbahagi kepada 4 cabang Ilmu, iaitu;
1) SYARIAT
2) TAREKAT
3) HAKIKAT
4) MAKRIFAT

Di dalam 4 tingkatan Ilmu itu terbahagi kepada 2, iaitu;
1) Yang dikatakan SYARIAT dan TAREKAT itu adalah ILMU SYARIATIN.
2) Yang dikatakan HAKIKAT dan MAKRIFAT itu adalah ILMU HAKIKATUN.
 
Jadi, Ilmu Islam itu terbahagi kepada 2, SYARIATIN dan HAKIKATUN...
 
"SYARIATIN itu umpama KULIT, manakala HAKIKATUN itu umpama ISI"

Setelah mengetahui maknanya KULIT itu, maka mestilah kita hendak mengetahui atau mengenal pula dengan ISINYA.

Di sini al-Fakir menjelaskan ILMU MAKRIFAT yang hendak kita pelajari...

Berbalik kepada soalan diatas tadi, Siapakah NABI MUHAMMAD SAW dan MUHAMMAD RASULULLAH ???

NABI MUHAMMAD SAW itu adalah satu contoh yang terbaik buat Umat sedunia. Ramai yang telah mengetahui akan Sejarahnya, Biodatanya dan yang lain-lainya.

Di sini al-Fakir bukanlah bercerita tentangnya NABI MUHAMMAD SAW Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, yang ibunya adalah Aminah dan isterinya pula adalah Siti Khadijah ra. Tetapi al-Fakir ingin menceritakan perihal MUHAMMAD RASULULLAH, iaitu MUHAMMAD yang Yatim Piatu (Tiada Ibubapa), Tidak Beristeri, Tidak Beranak dan Diperanakkan, bahkan PENGHULU sekalian Alam dan Makhluk...
 
Pernahkah kita semua mengetahuinya dan mahu berfikir tentangnya ?
 
Sedangkan NABI MUHAMMAD SAW sendiri menjadikan MUHAMMAD RASULULLAH itu sebagai PENGHULUNYA...
 
Buktinya atau Dalilnya adalah;
1) NABI MUHAMMAD SAW sendiri Bersyahadah "ANNA' MUHAMMAD RASULULLAH"
Bahasawanya MUHAMMAD itu Pesuruh ALLAH...

MUHAMMAD yang mana ?
Bukankah MUHAMMAD itu nama NABI MUHAMMAD SAW ???
Mengapa NABI MUHAMMAD SAW tidak Bersyahadah "ANA MUHAMMAD RASULULLAH"
Aku MUHAMMAD Pesuruh ALLAH...
 
Beruntunglah bagi orang-orang yang Berakal dan Berfikir !
 
2) Sedangkan Nabi Adam as adalah manusia yang pertama diciptakan oleh Allah SWT. Bilamana Nabi Adam as membuka matanya, maka Beliau melihat MUHAMMAD RASULULLAH.
Adakah itu NABI MUHAMMAD SAW yang kita tahu selama ini ?
 
Sedangkan NABI MUHAMMAD SAW sendiri tidak lahir lagi pada ketika kejadiannya Nabi Adam as.
Jadi... Siapakah MUHAMMAD RASULULLAH ???

3) Kisah Uwais Al-Qarni... Pada satu hari, sebelum kewafatan NABI MUHAMMAD SAW, NABI SAW telah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw.
 
Maka carilah seorang lelaki yang bernama Uwais Al-Qarni, dan yang akan menjadi Penghulu atau Raja di Syurga nanti. Berikanlah Jubah Aku (NABI SAW) sebagai tanda pelantikannya Uwais Al-Qarni. Lelaki tersebut adalah seorang yang berpenyakit sopak diseluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari setiap umat manusia. Dia datang dari Kabilah Yaman. 

Lalu betapa terkejutnya Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw mendengar pesanan NABI SAW itu, sedangkan mereka adalah 4 Sahabat NABI SAW. Mengapa mereka tidak dapat menjadi Raja di Syurga ?
Adakah Uwais Al-Qarni itu lebih hebat orangnya ? Berapa kenalkah dia kepada NABI MUHAMMAD SAW ? Sedangkan Aku ini menantunya NABI SAW ? (Saidina Ali kw)

Maka Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw pun mentaati atau memegang pesanan NABI SAW itu, dan menunggu kedatangannya Kabilah dari Yaman yang mengerjakan Ibadah Haji.

Tunggu punya tunggu tidak muncul-muncul Uwais Al-Qarni... Akhirnya sampailah 10 kali Haji (Maknanya 10 Tahun) barulah mereka berjumpa seseorang lelaki dari kabilah Yaman seperti yang dipesan oleh NABI SAW.
 
Pada mulanya Uwais Al-Qarni tidak mengaku bahawa beliaulah Uwais Al-Qarni. Banyak kali Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw bertanya kepada beliau, dan akhirnya Uwais Al-Qarni pun mengaku bahawa dialah orang yang mereka cari-cari setelah 10 tahun kewafatannya NABI MUHAMMAD SAW...

Maka Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw pun menyerahkan Jubah NABI SAW sebagai tanda pelantikannya Uwais Al-Qarni itu adalah Penghulu atau Raja di Syurga. Dengan berkata;

"Wahai Uwais Al-Qarni, yang akan menjadi Penghulu atau Raja di Syurga, inilah Jubah MUHAMMAD RASULULLAH yang Beliau menyuruh kami serahkan kepada engkau".
 
Saidina Ali kw pula bertanya;
"Wahai Uwais Al-Qarni, apakah amalan yang telah menjadikan engkau sebagai Penghulu atau Raja di Syurga, sedangkan kami ini adalah 4 Sahabat MUHAMMAD RASULULLAH ?"
 
Setelah mendengar kata-kata Sahabat NABI SAW, lalu Uwais Al-Qarni pun menjawab;
"Sesungguhnya kamu semua tidak KENAL atau tidak pernah melihat MUHAMMAD RASULULLAH."

Betapa marahnya para Sahabat NABI SAW yang ada disitu. Banyak kali Uwais Al-Qarni berkata;
"Sesungguhnya kamu semua tidak kenal MUHAMMAD RASULULLAH..."

Sedangkan mereka (para Sahabat NABI SAW) yang hidup bersama NABI SAW, yang berperang bersama NABI SAW, yang belajar bersama NABI SAW. 

Sehinggalah bila mana Saidina Ali kw mula teringat dan berkata bahawa yang dia pernah melihat MUHAMMAD RASULULLAH hanya satu kali saja sepanjang hidupnya...

Lalu Uwais Al-Qarni pun tidak berpuas hati, dan beliau pun menyuruh Saidina Ali kw membuktikannya dan menceritakan tentang Saidina Ali kw yang pernah melihat MUHAMMAD RASULULLAH ?
 
Makanya Saidina Ali kw pun menceritakan peristiwa itu...
 
Pada sesuatu hari... NABI MUHAMMAD SAW hendak mencuci Ka'abah, lalu beliau mengajak aku (Saidina Ali kw) dan Bilal Bin Rabah ke Ka'abah. Setelah sampai ke Ka'abah, NABI MUHAMMAD SAW pun menyuruh Bilal Bin Rabah untuk duduk dan hendak berdiri di atas Bahu Bilal, kerana NABI SAW hendak memanjat dan mencuci Ka'abah. Disebabkan Bilal Bin Rabah badannya tidaklah sebesar dan segagah aku (Saidina Ali kw). Makanya NABI SAW pun memanjat dan berdiri di atas bahuku.
 
Bilamana sudah NABI MUHAMMAD SAW berdiri diatas bahuku. Lalu aku pun mendonggakkan kepala keatas (Ingin melihat NABI SAW). Maka yang aku lihat ketika mendonggakkan kepala keatas itu ternyata bukanlah NABI MUHAMMAD SAW tetapi adalah MUHAMMAD RASULULLAH.....
 
Mendengar peristiwa Saidina Ali kw itu, lalu Uwais Al-Qarni pun membenarkan peristiwa itu dan berkata;
"Benar... Itulah MUHAMMAD RASULULLAH..."
Jadi, siapakah yang Saidina Ali kw nampak sebenarnya ?
Siapakah MUHAMMAD RASULULLAH ???

4) NABI MUHAMMAD SAW bersabda;
"Adam Abul basyar, Muhammad Abul Arwah..."
Ertinya : ADAM BAPA sekalian Manusia, MUHAMMAD BAPA sekalian RUH.
 
MUHAMMAD yang mana yang dimaksudkan oleh NABI MUHAMMAD SAW ?
Adakah diri NABI SAW sendiri yang di maksudkan ?
Jikalau Diri NABI SAW, bolehkah NABI mentajalikan RUH ?
 
5) Pada suatu hari Para Sahabat bertanya;
"Siapakah Engkau sebenarnya ya MUHAMMAD ?"
Lalu NABI SAW pun menjawap;
"AKU lah AHMAD Bilah MIM !"
(Maksudnya AKULAH AHMAD Tanpa Huruf MIM = ????)

(Kalaulah engkau memahami apa yang al-Fakir ingin sampaikan, hanya Pemegang Rahasia yang mengetahui Rahasianya)...
Sudahkah nampak jawapannya ???
Beruntunglah bagi orang-orang yang Berakal dan Berfikir...
 
Bagi yang telah memahaminya mungkin sudah nampak jawapannya, mungkin juga ada yang masih di dalam kebingungan dan mungkin juga ada tidak faham langsung...
Sesungguhnya yang memberikan kefahaman itu adalah ALLAH SWT, bukannya hamba-Nya. Jadi, pelajarilah ILMU MAKRIFAT ini. Iaitu Ilmu yang seawal-awalnya dari segala-galanya ilmu yang ada didunia ini.
 
Bagaimana tuan boleh berkata bahawa Solat tuan SAH ? Sedangkan tuan tidak tahu perkara yang Seawal-Awal (ABC - ILMU MAKRIFAT) ini ? Jika Ilmu yang Seawal-Awal ini (ABC - ILMU MAKRIFAT) pun tidak tahu dan tidak faham...Janganlah berkata tentang ILMU SYARIAT (XYZ) itu, jika ILMU MAKRIFAT (ABC) pun tidak tahu dan tidak faham !

Barangsiapa yang mengucap atau membaca satu kali sebenar-benarnya 2 KALIMAH SYAHADAH dengan SEMPURNA, (Mengenal MAKRIFATNYA) maka HARAMLAH baginya Neraka !
Beruntunglah bagi orang-orang yang Berakal dan Berfikir...

Di Akhir Zaman ini, ILMU MAKRIFAT, HAKIKAT dan TASAWWUF adalah Ilmu yang paling penting sekali untuk menghidupkan Rohani dan untuk menghadapi FITNAH dajjal laknatullah. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan carilah Guru Mursyid yang Tersembunyi dan Para Wali Allah swt yang Disembunyikan oleh ALLAH SWT, kerana merekalah KETENANGAN AKHIR ZAMAN...
INSYAALLAH... Selamat dunia dan akhirat...

Syeh Haqtullah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan