PANDANGAN AHLI AL, HAQ
"Sesungguhnya asal Sirr itu daripada cahaya Nur Zat ,
sedang hakikat Sirr itu ialah Roh Al-Haq."
Adapun nyawa kita ini adalah tubuh kepada Nabi ,
sedang nyawa Nabi itu adalah tubuh kepda Allah Taala.
( Maha Suci Allah Taala daripada menyerupai makhlukNya dan berhati2 lah apabila membicarakan hal ini dengan dzauq memandang melalui mata Bashirah yang halus dan dalam ).
Ini bererti :
yang mengenal Zat itu ialah dengan nyawa ,
yang sebenar2 nyawa itulah rahasia Sirr
yang sebenar2 rahasia Sirr itulah Sirru-Allah.
Ini kerana Sirru-Allah itu: " bukan dengan huruf dan suara."
( Laa biharfin walaa shautin. )
Ini adalah kerana :
Sirru-Allah itu cahaya Nur Muhammad ,
yang sebenar2 cahaya Nur Muhammad itulah Sirru-Allah.
Itulah bernama " Manusia " ,
manusia itulah yang bernama " Nyawa " ,
iaitu yg bernama " Manusia "
Ini kerana nyawa itu dijadikan daripada Sirru-Allah...
itulah yang dijadikan Allah Taala Nur Muhammad yang bernama " Sirru-Allah ".
Sekali sudah bernyawa Adam itu , lalu dinamakan nyawa itu sifat-sifat Allah ( sifat2 Haq Taala) , iaitu Nur Cahaya Zat Allah Taala
Ini kerana Cahaya Zat Allah Taala itulah yang bernama "Nur Muhammad "
lantaran Nur Muhammad itulah nyawa kepada kita.
Sebagaimana sabda Nabi SAW mafhumnya :
" Sesiapa melihat aku maka sesungguhnya dia melihat Al-Haq SWT. "
[ Sumber dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan