MENCARI GURU MURSYID
Apa Maknanya Guru Mursyid ?
Makna GURU adalah seorang manusia Zahir yang mengajarkan seseorang didalam sesuatu Ilmu, menyampaikan Petunjuk, Petua atau Kaedah-Kaedah tentang Ilmu tersebut.
Dan MURSYID itu adalah suatu Pengetahuan atau Pengalaman yang dilalui dan dialaminya sendiri oleh seseorang yang menjadi Guru...
Apa bezanya Guru Mursyid dengan Guru kebanyakkan ?
Guru Mursyid itu benar-benar mengetahui disetiap sudut bidang Ilmu dan Pengalaman yang pernah dilaluinya sendiri melalui pengajaran LADUNI, yang mana ia membicarakan hal-hal Ilmu yang tidak dapat dijangkaui oleh Akal pencapaian pemikiran manusia biasa.
Manakala Guru kebanyakkan pula adalah Guru yang mengajar mengikuti pendapat-pendapat orang lain, cerita-cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya ditafsirkan mengikuti fikiran mereka sendiri...
Apakah itu ILMU LADUNI ?
Ilmu Laduni adalah ILHAM atau HIKMAH pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang Bertaqwa (Mengenal Allah swt).
Juga dikatakan Ilmu Ma'krifat. Dilimpahkan kepada Hati Auliyaa' Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit-penyakit hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was...
Apakah yang diajarkan oleh Guru Mursyid ?
Guru yang Mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Qur'an dan Hadis Qudsi, malah Ilmu Pengetahuannya diperolehi daripada Pengalamannya sendiri yang pernah dilalui dan dialaminya semasa latihan mencari ILMU HAKIKI dan MA'RIFAT bersama Gurunya yang terdahulu...
Mengapa perlu Berijazah (Bai’ah) apabila ingin mempelajari Ilmu Ma'rifat ?
Guru Mursyid yang Berpengalaman adalah seorang Guru yang pernah di Ijazahkan oleh Guru asalnya.
Ijazah itu sangat-sangatlah diperlukan kerana terdapatnya Barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu Guru ke Guru sebelumnya (Salsilah), dari seorang Wali Allah ke Wali Allah yang sebelumnya, sehinggalah sampainya kepada Rasulullah saw.
Atau didalam lain perkataannya adalah, kesinambungan 'Tenaga Illahi' iaitu Kefahaman atau Kesedaran Hakiki yang diperturunkan daripada Rasullullah saw sehinggalah dari satu Guru sehingga ke satu Guru yang lainnya...
Bolehkah belajar terus dengan Allah ?
Boleh... ! Setelah mendapatkan Ilmu Laduni yang dibimbing oleh Guru Mursyid. Namun haruslah memahami tentang Ma'krifat yang dimaksudkan...
Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid ?
Didalam mencari Guru Mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman Ilmunya. Guru yang Mursyid BUKANLAH hanya dilihat dari segi Fizikal Zahirnya sahaja.
BUKANLAH juga dilihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya, wara’ rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam didahi, bersopan santun dan sebagainya. Lazimnya Guru Mursyid ini membungkus Ilmunya atau Merahsiakan Ilmunya. Ia akan berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri dikhalayak ramai, malah hidup serba fakir, tidak mengejar pangkat dan harta.
Kelakuan atau Fe'elnya bukanlah menjadi ukuran Mutlak akan sifat Mursyidnya Guru itu.
Ramai yang tidak berjumpa dengan Guru Mursyid ini kerana mereka menganggapkan bahawa Guru-Guru ini seperti yang saya sebutkan diatas tadi.
Dan sekiranya seseorang Guru itu dilihat bercakap seolah-olah seorang yang bongkak, berpakaian seperti orang biasa (Tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat persepsi dan andaian bahawa Guru tersebut bukanlah Mursyid.
Maka terlepaslah dia dari berjumpa dengan Guru yang Mursyid...
Sebagai iktibar, ambi kisah Nabi Musa as cuba menuntut Ilmu Hakikat dengan Nabi Khidir as yang telah diceritakan didalam Surah Al-Kahfi ayat 60-82.
Tanya Nabi Musa as : "Bolehkah engkau mengajarkanku dari apa yang telah diajar oleh Allah kepadamu ?"
Nabi Khidir as menjawab : “Sesungguhnya engkau tidak sekali-kali akan bersabar bersamaku”.
Dipendekkan cerita, tiga peristiwa yang berlaku tatkala Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as. Iaitu;
1) Membocorkan perahu yang mereka naiki.
2) Membunuh seorang budak.
3) Membantu membina tembok dengan dua orang Anak Yatim yang pada fikirannya Nabi Musa as adalah perbuatan yang sia-sia belaka. Namun, Nabi Khidir as dapat memberi jawapannya yang mudah kepada Nabi Musa as tentang apa yang telah berlaku.
Begitu jugalah Ilmu Hakikat yang jauh terkeluar daripada kemampuan Akal Fikiran Otak manusia dan normal-normal masyarakat (Orang awam).
Dan Ilmu sebegini rupalah yang SEWAJIBNYA kita cari dan dapatkan, agar banyak Rahasia-Rahasia dan Hijab-Hijab Kehidupan dan Ketuhanan dapat dibongkar satu per satu.
Dan apabila sudah tiada lagi persoalan, maka barulah Ketenangan akan hadir dengan sendirinya tanpa diminta-minta...
Apakah jenis Guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum ?
Mereka lebih suka menganggap Guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, Guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi, Guru yang berpangkat dan bergelaran tinggi, Guru yang segak berpakaian indah dan berharta atau Guru yang menonjol dikhalayak ramai itulah sebenar-benarnya Guru.
Sayangnya seribu kali sayang, kerana Guru seumpama itu hanya boleh dijadikan pengajaran, peringatan sahaja. Namun bukanlah untuk dijadikan panduan atau ikut-ikutan, lebih tepat lagi adalah untuk KEIMANAN dan AKHIRAT...
Apakah Ilmu yang dibawa oleh Rasullulah saw sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini ?
Selain daripada Ilmu Syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu sebenar Ilmu yang dibawa oleh Guru Mursyid iaitu, Kerohanian atau Ilmu Ma'krifat Mengenal Allah swt, paling utama Ilmu Tauhid dan Akidah...
Mengapakah perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian atau Ilmu Ma'krifat ?
Bukanlah kerana Pahala, bukanlah juga kerana Syurga, akan tetapi kerana ingin Mengenal Dia dengan 100% YAKIN KEIMANAN dan mencapai Kedamaian yang Hakiki dan merasai Kerinduan yang tidak terperi-peri untuk kembali kepada-Nya.
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan