RASULULLAH SAW UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA

 


RASULULLAH SAW DIUTUS UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA

Hal itu seperti yang baginda telah bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang baik.
(HR. Ahmad)
Seorang yang diutus untuk memperbaiki akhlak, tentu harus berakhlak mulia dan mencontohkan kemuliaan akhlak tersebut.
Gambaran kemuliaan akhlak Rasulullah saw secara umum adalah sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah didalam Al-Qur’an:
68.Surah Al-Qalam ayat 1 - 4
1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,
2. Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
3. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
4. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, “Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran.” (HR Muslim).
Konsep dasar tentang kebaikan, kearifan dan kemuliaan yang baginda ajarkan dan contohkan akan berlaku sepanjang zaman
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, hadis no. 8595.
Aisyah ra. meriwayatkan:
Rasulullah SAW pernah makan bersama enam orang sahabat beliau. Tiba-tiba seorang Badui datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah SAW berkata:
Seandainya ia menyebut nama Allah, niscaya makanan ini cukup untuk kalian.
(HR. al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Dari Anas ibn Malik ra. Rasulullah SAW bersabda:
Sungguh, Allah benar-benar ridha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepada-Nya atas makanan atau minuman itu.
(HR. Muslim, al-Tirmizi dan Ahmad)
Hasan ibn Ali ra berkata:
Saya pernah bertanya kepada pamanku, Hindun ibn Abi Halah, yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kepadanya: Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara. la berkata: Rasulullah SAW adalah seorang yang tampak selalu prihatin dan senatiasa berpikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, detail, dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan. Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan rnemuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuat beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan pribadi. Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh telapak tangannya. Dalam keadaan takjub atau terkejut, beliau selalu membalik (telapak tangan). Ketika berbicara, beliau terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan kanan ke ibu jari kiri. Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Tawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau tampak seperti butiran salju.
(HR. al-Tirmizi)
Aisyah ra. meriwayatkan:
Rasulullah SAW tidak pernah berbicara seperti cara kalian berbicara yang sangat cepat ini. Beliau selalu berbicara dengan kata-kata yang jelas dan rinci sehingga orang-orang yang duduk bersama beliau dapat menghafalnya.
(HR. Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH SEHINGGA DATANG KEPADAMU PERKARA YANG TETAP YAKIN
15.Surah Al-Ĥijr ayat 94
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 95
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 96
(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
15.Surah Al-Ĥijr ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
BAGAIMANA CARA NAK BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH YANG MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
INI BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI
Surah Al-'Ala
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATINYA AKAN NAMA TUHANMU SERTA MENGERJAKAN SEMBAHYANG....
BAGAIMANA CARA NAK INGAT DAN BARTASBIH KEPADA ALLAH SEPERTI YANG TELAH DIAJARKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU;
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang "SALAH JALAN" ibadatnya.
CARA NAK MENYEBUT ALLAH PULA BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT APA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah seperti diatas boleh dilaksanakan sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah SAW
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Apa yang perlu dimuzakarahkan lagi ialah apa yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw untuk dipraktikkan
JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
DENGAN MENGINGATI ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN HATI MANUSIA
FIRMAN ALLAH
13.Surah Ar-Ra`d ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...
89.Surah Al-Fajr ayat 27
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Manakala didalam Surah Surah Ar-Ra`d (Verse 28) Allah telah berfirman
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu adalah seorang yang beriman dan beramal soleh.
MAKSUD KEPADA AMAL SOLEH
Firman Allah
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 57
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK
4.Surah An-Nisā' ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
6.Surah Al-'An`ām ayat 82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31.Surah Luqmān ayat 22
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
39.Surah Az-Zumar ayat 2
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
39.Surah Az-Zumar ayat 3
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AMAL SOLEH IALAH AMAL YANG DILAKUKAN TANPA DISERTAKAN DENGAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK,
FIRMAN ALLAH TENTANG BERAMAL SOLEH
2.Surah Al-Baqarah ayat 62
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
2.Surah Al-Baqarah ayat 82
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 277)l
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 57
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
4.Surah An-Nisā' ayat 57
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.
Dengan secara tidak langsung lagi selali menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman dan melakukan sesuatu amal yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik.
Orang yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik ialah merupakan satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan akan dipelihara oleh Allah
Ini telah diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
BENTENG @ KOTA ALLAH
Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...
(H R . Syirazi)
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu telah dibersihkan daripada sebarang syirik dan tidak boleh dihasut oleh iblis dan akan berada didalam pemeliharaan Allah.
Sama-sama kita lihat pula kepada siapakah yang telah Allah janjikan untuk dipimpin kejalan yang lurus
Firman Allah
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
MELAKUKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" DENGAN MELAKSANAKAN APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA SYRAH AL-MUZAMMIL AYAT 8 ADALAH CARA UNTUK INGAT DAN BERTASBIH KEPADA ALLAH YANG MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID IAITU BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG SYIRIK YANG AKAN MEMBAWA SESEORANG ITU KEPADA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

[Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan