Bersempena Haul Qutb al Auliya' Sayyid Abdul 'Aali ibn Sayyid Ahmad ibn Idris RA 1442 Hijrah tahun ini, mari bersama mengenali latarbelakang ringkas Sohib Haul yang mulia ini.
Sayyid Abdul Aali ibn Sayyid Ahmad ibn Idris RA diputerakan pada 1246 Hijrah. Beliau terkenal di Selatan Mesir dengan gelaran Sayyid Abdul Muta`al RA.
Umurnya ketika kewafatan ayahandanya ialah 7 tahun. Selepas menyempurnakan hafalan al Quran dan sebahagian matan-matan ilmu di masjid ayahandanya di Sabya, Yaman beliau menuju ke Makkah al Mukarramah dan tinggal di tempat yang pernah didiami oleh ayahandanya di Jabal Abi Qubais.
Di sana, beliau melazimi syeikhnya, Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA dan mengikuti permusafirannya ke Burqah, Libya.
Beliau mengambil manfaat, menuntut ilmu dan mengambil wirid-wirid tarekat daripada gurunya tersebut. Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA memberikan keprihatinan khusus kepadanya.
Selepas kewafatan gurunya tersebut, beliau bermusafir ke Kampung Zainiah di selatan Mesir pada tahun 1277 Hijrah. Beliau membina Rumah Idrisi di sana. Beliau merupakan hujjah pada zamannya dalam ilmu kimia, ilmu falak dan syariah.
Kemudian, beliau bermusafir ke Sudan dan menetap di Dunqula serta wafat di sana pada 28 Zulkaedah 1295 Hijrah. Beliau kemudian dimaqamkan di Masjid Besar Dunqula.
𝗛𝗔𝗨𝗟 𝗞𝗘-𝟭𝟰𝟳 𝗤𝗨𝗧𝗕 𝗔𝗟 𝗔𝗨𝗟𝗜𝗬𝗔' 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 `𝗔𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗕𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗜𝗕𝗡 𝗜𝗗𝗥𝗜𝗦 𝗥𝗔
BUKTI HUBUNGAN DAN KASIH YANG ERAT ANTARA IMAM ABDUL 'AAL IBN AHMAD IBN IDRIS RA DAN KHALIFAH TUNGGAL AYAHANDANYA IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI RA MELALUI PERSAMAAN PADA COP RASMI.
IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI RA MERUPAKAN SALINAN TULEN IMAM AHMAD IBN IDRIS RA,
MANAKALA IMAM ABDUL ‘AALI IBN AHMAD IBN IDRIS RA MERUPAKAN
SALINAN TULEN IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI RA.
KETINGGIAN HIMMAH IMAM ABDUL ‘AALI IBN IMAM AHMAD IBN IDRIS TERHADAP ILMU
Syeikh Soleh al Ja'fari berkata:
Telah mengkhabarkan kepada saya ayahanda saya, al Haj Muhammad Soleh al Ja’fari bahawa beliau bersama nenda saya Syeikh Soleh Muhammad al Ja’fari yang bertarekat Idrisiah selalu menziarahi Imam Abdul ‘Aali di rumahnya. Beliau menyatakan,
“Setiap kali menziarahinya, kami pasti mendapati beliau sedang duduk bersama kitab-kitab yang banyak di sekelilingnya. Beliau akan mengangkat sebuah kitab dan meletakkan kitab yang lain, begitulah seterusnya.”
0 comments:
Catat Ulasan