PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


 SHEIKH ABDULLAH FAHIM - PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

“Fahim” adalah kalimah di dalam bahasa Arab yang bermaksud “Seorang yang luas ilmunya”. Demikianlah gelaran yang diberikan kepada Sheikh Abdullah Fahim.
Nama sebenar beliau Sheikh Abdullah bin Ibrahim bin Tahir. Dilahirkan di Syuaib Ali, Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1879 masihi. Ada juga yg berpendapat beliau dilahirkan di Kg Kubur Panjang, Kedah kemudian baru berhijrah ke Makkah bersama ayahnya untuk menimba ilmu.
Sheikh Abdullah Fahim mendapat pendidikan awal di Makkah. Ada pendapat yang mengatakan beliau telah berguru dengan lebih 40 orang guru dan alim ulama.
Antara tokoh ulama Melayu yang menjadi gurunya:
1. Sheikh Nik Mat Kecik Al-Fathani (1844-1915)
2. Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani (1856-1908)
3. Sheikh Othman Sarawak (1863-1921)
4. Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi (1860-1916)
PULANG KE TANAH AIR
Sheikh Abdullah Fahim pulang ke tanah air sekitar tahun 1916 masihi. Kemudian beliau menjadi tenaga pengajar di Madrasah Al-Hamidiyyah di Kedah sebelum beliau pulang ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Di kediamannya beliau mengajar kelas agama seperti biasa, akan tetapi kerana bilangan orang ramai yang mengikuti pengajiannya semakin bertambah, hal itu mendorong beliau untuk menubuhkan madrasahnya sendiri pada tahun 1927, iaitu Madrasah Dairatul Maarif Al-Wataniyyah yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
MENENTUKAN TARIKH KEMERDEKAAN
Sebelum Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mantan perdana menteri Malaysia yang pertama mengetuai rombongan ke London untuk berunding mengenai tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari tahun 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Sheikh Abdullah Fahim yang ketika itu menjadi Mufti Pulau Pinang, juga seorang ulama yang alim di dalam ilmu falak mengenai tarikh yang baik bagi kemerdekaan tanah Melayu.
Sheikh Abdullah Fahim memberikan tarikh kemerdekaan bagi tanah Melayu ialah pada tahun yang seterusnya, iaitu 31 Ogos 1957. Beliau berpesan jika tidak dapat pada tarikh tersebut, tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962.
Bagaimanapun apa yang dikehendaki dimakbulkan oleh Allah SWT. Akhirnya tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada tarikh yang dicadangkan oleh Sheikh Abdullah Fahim, iaitu tanggal 31 Ogos tahun 1957.
Al-Fatihah
Ketahui Tarikh Kedua Pilihan Sheikh Abdullah Fahim Bagi Kemerdekaan Tanah Melayu
https://youtu.be/2IIEMaHpJq4
Disediakan oleh: Ubaidah TV
Rujukan: Sheikh Abdullah Fahim Ulama Melayu Progresif, Zulkiple Abd Ghani, Othman Talib, Farid Mat Zain & Ezad Azraai Jamsari.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan