MAKSUD 313*

 


MAKSUD 313*
Biasa nampak angka "313" ?
Apa sebenarnya makna disebalik 313 ?
Angka KERAMAT ini sebenarnya adalah jumlah PARA RASUL, Jumlah PARA AHLI BADAR, Jumlah TENTERA TALUT, dan juga Tentera UTAMA atau ELITE IMAM AL-MAHDI.
Dikalangan puluhan orang Tentera Imam Al-Mahdi didalamnya adalah yang mahir didalam ILMU HIKMAH yang digelar "AT-TALAKAT."
Sebenarnya jika kamu hendak masuk golongan "313" ini sememangnya agak Mustahil !
Jadi jika kamu dapat jadi tukang pembantu angkat barang pun sudah terlalu bersyukur sangat...
Jika Imam Al-Mahdi sudah di Bai'ah maka bersiap sedialah, kerana Beliau akan mula bergerak Memperjuangkan dan mengangkat kembali ISLAM, menegakkan KALIMAH TAUHID, menghapuskan segala Kemungkaran, menentang orang-orang Fasik, orang-orang Mungkar, orang-orang Kafir dan Zionist LAKNATULLAH !
Bilangan pembantu Imam Al-Mahdi juga ramai lagi, seperti berikut;
1) 5 orang Ahli Syura.
2) 40 orang Waliyullah.
3) 360 Najd.
4) 313 Badri (Mereka yang Iman kukuh seperti Sahabat Ahli Badar)
5) 12,000 tentera (Amir jemaah dari kalangan Mukmin yang berkualiti)
6) 120,000 tentera biasa (Setiap Amir kecil ada 10 ahli jemaah Mukmin berkualiti)
7) 4,000 wanita yang teguh Imannya.
Jika saya panjang umur sehingga ketibaan Imam Al-Mahdi bagi seluruh Umat Islam di Akhir Zaman ini, sudah pasti saya akan pergi kepada Beliau untuk membantu Perjuangan, walaupun dalam apa jua keadaan dan cara sekalipun, walaupun merangkak diatas salji dan padang pasir yang gersang.
Kebanyakannya kita memang agak mustahil untuk tersenarai didalam kalangan-kalangan tersebut, jikalau dengan ujian dunia dan hawa nafsu pun kita sudah tewas dan melatah, apatah lagi untuk Berjuang bersama Imam Al-Mahdi dan Para Mukminin di Akhir Zaman yang penuh dengan fitnah-fitnah yang dasyat ini.
Namun persiapkanlah diri, mungkin kita akan dapat bersama-samanya...
Persiapan itu sudah tentu dari segi ROHANI dan JASMANI...
Rohani - Ilmu Ketuhanan yang
mantap
!
Jasmani - Latihan Perang, Seni Bela Diri, Memanah, Berpedang dan sebagainya.
KESIMPULANNYA...
Kalau Ilmu Seni Bela Diri pun tiada, lepastu kita sibuk pung... pang... pung... pang dan berdebat didalam media sosial ajak mempersiapkan diri dan cakap pasal konspirasi itu ini,
Tetapi diri sendiri tiada persiapan Selawat dan Dzikir pun malas, bangun Tahajjud pun malas, sudah masuk waktu Solat pun masih sibuk dengan handphone, Nafsu makan pun tidak dikawal, kuat mencarut, tidak Taat kepada ibu bapa, jiran kelaparan pun tidak ambil tahu, Ilmu Nafas pun tidak belajar, Ilmu Agama pun masih bodoh dan ilmu-ilmu lainnya pun pandang remeh apatah lagi Ilmu Ketuhanan pun jahil. Maka sia-sia sahajalah...
Kalau hendak Berjuang, Berjuanglah bersungguh-sungguh dan buatlah persiapan diri itu bersungguh-sungguh, Jangan hanya Berjuang didalam alam maya sahaja !..
# Sumber dari Syeh Haqtullah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: