JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN

 


JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN

Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
CONTOH MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN
Sesorang telah berkata yang ia sudah mengingati Allah tetapi tidak boleh menunjukkan jalan dan cara yang ia telah lakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga ia mendapat keadaan ingat kepada Allah.
Seseorang telah berkata yang ia sudah mendapat jiwa yang tenang tetapi tidak boleh menunjukkan jalan dan cara yang ia telah lakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga ia mendapat jiwa yang tenang.
Seseorang telah berkata yang ia telah mengenal Allah tetapi tidak boleh menunjukkan jalan dan cara yang ia telah lakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga telah mendapat keadaan mengenal Allah
Seseorang telah memperkatakan yang ia telah bersyukur kepada Allah tetapi ia tidak boleh menunjukkan jalan dan cara yang ia telah lakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga ia mendapat keadaan bersyukut kepada Allah
Dan lain-lain lagi ....
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Atau
JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU IAITU ALLAH
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melakukan sendiri jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
Didalam surah dan ayat yang lain telah diterangkan berkaitan CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA..
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
ORANG YANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKANNYA AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN
Firman Allah ...
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām ayat 148
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA IAITU ORANG YANG SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKANNYA SENDIRI...
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU DENGAN MENERANGKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG TELAH DILAKULAN SENDIRI...
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LAKUKAN SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
WALAUPUN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH
KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH
43.Surah Az-Zukhruf ayat 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 37
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 38
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 39
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 40
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 41
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 42
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 43
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 44
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 30
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan