JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI "JIWA YANG TENANG IAITU NAFSU MUTMAINNAH"

 


JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI "JIWA YANG TENANG IAITU NAFSU MUTMAINNAH"

YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
Apakah nafsu mutmainnah mengikut dari firman Allah
ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”
89.Surah Al-Fajr ayat 27
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Kesimpulan daripada kedua-dua firman didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 dan Surah Al-Fajr ayat 27 menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu mempunyai jiwa yang tenang.
Orang yang telah diseru dengan “WAHAI JIWA YANG TENANG INI” ialah merupakan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Orang yang beriman dan beramal soleh ialah orang yang percaya dan berharap pertemuan dengan Allah
Firman Allah
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang iaitu orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Allah, yang merupakan orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah orang yang sentiasa ingat kepada Allah dan seterusnya mereka akan diseru sepertimana didalam firman Allah
89.Surah Al-Fajr ayat 28
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
89.Surah Al-Fajr ayat 29
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
89.Surah Al-Fajr ayat 30
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”
PERSOALANNYA SEKARANG INI SUDAHKAH SESEORANG ITU MENDAPAT INGAT KEPADA ALLAH YANG TELAH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG TELAH DIKEHENDAKI OLEH ALLAH?
ATAU KITA SEKADAR MEMPERKATAKAN SUDAH INGAT KEPADA ALLAH TETAPI TIDAK TAHU DAN TIDAK BOLEH MENGHURAIKAN SENDIRI CARA YANG TELAH DILAKUKAN SEHINGGA MENDAPAT INGAT KEPADA ALLAH
Firman Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BAGAIMANA NAK INGAT KEPADA ALLAH MENGIKUT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT / BERZIKIR KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
Didalam surah Al-Baqarah pada ayat 198 ini Allah telah memperjelaskan bahawa sebelum daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk mendatangkan "INGAT KEPADA ALLAH" mengikut sepertimana yang telah Allah firmankan "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" adalah merupakan "GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SALAH JALAN IBADATNYA"
ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNTA
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 69
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
PERSOALAN YANG TIMBUL SEKARANG INI IALAH BAGAIMANA NAK DILAKUKAN JALAN DAN CARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
IAITU YANG DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH
“DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” ?
(Surah Al-Baqarah ayat 198)
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH SEHINGGA MENDATANGKAN KEADAAN "INGAT KEPADA ALLAH" BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN-FIRMAN ALLAH
20.Surah Ţāhā ayat 8
‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
87.Surah Al-'A`lá ayat 15
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ...
Untuk melaksanakan perintah Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Ini adalah cara untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Apa yang perlu dibicarakan dengan lebih lanjut lagi ialah bagaimana cara untuk melaksanakan perintah Allah dan RasulNya seperti diatas sehingga akan mendatangkan "INGAT KEPADA ALLAH"
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG SOLAT UNTUK MENGINGATI ALLAH
20.Surah Ţāhā ayat 14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
KESIMPULANNYA
ALLAH TIDAK AKAN BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN
ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH IALAH ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, MEREKA YANG AKAN DISERU OLEH ALLAH DENGAN SERUAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”
“SERTA MASUKLAH KEDALAM KUMPULAN HAMBA-HAMBAKU YANG BERBAHAGIA”
“DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGAKU”
ORANG YANG AKAN MENDAPAT JIWA YANG TENANG IALAH ORANG YANG TELAH SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH.
Firman Allah
Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
JADI ORANG YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH IALAH MERUPAKAN ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH DAN MEREKA INILAH YANG MERUPAKAN ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
Inilah satu golongan daripada tujuh puluh tiga golongan yang akan masuk syurga
ISLAM AKAN TERPECAH KEPADA 73 GOLONGAN
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: "Kaum Yahudi telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) golongan atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan kaum Nasrani telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan." (*)
Dari Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian baginda bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang satu golongan akan masuk Surga, yaitu “AL-JAMA'AH.” (**)
Dalam riwayat lain, ketika Rasulullah menjawab: " Al-Jama'ah "
Lalu para sahabat bertanya: " Apakah Al-Jama'ah itu?"
Baginda Rasululullah saw menjawab: " Apa yang Aku dan para Sahabatku ada di dalamnya"
Masya Allah
2.Surah Al-Baqarah ayat 176
(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).
2.Surah Al-Baqarah ayat 213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
JALAN YANG LURUS IALAH JALAN ALLAH
42.Surah Ash-Shūraá ayat 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LURUS
Firman Allah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' ayat 65
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
38.Surah Şād ayat 82
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād ayat 83
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
38.Surah Şād ayat 79
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".
38.Surah Şād ayat 80
Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -
38.Surah Şād ayat 81
" Hingga ke hari masa yang termaklum ".
38.Surah Şād ayat 82
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
38.Surah Şād ayat 83
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
38.Surah Şād ayat 84
Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
ORANG YANG TELAH ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN SEBAGAI IKTIBAR DAN PENGAJARAN DAN KETERANGAN YANG MENJELASKAN TIAP-TIAP SESUATU
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah merupakan cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik
Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.
Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Jadi setiap orang mesti tahu dan boleh menghuraikan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Dan bagaimanakah cara yang perlu dilakukan perintah tersebut .....
MAKSUD DARIPADA PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah dengan melaksanakan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri
Apa yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ialah apakah perintah Allah yang apabila dilakukan mengandungi hikmah akan hilang keberadaan, keupayaan dan keupayaan diri sendiri dan bagaimana untuk melaksanakan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah..
DAN APA PULA JALAN PENYELESAIAN YANG PERLU DILAKUKAN?
IKUT PERINTAH ALLAH SUPAYA KITA KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN HADIS

[ Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan