DIANTARA SIFAT ORANG YANG MENJADIKAN DIRINYA SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARIPADA ALLAH ...
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
34.Surah Saba' ayat 22
قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari
mereka".
34.Surah Saba' ayat 23
وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْۖ قَالُوا الْحَقَّۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.
34.Surah Saba' ayat 24
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah
Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
34.Surah Saba' ayat 25
قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ
(Oleh itu) katakanlah (wahyu Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".
34.Surah Saba' ayat 26
قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ
Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".
34.Surah Saba' ayat 27
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
CONTOH SIFAT-SIFAT KETUHANAN SEPERTI SIFAT ADA (ZAT), MENGETAHUI (BERILMU), HIDUP, BERKUASA, BERKEHENDAK @ BERKEMAHUAN, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAIN LAGI
Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu
Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Ini adalah keadaan sedang "MENYANGKA KEBERADAAN DIRI SENDIRI ATAU MENYANGKA KEBERADAAN MAKHLOK-MAKHLOK"
Dari sini menunjukkan bahawa setiap seorang mesti mengetahui dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya
- tidak boleh terlintas didalam hatinya
Yang segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat dirinya sendiri dan segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok adalah merupakan sifat makhlok tersebut.
Jika ini berlaku bermakna seseorang itu sedang menjadikan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya dan yang ada pada makhlok-makhlok sebagai sekutu-sekutu dengan Allah
Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan atau keakuan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA KEPADA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Begitu juga jika kita memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna kita sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti kita sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik
Firman Allah
16.Surah An-Naĥl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila seseorang telah membaca firman Allah Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri kita sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan.
Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri
Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai diri sendiri itu adalah sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.
Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah
INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI
34.Surah Saba' ayat 28
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
[ Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]
0 comments:
Catat Ulasan