BICARAKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT

 

Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek Al - Khalidi


BERHENTILAH DARIPADA MEMBICARAKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK YANG BOLEH MENIMBULKAN SANGKA-SANGKAAN, KERANA ILMU HAKIKAT DAN ILMU MAKRIFAT YANG SEBENARNYA IALAH ILMU YANG TELAH DIRAHSIAKAN OLEH ALLAH SENDIRI
ILMU YANG AKAN DIPIMPIN DAN DIBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK OLEH ALLAH, BUKAN ILMU YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK
TIDAK ADA SESIAPA YANG BOLEH MENGHURAIKAN SUPAYA DENGAN HURAIAN TERSEBUT, ORANG LAIN AKAN DAPAT MENGALAMI SEPERTIMANA YANG TELAH DIHURAIKAN TERSEBUT.
UNTUK MENDAPATKANNYA SETIAP SEORANG MESTI MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA SEPERTIMANA YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG TELAH DIBERIKAN PENJELASAN DIDALAM AL-QURAN
BUKAN BOLEH BELAJAR SECARA DARI MULUT KEMULUT ATAU MELALUI BACAAN DARI KITAB-KITAB.
JIKA TERSILAP LANGKAH, TERUS TIDAK MELAKUKAN JALAN DAN CARA YANG AKAN MEMBUAHKAN SANGKA-SANGKAAN DAN KEADAAN DIMANA AKAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN YANG TELAH DIJELASKAN DIDALAM AL-QURAN YANG AKAN MENJADI TEMPAT BAGI SYAITAN SELALU TURUN.
TETAPI ORANG TERSEBUT MERASAKAN YANG DIA SEDANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK
JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN
Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
APA YANG DIPELAJARI DARI MULUT KEMULUT DAN PEMBACAAN DARI KITAB-KITAB ITU ADALAH SEBAGAI PEDOMAN SAHAJA, BELUM LAGI MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID YANG SEBENAR
PEGANGAN ATAU HAKIKAT TAUHID YANG SEBENAR IALAH MURUPAKAN HIDAYAH PETUNJUK YANG DIPIMPIN OLEH ALLAH HASIL DARIPADA SESEORANG ITU MELAKUKAN SENDIRI SEPERTIMANA YANG TELAH DIKEHENDAKI OLEH ALLAH.
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
72.Surah Al-Jinn ayat 11
‎وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
‎ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
SIFAT RAHSIANYA ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT INI IALAH IANYA TIDAK BOLEH HENDAK DICERITAKAN SUPAYA ORANG LAIN MENGALAMI PERKARA YANG SAMA HASIL DARI MENDENGAR CERITA ATAU PENERANGAN SAHAJA...
Firman Allah
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..
JALAN KELUAR YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH ...
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata atau dengan apa cara sekalipun ..
Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan memimpin mereka kejalan yang lurus dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. Tempat kediaman mereka diakhirat kelak ialah di dalam Syurga yang penuh nikmat.
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji
Allah boleh diketahui, dikenali atau ditemui setelah badan diri sendiri dan keseluruhan Alam yang dianggap ada itu dibinasakan.. dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid ...
Setelah badan diri sendiri dan sekalian alam atau selain daripada Allah fana', maka kekallah Allah semata-mata.
Ini boleh diambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Babi Allah Musa memohon untuk melihat Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Apa yang perlu kepada setiap orang, bukan membicarakan tentang Allah begitu, begini dan sebagainya..
Apa yang perlu dibicarakan oleh setiap orang ialah bagaimana Allah itu boleh ditemui, bagaimana Allah itu boleh dikenali, bagaimana hendak membinasakan diri dan selain dari Allah.. Sepertimana yang telah Allah firmankan
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Pengampun lagi Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
(Surah Al-Baqarah atat 54)
Setelah diri dan selain dari Allah telah mati, setelah binasa, setelah tiada badan diri sendiri dan selain dari Allah, yang berlaku yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
yang perlu dilakukan sehingga berlakunya pertemuan dengan Allah itu..
Jika Allah itu diperdebatkan, jika Allah itu dihuraikan, sampai kiamatpun Allah yang sebenar tidak akan ditemui...
Apa yang akan berlaku hanyalah sangka-sangkaan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah pada
10.Surah Yūnus ayat 36
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
10.Surah Yūnus ayat 66
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
53.Surah An-Najm ayat 28
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Selagi sebelum menemui Allah, dengan melakukan sepertimana yang telah Allah firmankan
"OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
(Surah Al-Kahf ayat 110)
apa yang diperkatakan, apa yang dingat, apa yang dibayangkan itu semua adalah merupakan khayalan diri yang diadakan sendiri oleh sangkaan sendiri dan bersifat sepertimana firman Allah pada
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Untuk itu saya ingin menasihati diri saya sendiri dan semua sahabat disini supaya berhentilah membicara dan menerangkan tentang Allah ini dan kembalilah membicarakan tentang bagaimana hendak melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid.... mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
Kepada semua yang mengaku telah bermakrifatullah, jika tidak keberatan sila diperturunkan disini cara-cara saudara/i melakukan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, supaya semua yang berada disini dapat sama-sama muzakarahkan
UNTUK MENDAPATKANNYA SETIAP SEORANG ITU HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...
76.Surah Al-'Insān ayat 29
‎إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
‎وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
CONTOH BAGAIMANA CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
‎لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam �(di Muzdalifah),
dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
JIKA KITA TIDAK TAHU KEPADA SIAPA KITA HARUS BERTANYA...
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
‎وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
CONTOH SALAH SATU JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH
4.Surah An-Nisā' ayat 66
‎وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya,
kecuali sedikit di antara mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
‎وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
‎وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
SYARIAT, TORIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT TIDAK BOLEH DICERAI BERAIKAN.
Maksudnya kita melakukan syariat dan torikat Allah anugerahkan dengan hakikat dan makrifat dengan cara dipimpin dengan memberikan petunjuk hidayah oleh Allah
MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA RASA PERASAAN SEDANG TENGGELAM SEBULAT-BULATNYA DIDALAM RASA YANG SEDANG DIRASAI
Firman Allah berkaitan dengan iktiqad tauhid
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Jalan-jalan membawa maksud kepada torikat..
Hakikat dan makrifat adalah tempat yang hendak dituju iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah.
Sedangkan syariat dan torikad adalah jalan yang perlu dilalui oleh setiap seorang yang ingin menuju kepada hakikat dan makrifat iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah..
Merasa ada diri sendiri dan tenggelam didalam rasa ada yang bukan sedang dirasakan sebagai ada diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai ada Allah, tumpukan dengan sebulat-bulat perasaan kepada ada yang bukan yang sedang dirasakan sebagai ada diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai ada Allah, ini adalah merupakan syariaat
Dengan melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
76.Surah Al-'Insān ayat 25
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu, pada waktu pagi dan petang;
Perintah Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Dengan malaksanakan perintah Allah dan Rasul seperti diatas kita sedang melakukan penyaksian.
PENYAKSIAN BERLAKU KETIKA KITA SEDANG MERASA APA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN
Setelah berlaku penyaksian maka sebutlah Allah sebanyak-banyaknya...
Menyebut Allah sebanyak-banyak ketika rasa perasaan sedang tenggelam sebulat-bulat didalam rasa ada yang sedang dirasa (KAEDAH ADAKAN PENGAKUAN YANG ADA ALLAH ADALAH ADA ALLAH) adalah jalan atau torikat (bermula menyebut dengan lidah, berpindah kepada menyebut dengan hati seterusnya sampailah kepada Allah yang menyebut Allah - perpindahan ini akan berlaku secara tersendiri - bukan diolah-olah iaitu sedang dipimpin oleh Allah)
Setelah dapat merasa ada Allah, inilah HAKIKAT.... (Ada yang tadinya dirasa sebagai ada diri sendiri, setelah diakui sebagai ada Allah hanya dengan cara tenggelamkan rasa ada diri sendiri yang sedang dirasa dengan sebulat-bulat tumpuan didalam masa yang sama sebut Allah sebanyak-banyaknya).
Teruskan praktikal seperti diatas sehinggalah diberi hidayah dan petunjuk dari Allah sampai kepada Allah yang sedang merasa ada Allah (terlaksana sudah ungkapan yang selalu diucapkan iaitu AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU)
Keadaan Allah sedang merasa ada Allah inilah MAKRIFAT...
Mengaplikasikan firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Kedalam kehidupan seharian adalah satu latihan yang membawa kepada terhimpunnya syariat, torikat, hakikat dan makrifat.
Dengan melakukan kaedah seperti yang telah difirmankan oleh Allah seperti diatas kedalam kehidupan seharian dengan sendirinya telah menyatu-padukan diantara syariat, torikat, hakikat dan makrifat...
KENAPA MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG KAMU TIDAK TAHU.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66
‎هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 62
‎أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
12.Surah Yūsuf ayat 86
‎قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
16.Surah An-Naĥl ayat 74
‎فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 61
‎عَلَىٰ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 79
‎فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
‎وَقَالُوا لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِندَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُۖ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
Awalludin Ma'rifatullah
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan