SYUHUDUL KASTRAH FIL WAHDAH

 


SYUHUDUL KASTRAH FIL WAHDAH
-----------------------------------------------------------
Alam ini adalah segala rupa dan perbuatan Sejati - Nya .....
Mata yang telah terbuka hijab akan menyaksikan ketiadaan dari segala rupa dan perbuatan itu
Semua Perbuatan,Gerak,dan Diam tiada lain melainkan hanya Allah Ta'ala saja yang nampak
Begitu Nyata, Jelas dan Terang tergambar pada alam dunia ini ....
Segala sesuatu yang Bathil seketika lenyap lebur tanpa sisa seiring dengan terbukanya mata yang khasyaf .....
#La Maujud Bihaqi Ilallah
(Tiada Yang Maujud kecuali Allah Ta'ala)
#Latata Haraku Zahratun Illa Bi'idznillah
(Tiada bergerak sebiji zarah tanpa seijin Allah Ta'ala)
SEGALA PERBUATAN ADALAH BATHIL SEBELUM ENGKAU TERLEBIH DAHULU SAMPAI PADA TUHANMU..!!

RAHMATAN LIL ALAMIN (RAHMAT SEKALIAN ALAM)
“Wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin. (Dan Kami tidak mengutusmu [wahai Muhammad] kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam).” Kenapa Nabi Muhammad dikatakan menjadi rahmat bagi sekalian alam?
Jawapannya, kerana ia telah pun menemui dirinya sendiri, iaitu Tuhan di dalam diri setiap insan. Kerana ia telah mampu berjumpa dengan diri sebenar diri, dan ia juga mampu menyaksikan diri sejati di dalam diri setiap insan lainnya. Dan pada hakikatnya, Ia telah mampu menyaksikan Tuhan di mana-mana dan juga pada setiap ketika.
Boleh juga dikatakan, bahawa Nabi Muhammad itu adalah Tuhan yang menjelma di alam ini, ketika peribadinya telah sejati dengan Nur Muhammad di dalam dirinya sendiri. Lalu dengan kedudukan itu, Ia layak sepenuhnya menjadi khalifah Allah di muka bumi.
Soalnya di sini, apakah yang boleh bertemu diri sejati hanyalah Nabi Muhammad seorang? Tentu sahaja tidak. Setiap manusia berpotensi untuk mencapainya, kerana Nur Muhammad di dalam diri Nabi Muhammad itu, tidak berbeza dengan Nur Muhammad di dalam diri setiap insan. Buktinya, Lord Shiva, Gautama Buddha dan Jesus Christ telah pun berjaya mencapainya.
Engkau juga turut mampu mencapainya. Dan andai kata suatu masa kelak, jika engkau telah pun berjaya menemui diri sebenar diri, maka engkau juga turut sama menjadi rahmat bagi sekalian alam, walau apa sahaja bangsa, agama, atau pun warna kulitmu.
Dan ketahuilah, bahawasanya engkau sama sekali tidak layak untuk berkata bahawa dirimu itu sebagai rahmatan lil alamin, dan jauh sekali untuk mengaku bahawa engkau itu adalah khalifah di muka bumi ini, jika engkau belum lagi mengenali dirimu sendiri.

( Sumber dari Hakikat Insan. )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan