Bagi para wali, setiap malam adalah Lailatul Qadar, kerana mereka senantiasa menghiasi malam-malam mereka dengan ibadah yang luar biasa. Seseorang di antara mereka mengungkapkan
" Kalau bukan keindahan-Mu menjelma di mataku,
Tidaklah Diri ini tenang walaupun sesaat.
Bukan Lailatul Qadar lebih indah bagiku,
Daripada malam ku memeluk-Mu erat-erat.
Sungguh bila cinta-Mu telah memabukkanku,
Maka tak lagi kumengenal waktu dan tempat.
Lailatul Qadar bersemayam di setiap malamku,
Dan hari-hari bersama-Mu adalah hari Jumaat."
Syaikh al-Mursi Ra. mengatakan: "Semua waktu bagi kami adalah Lailatu Qadar" tiada lain kerana setiap saat dihiasi dengan ibadah, musyahadah, dan tafakkur. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Satu jam bertafakkur lebih mulia daripada beribadah selama tujuh puluh tahun."
اللهم صل على سيدنا Ù…Øمد وعلى آله وصØبه وسلم
[ Matan Jurumiyah ]
0 comments:
Catat Ulasan