KEBENARAN AKHIR ZAMAN
7 Ayat berulang
DENGAN KALIMAH BISMILLAH..baik..untuk perkongsian kali aku kongsikan ayat yang berkaitan 7 AYAT YANG BERULANG sebagai SANTAPAN MINDA untuk sama2 kita fikirkan....
Sebelum tu aku nak PESAN dulu..posting kali ni AGAK BERAT..jadi jika RAM otak korang kecik tak perlu komen sebab ianya akan menunjukkan KEBODOHAN korang sendiri..yang
terbaik
adalah korang duduk baik2,baca dan cubalah berfikir kerana tu lebih baik daripada tunjukkan kebodohan..sepertimana yang nabi SAW pesan 'BERFIKIR SEJENAK LEBIH BAIK DARIPADA IBADAH 1000 TAHUN...' baik..kita mulakan...Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu TUJUH AYAT yang dibaca BERULANG ULANG dan Al Quran yang agung."(Al Hijr:87)
Baiklah..aku ulang sekali lagi ye...allah BERIKAN 7 KALI AYAT YANG BERULANG2...ayat yang sama..seperti ayat tentang NIKMAT YANG DIDUSTAKAN..macam tu lah ayat berulang2...jadi korang yang rasa
hebat
dengan ilmu MENGAJI QURAN BERTARANUM BERTAJWID tu pernah tak korang perasan kelibat 7 AYAT BERULANG dalam quran yang akan aku kongsikan ni?baiklah..aku tepek 7 ayat yang diberikan secara berulang2 untuk MEMBUKTIKAN pada korang akan kebenarannya..."Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."(Al Baqarah:34)
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud."(Al Araaf:11
"Dan tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"(Al Isra:61)
"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."(Al Hijr;29)
"Dan ketika Kami berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka mereka sujud kecuali iblis. Ia membangkang.(Taha:116)
"Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim." (Al Kahfi:50)
"Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".(Shad:72)
See?ayat PERINTAH SUJUD PADA ADAM diulang sebanyak 7 kali dalam quran...apa yang korang faham maksud ayat diatas tu?apa yang allah cuba nak BAGITAHU disebalik ayat tu?apakah ianya sekadar CERITA SEJARAH?pastinya tidak..kerana kitab quran itu adalah PANDUAN umat manusia dalam mencari MATLAMAT SEBENAR mereka dihidupkan ke dunia..
Seni Tuhan ni halus...sebab tu dipanggil MAHA HALUS...begitulah TELITINYA Tuhan dalam MENGUJI KEIMANAN manusia..sebab tu hanya hati yang SUCI saja yang dapat MENJEJAKI...hati yang suci ni level INSAN..INSAN ni level MALAIKAT yang SUJUD pada ADAM...
REDHA Tuhan disalur melalui manusia...sebab manusia adalah sifatNYA...sebab tu ADAM tu Tuhan jadikan SATU..bukan 2 bukan 3 atau bukan banyak...sebab nak bagitahu tuhan PILIH SEORANG saja untuk bawa SYAFAAT dariNYA..jadi kena PERHALUSI lagilah kenapa MENENTANG rasul dianggap MENENTANG Tuhan?rasul itulah bayang2 bagi Tuhan...MENAFIKAN rasul automatik MENAFIKAN Tuhan..KAFIR disisi Tuhan...ok selesai...
Moga perkongsian aku kali ni dapat membuka AKAL FIKIR kita dalam mencari TUJUAN sebenar kita diciptakan...yang BIJAK AKAN MENGKAJI..YANG BODOH AKAN MENGEJI...
ADAM rasul PERTAMA..sampai kiamat IBLIS anti....SUNATULLAH...
MISTERINYA MANUSIA...dijadikan BERSUKU2 dan BERBANGSA UNTUK SALING KENAL MENGENAL..jadi posting aku kali ini untuk memperincikan dan memecah tembok KEBATILAN dalam mencari kebenaran....
Pernahkah korang TERFIKIR kenapa dijadikan bersuku2 dan berbangsa2?PAK2 USTATdan ULAMAK2 dok sibuk kempen solat...sedangkan keutamaan dalam HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA itu adalah untuk SALING KENAL MENGENAL...ini BASIC SEBENARNYA...jika basic pun ditinggalkan maka pincanglah segala amal perbuatannya...aku selitkan 3 ayat yang merujuk tentang SATU UMAT supaya dapat difikirkan bersama...apakah MOTIFNYA tuhan berkata sedemikian..baca dengan jiwa tenang .
"Jikalau Tuhanmu MENGHENDAKI, tentu Dia menjadikan manusia UMAT YANG SATU (UMMATAN WAHIDATAN), tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat." (Surah HUD:118)
"Dan kalau Allah MENGHENDAKI, niscaya Dia menjadikan kamu SATU UMAT (UMMATAN WAHIDATAN), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan."(Surah An Nahl:93)
"Dan KALAU Allah MENGHENDAKI niscaya Allah menjadikan mereka SATU UMAT (UMMATAN WAHIDATAN), tetapi Dia memasukkan orang-orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong."(Surah Asy Syura;8)
Jelas tak?baik..setiap ayat diatas allah mengatakan 'KALAU ALLAH MENGHENDAKI'..ayat yang jelas dan terang maksudnya...berapa ramai yang BERIMAN dengan ayat ini? "KALAU" tuhan ni bukan macam kalau manusia...kerana 'KALAU' tuhan ni terkait dengan KUN...sesuatu yang BAKAL AKAN TERJADI..bila..dimana..masa..tempat..hanya allah saja yang tahu(wallahualam)..
Bagi orang yang BERIMAN...mencari BUKTI KEBENARAN itu menjadi SATU KEMESTIAN kerana ianya ada hubungkaitnya dengan IMAN....ayat tersebut merujuk kepada umat manusia SECARA KESELURUHAN tanpa mengira bangsa dan agama...selagi bernama manusia ianya termasuk didalam golongan SATU UMAT....iaitu umat manusia...bukan UMAT MUHAMMAD...BUKAN UMAT ISA...BUKAN JUGA UMAT MUSA...kerana itu termasuk dalam umat bergolongan....tuhan MELARANG MANUSIA BERGOLONGAN kerana ianya akan MEWUJUDKAN PERPECAHAN...
Jadi..PERSOALANNYA..SIAPAKAH YANG PALING layak untuk MENYATUPADUKAN umat manusia?kerana firman tuhan bukanlah sekadar firman tapi membawa PETUNJUK dan PERINGATAN...dan berapa ramai yang faham apakah yang dimaksudkan SATU UMAT?kerana ianya BAKAL TERJADI DI AKHIRUL ZAMAN...
Mari kita sama2 HURAIKAN SEGALA KEKUSUTAN...pertanyaan ini aku tujukan hanya untuk orang BERIMAN....yang TAK BERIMAN tu mereka TAKKAN MAMPU NAK HADAM apatah lagi nak bagi jawapan...
Semoga tuhan membuka aqal fikir kita dalam mencari kebenarannya..yang BIJAK akan MENGKAJI..yang BODOH akan MENGEJI...
[ Sumber dari Naz Ar RayyanHakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan ) ]
0 comments:
Catat Ulasan