TV Tarekat | Nabi Muhammad SAW. dan Selawat

Nabi Muhammad SAW. dan Selawat

Muhammad bin Abdillah memang sudah wafat. Tapi Nur yang pernah menempati qalbunya tidak pernah mati. Masih diwarisi. Masih bergulir sepanjang zaman, dari satu dada ke dada lainnya. Dan ini tugas Jibril untuk mematri elemen Al-Qur’an, dari satu generasi ke generasi lainnya, kepada para penerus kerasulan. Sehingga, fungsi kenabian tidak pernah terputus. Sebagaimana para nabi, tugas waris nabi adalah menjadi rahmatan lil’alamin: membagi transmisi Alquran Hakiki kepada umat manusia di sepanjang zaman. Sehingga kita ikut memiliki “rasa” terhadap Islam dan Tuhan, sebagaimana “rasa” yang dipunyai para nabi dan orang-orang pada zamannya.

Apa yang di patri malaikat jibril dlm dada Nabi Muhammad SAW?

TASAWUF FALSAFI.

Terdapat 26 kelebihan berselawat setiap hari ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Antaranya :

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan selawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Sesiapa yang mengamalkan selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
Sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat ketika mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
Sesiapa yang amalkan selawat 1000 kali pada malam Jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredha.


[ Sumber dari Madrasah Syeikhul Ariffien]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan