(Mengenal Allah swt melalui ILMU TAUHID)

MENGENAL ALLAH SWT*
(Mengenal Allah swt melalui ILMU TAUHID)
1) Soalan : Apakah maksud Tauhid ?
Tauhid itu bermaksud MengESAkan Allah swt. Maksud ESA adalah SATU atau TUNGGAL.
Ilmu Tauhid adalah ilmu yang berasaskan kepada MengESAkan Allah swt, dengan cara penyerahan segala Sifat, Af'al, Asma' dan Roh, supaya ianya menjadi satu didalam Wajah Allah swt (Wahdatul Dzat, Sifat, Af'al dan Asma' Allah).
Perkara pokok ajaran Islam yang pertama adalah Tauhid. Tafsiran Syarak ada menyatakan bahawa, Agama itu mestilah berasaskan Tauhid. Tauhid pula, adalah bermaksud bagi menyatukan segala perkara, supaya ianya menjadi Satu Sifat, Satu Nama, Satu Kelakuan dan Satu Dzat dibawah Satu Wajah Allah swt.
Sehingga sampai kepada tahap, Dzat-Nya adalah juga merupakan Sifat-Nya, manakala Sifat-Nya pula adalah juga merupakan Dzat-Nya. Nama-Nya adalah Kelakuan-Nya, manakala Kelakuan-Nya pula, adalah juga merupakan Nama-Nya, begitulah sebaliknya.
Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri, banyak sifat makhluk, maka banyaklah zatnya serta perangai dan banyaklah namanya. Sungguhpun banyak, banyaknya itu terhenti pula pada Sifat Wajah Allah swt yang Satu juga. Wahdahkan segalanya, supaya menjadi Satu Wajah Allah swt yang ESA.
ESAnya Allah swt itu, hanyalah dapat diterjemahkan melalui 'Ilmu Makrifat' (Ilmu Mengenal Allah). Tanpa Ilmu Makrifat, Allah swt tidak akan dapat diterjemahkan KeESAannya. Tanpa Makrifat juga, Ilmu Tauhid tidak akan dapat dihuraikan.
2) Soalan : Apakah asas Tauhid ?
Tauhid itu berasaskan kepada Hukum Syarak, Hukum Syarak pula adalah berasaskan kepada Islam, manakala Islam pula berasaskan kepada tiga perkara Rukun, iaitu;
a) ISLAM (Ada lima perkara Rukun)
b) IMAN (Ada enam perkara Rukun)
c) IHSAN (Kesempurnaan dalam semua Rukun)
Apakah yang terkandung didalam Rukun Islam ?
a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
b) Solat Lima Waktu.
c) Puasa Dibulan Ramadhan.
d) Menunaikan Zakat.
e) Menunaikan Fardhu Haji.
Apakah yang terkandung didalam Rukun Iman ?
a) Percaya kepada Allah.
b) Percaya kepada Rasul.
c) Percaya kepada Kitab Al-Qur'an.
d) Percaya kepada Malaikat.
e) Percaya kepada Hari Akhirat.
f) Percaya kepada Qadha' dan Qadar.
3) Apakah yang terkandung didalam Ihsan ?
Ihsan itu apabila kita melihat Allah swt. Andainya kita tidak dapat melihat Allah swt, sesungguhnya Allah swt melilhat kita.
Didalam keadaan kita memandang Sifat makhluk dan sekiranya kita tidak boleh melihat Wajah Allah swt pada sesuatu yang kita pandang itu, sesungguhnya kita itu adalah dari golongan yang benar-benar BUTA !, yang telah "Dibutakan Mata Hatinya" oleh sifat makhluk.
Allah swt mewajibkan kita memandang-Nya dengan pandangan Makrifat, iaitu dengan pandangan Ihsan dan melihat dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan Ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah swt pada segala sesuatu.
Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah swt melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allah lah pandangan itu.
Maksud Hadis;
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan lhsan atas segala sesuatu."
Asas Tauhid dengan segala Syarat dan Rukun tidak membawa apa-apa erti dan makna, jika tidak disertai dengan 'Ilmu Mengenal Allah swt'.
Asas Tauhid dengan segala macam Syarat dan Rukun itu, sebenarnya telah sedia ada didalam diri kita masing-masing. Hanya yang Buta Mata Hatinya sahaja, yang tidak dapat melihatnya.
Hati yang tidak Mengenal Allah swt itu, seumpama pokok yang tidak berakar dan seumpama akar yang tidak bertunjang. Asas atau tunjang segala ilmu itu, adalah Ilmu Mengenal Allah swt (MAKRIFATULLAH).
Tanpa Ilmu Mengenal Allah swt dan Mengenal Diri, Ilmu Tauhid tidak akan dapat untuk diterjemahkan atau ditafsirkan.
Andai kata Rukun Islam yang lima itu, ditambah bilangannya menjadi 1001 rukun sekalipun, ianya tidak akan dapat membawa Tauhid kedalam diri, jika tidak disertai dengan Ilmu Makrifat.
Andainya Rukun Iman yang enam itu, ditambah pula menjadi anggka 9999 rukun sekalipun, tidak sekali-kali membawa apa-apa erti, tanpa disertai dengan Ilmu Mengenal Diri.
Bagi mereka yang Mengenal Diri dan yang Mengenal Allah swt sahaja, yang akan dapat menterjemahkan dan mentafsirkan Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam. Segala Rukun dan Syarat itu, akan terjawab dan akan terlerai pula apabila Diri dapat Mengenal Allah swt.
Oleh itu marilah kita sama-sama dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan Ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah swt pada segala sesuatu.
Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah swt melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allah lah pandangan itu.
Kita hendaklah menjadikan Allah swt itu Satu (ESA/Tunggal), Satu pada Wajah Sifat, Dzat, Af'al dan Asma-Nya. Bagi yang tidak dapat mempelajari atau memahami Ilmu MengESAkan Allah swt (Tauhid), maka hukumnya adalah Fasiq !...
4) Malaikat Jibrail mengajar Rasulullah saw tentang ISLAM, IMAN dan IHSAN.
Dari Umar ra, berkata beliau : "Ketika seorang duduk dihadapan Rasulullah, tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang berpakaian putih dan rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas dari perjalanan jauh, dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya, sehingga ia duduk dihadapan Baginda Rasulullah dengan lututnya bersentuhan dengan lutut Baginda dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua paha Baginda Nabi lalu berkata;
"Maka beritahukan kepadaku tentang lhsan. Nabi saw menjawab : lhsan ialah bahawasanya engkau memperhambakan diri kepada Allah saakan-akan engkau melihatnya, meskipun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau".
Tauhid kepada Allah swt itu, hendaklah sampai kepada tahap Ihsan, iaitu tahap membersihkan fikiran dari selain Allah swt.
Untuk sampai kepada tahap Ihsan, kita dikehendaki terlebih dahulu melalui proses Mengenal Allah swt. Selagi Allah swt belum dapat dikenal, kita tidak sekali-kali akan dapat Mentauhidkan Allah swt.
Tauhid itu adalah Satukan (Cantumkan) sekalian Wajah makhluk kedalam Wajah Allah swt, supaya ianya menjadi Satu Wajah (Wahdah).
Yang Ada, yang Ujud, yang Wujud dan yang Maujud itu adalah Sifat dan Wajah Allah swt belaka.
Segala nama-nama yang terpanggil di alam ini, semuanya telah menjadi Satu didalam nama Allah swt. Segala Sifat-Sifat yang Terzahir di alam ini, semuanya telah menjadi Satu didalam Sifat Allah swt. Segala kelakuan dan perangai yang berlaku di alam ini, semuanya telah menjadi Satu didalam kelakuan Allah swt. Segala Dzat dan Roh yang ada di alam ini, semuanya telah menjadi Satu didalam Dzat Allah swt dan menjadi Satu didalam Wajah Allah swt.
Seluruh isi alam ini menjadi Binasa, dan menjadi ESA, TUNGGAL dan SATU dibawah SATU WAJAH.
Seolah-olah semuanya berada dalam Satu adunan dan Terkamil dibawah Satu Wajah, Satu Nama, Satu Sifat, Satu Kelakuan dan Satu Dzat.
Semua makhluk dan isi alam ini telah Terkamil dibawah Satu Wajah Allah swt. Inilah yang dikatakan sebenar-benarnya ESA dan sebenar-benar TAUHID !
Tidak ada lagi yang dipandang Wujud di alam ini, melainkan Wajah Allah swt yang Satu.
Jangan pula kita jadikan Wajah Allah swt itu, dibawah Satu Kesatuan (Union). Kita tidak boleh meletakkan Allah swt itu, dibawah Kesatuan (Union) mensyarikat, menduakan, menyekutukan Allah, tetapi kita meletakkannya menjadi Satu, Esa, Sebati dan Kamil dibawah KEESAAN WAJAH ALLAH YANG MAHA ESA...
Untuk mencapai Tauhid yang sebenar, kita hendaklah terlebih dahulu Mengenal Ilmu Makrifat. Selagi tidak Mengenal Allah swt, selagi itulah kita tidak akan dapat menguasai Ilmu Tauhid (ESA).
Setelah sebenar-benarnya Mengenal Allah swt dengan Nyata, maka barulah menjadikan Akal dan Hati kita Bertauhid kepada Allah swt dengan sebenar-benarnya Tauhid (MengESAkan Allah dari sebarang Sifat).
Setelah kita dapat Menyatakan Allah swt dengan Jelas, sekalian makhluk ini akan jadi BINASA dan fikiran akan menjadi hilang dari Pandangan Hati. Yang ada pada ingatan dan pada Pandangan Hati kita diketika itu hanyalah;
"ALLAH... ALLAH... ALLAH..."
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan