MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

 



SETIAP ORANG MESTI BERLATIH UNTUK MENGHADAPI SAKARATUL MAUT SUPAYA AKHIR KALAMNYA DIDALAM KALIMAH “LAA ILAHA ILLALLAH”
Didalam kalimah tauhid yang diucapkan iaitu اسهد ان لااله الا الله
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Didalam ucapan kalimah tauhid ini terbahagi kepada tiga bahagian yang penting iaitu
1- kalimah اسهد ان menerangkan seseorang itu sedang menyaksi, tetapi perbuatan sedang menyaksi ini apabila diucapkan oleh sipelaku yang sedang menyaksi jadilah ucapannya berbunyi Aku bersaksi
2- kalimah لااله ialah kalimah nafi menerangkan orang yang telah mengucapkan kalimah ini sedang menafikan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, jika tidak dinafikan segala sifat-sifat atau unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, apa yang akan berlaku seseorang itu akan menyengutukan sifat-sifat atau unsur-unsur yang ada pada selain daripada Allah dengan Allah. Sedang sekutukan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada selain daripada Allah (iaitu pada diri sendiri dan pada makhlok-makhlok lain), dengan Allah. Apa yang akan berlaku selanjutnya orang tersebut telah menjadikan hawa nafsunya sendiri atau makhlok-makhlok lain sebagai tuhan yang lain disisi Allah
Apabila dinafikan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok lain, orang tersebut tidak akan menjadikan sesuatu yang lain daripada Allah sebagai tuhan.
3- kalimah الا الله iaitu kalimah isbat menunjukkan orang yang telah mengucapkan kalimah ini sedang mengisbatkan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan hanya kepada Allah. Ini menunjukkan orang tersebut hanya menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu iaitu maha esa
DIDALAM KALIMAH TAUHID MENGANDUNGI PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA
APAKAH NAFI DAN ISBAT DIDALAM KALIMAH TAUHID DAN BAGAIMANA NAK MEMPRILAKUKANNYA.
Cuba sama-sama dihuraikan .....
Jika tidak dilatih dari sekarang bagaimana untuk menghadapi sakaratul maut nanti didalam kalimah
‎اسهد ان لااله الا اللهI
[ Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan