KENAPA ORANG YANG MENGUCAPKAN KALIMAH TAUHID Tetapi ia masih kafir?

 

KENAPA ORANG YANG MENGUCAPKAN KALIMAH TAUHID
- لااله الا الله
Tetapi ia masih kafir?
Ini boleh berlaku kerana seseorang itu telah membezakan diantara nafi dengan isbat
Hadis
TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DIANTARA KEDUANYA IAITU NAFI DAN ISBAT, BARANG SIAPA MEMBEZAKAN DIANTARA NAFI DAN ISBAT, MAKA IANYA KAFIR.
Maksudnya setiap seorang tidak boleh membezakan diantara nafi dan isbat, jika membezakan diantara keduanya ianya kafir
Contoh membezakan diantara nafi dan isbat
Menafikan sembahan orang kafir seperti berhala-berhala, patung-patung, matahari, bulan, api dan lain-lain mengisbatkan Allah.
Menafikan Tuhan mengisbatkan Allah juga telah membezakan diantara nafi dan isbat.
Yang tidak membezakan diantara nafi dan isbat ialah
Menafikan segala sifat-sifat atau unsur ketuhanan dan mengisbatkan juga segala sifat-sifat atau unsur ketuhanan. Ini maksud yang tidak membezakan diantara nafi dan isbat, jika ada sesiapa yang menerangkan ada yang membezakan diantara nafi dan isbat iaitu nafi yang lain dan isbat pula yang lain, maka perbuatan ini adalah perbuatan kafir.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 151
Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
Penjelasan daripada firman Allah didalam
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu bagi Allah
Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Keadaan ini adalah mengisbatkan sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok selain daripada Allah
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan atau keakuan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
SUDAH DIKETAHUI BAHAWA SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA SESEORANG MERASA DIRI NYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA DIA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI NYA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA SESEORANG ITU SEDANG MELETAKKAN ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI, DISAMPING ATAU BERSAMA-SAMA ALLAH.
Hawa nafsu sendiri atau keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi atau disamping Allah
Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhlok-makhlok dengan Allah
Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti dia sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik
Firman Allah
16.Surah An-Naĥl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut.
Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah
Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri
Setiap seorang tidak boleh memperkatakan, memikirkan atau ada yang terlintas didalam hatinya yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.
Seseorang yang sedang memperkatakan, memikirkan dan ada yang terlintas didalam hatinya segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri adalah sifat ketuhanan Allah, didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri, akan timbul sangkaan yang tidak disedari bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.
INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI,
Kesimpulan daripada keterangan diatas setiap seorang tidak boleh melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhlok-makhlok lain
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas didalam hatinya
Yang ada hanya Allah didalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain
Kalimah tauhid ialah kalimah yang apabila diamalkan dengan isi kandungannya akan mengesakan Allah
"AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH"
Yang didalam Surah Saba' ayat 27 Allah telah memperjelaskan
"Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat ketuhanan,bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Sesiapa yang mengadakan atau mengisbatkan sifat-sifat ketuhanan kepada makhlok-makhlok iaitu sesuatu selain daripada Allah bermakna dia telah menjadikan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Didalam kalimah tauhid ini terdapat kalimah nafi dan kalimah isbat
Kalimah nafi ialah kalimah "LAA ILAHA IAITU DIDALAM BAHASA MELAYUNYA TIADA TUHAN"
Kalimah isbat ialah kalimah "ILLALLAH IAITU DIDALAM BAHASA MELAYUNYA MELAINKAN ALLAH"
Ini bermakna didalam kalimah tauhid akan berlaku nafi dan isbat.
Apa yang perlu dinafi dan diisbatkan ?
Didalam perkara ini ada sebuah hadis yang telah menerangkan "TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DIANTARA KEDUANYA IAITU NAFI DAN ISBAT, BARANG SIAPA MEMBEZAKAN DIANTARA NAFI DAN ISBAT, MAKA IANYA KAFIR."
Maksudnya apa yang hendak dinafi dan apa yang hendak diisbatkan tidak boleh dibeza-bezakan, apa yang akan dinafi yang itu jugalah yang kena diisbatkan.
Apa yang hendak dinafi dan diisbatkan ialah perkara yang sama iaitu sifat-sifat ketuhanan, menunjukkan tidak membezakan apa yang hendak dinafi dan apa yang hendak diisbatkan.
Jadi disini didalam kalimah nafi iaitu LAA ILAHA setiap seorang perlu menafikan segala sifat-sifat ketuhanan kepada sesuatu selain daripada Allah.
Dengan ini membawa kepada makna setiap orang tidak boleh mengadakan atau mengisbatkan segala sifat ketuhanan kepada sesuatu selain daripada Allah, inilah makna LAA ILAHA IAITU TIADA TUHAN.
Manakala didalam kalimah isbat iaitu "ILLALLAH" setiap seorang perlu mengisbatkan segala sifat-sifat ketuhanan hanya kepada Allah sahaja, maka makna "ILLALLAH ATAU MELAINKAN ALLAH" hanya Allah sahaja yang memiliki segala sifat ketuhanan.
Ini adalah huraian dari sudut ilmunya dari sudut amal atau praktikalnya setiap seorang perlu melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU... ?
RUKUN SYAHADAH 3 PERKARA IAITU
1. DILAKUKAN DENGAN PERBUATAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
2. DITASDIQKAN DIDALAM HATI - AKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH, PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH YANG TERHASIL DARIPADA PERLAKUAN YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
3. DILAFAZKAN DENGAN LISAN LIDAH AKAN KALIMAH "ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH"
PERSOALAN YANG TIMBUL SEKARANG INI IALAH BAGAIMANA HENDAK DILAKUKAN DENGAN PERBUATAN?
Ini boleh dilakukan dengan bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik sepertimana yang telah Allah perjelaskan didalam firmanNya
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Kaum nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” ini juga adalah merupakan perkara sunat yang apabila dilakukan Allah akan mencintainya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”
Sambungan hadist tersebut adalah :
“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)
Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :
Rasulullah saw berkata :
Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasululullah saw menjawab :
Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)
Kita perlu lihat kepada apa yang telah Allah firmankan didalam Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Didalam firman ini Allah telah berfirman dengan “ DAN SESUNGGUHNYA KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA”
Ini membawa kepada makna perintah Allah “"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ini tidak diwajibkan.
Oleh kerana perintah ini telah diperintahkan tetapi ianya tidak diwajibkan maka perintah tersebut menjadi yang disunatkan...
Janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ialah seperti yang terkandung didalam firman Allah pada Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' aya 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Ini apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjinya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
Sudahkah kita telah melakukan sepertimana yang telsh dijanjikan oleh Allah, supaya Allah anugerahkan sepertimana yang telah dijanjikan tersebut?
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Untuk meringkaskan perbincangan kita, setiap seorang perlu mengetahui apakah sebenarnya yang telah dimaksudkan dengan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SRNDIRI” dan bagaimana cara untuk melakukan perintah tersebut..?
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
20.Surah Ţāhā ayat 8
‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 181
‎وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 182
‎وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 183
‎وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Perintah Allah ini perlu dilakukan mengikut sepertimana firman Allah pada
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Ini adalah cara yang perlu dilakukan dengan menyebut Nama Allah dengan lisan lidahnya
Yang cara untuk dilakukannya dengan menyebut Nama Allah secara tersembunyi didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Apa yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ialah bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Menyebut Nama Allah dengan lisan lidahnya
Yang cara untuk dilakukannya dengan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah kerana dengan melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan kepada (afa’al, asma’, sifat atau zat) Allah, seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
AKAN TERTASDIQ DIDALAM HATINYA AKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG SEDANG MERASAKAN AKAN KEBERADAAN ALLAH (ALLAH YANG MENGENAL ALLAH)
Perkara ini tidak boleh diperjelaskan untuk diberikan kefahaman kepada orang lain kerana penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah ini hanya akan berlaku kepada mereka-mereka yang telah melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu dengan melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Setiap seorang yang hendak mengalami sendiri akan kedua-dua penyaksian dan pengakuan ini mestilah melaksanakan sendiri cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang terhasil daripada melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada sebarang perbuatan syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI", bolehlah dilafazkan akan kalimah Tauhid “ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Keadaan ini berlaku didalam keadaan sedang dipimpin oleh Allah sepertimana yang telah Allah janjikan. Orang yang tidak melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul ini mereka tidak akan mendapat pimpinan daripada Allah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah..
Kepada sesiapa yang tidak pernah melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas, mereka tidak tahu bahawa dengan melaksanakan perintah-perintah tersebut akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Hanya orang yang telah melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah ini yang akan mengalami keadaan penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.. iaitu seperti kalimah “ASHADU AN” diawal dari kalimah tauhid “LAA ILAHA ILLALLAH”
Jadi kepada yang tidak pernah melakukan sepertimana yang telah diperintah oleh Allah dan Rasul seperti yang tersebut diatas JANGAN MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI kerana ada
Firman Allah yang memperjelaskan
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
JIKA MEMBANTAH JUGA AKAN BERLAKULAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH DIDALAM
22.Surah Al-Ĥaj ayat 8
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
22.Surah Al-Ĥaj ayat 9
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
Firman Allah
78.Surah An-Naba' ayat 28
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
2.Surah Al-Baqarah ayat 213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa
memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Apa yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ialah bagaimana cara yang perlu dilakukan untyk melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Yang dilakukan untuk menyebut Nama Allah melalui lisan lidahnya
Yang cara untuk dilakukannya dengan menyebut Nama Allah secara tersembunyi didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....
JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
‎وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
‎وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLIL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan