Guru menyebut dirinya Mursyid “hambar”


Guru menyebut dirinya Mursyid “hambar”

Sekolah spiritual (tarekat) banyak. Namun gurunya yang langka. Yang disebut atau menyebut dirinya mursyid ada dimana-mana. Tapi banyak yang “hambar”. Sebab, umumnya hanya kuat dikajian tasawuf, tauhid dan fiqhnya saja. Sementara ruhaninya tidak keramat. Karena tidak tersambung dengan Nur Muhammad

Kata HAMKA ulama pun berbeza kekuatan dan kelemahannya. Ada yang tajam tafsirannya tentang ayat Al Quran tetapi tidak kuat hafalannya. Begitu juga, ada yang kuat hafalannya tetapi kurang tajam tafsirannya.
Justeru, selalu HAMKA berkias dengan pesannya, "semakin sempurna gading maka semakin kelihatanlah retaknya."
Maksudnya, semakin besar pengaruh seseorang, maka semakin serlah juga kelemahannya.
Bagi kita orang awam, selalu dinasihatkan, "jika hati belum bersedia, cukuplah mengenal tokoh yang kita kagumi dari jauh sahaja kerana bila terlalu dekat akan kelihatanlah kelemahan dan kekurangannya. Jika hati belum bersedia kita akan kecewa....ah, dia tidaklah sebaik yang ku sangka!"
Didalam disiplin sufi, seorang murid dianjurkan selalu berdoa agar terhindar daripada melihat keaiban gurunya. Supaya dengan itu dia akan lebih mudah mematuhi didikan dan nasihat gurunya itu.
Ustaz bukan malaikat. Ulama tidak maksum. Pendakwah juga sedang bermujahadah. Dan kita semua sentiasa tidak sempurna.
Yang perlu dijaga ialah niat dan kesungguhan. Kalah dalam bermujahadah tidak mengapa, tapi jangan berpura-pura. Bangkitlah semua...baiki diri dan serulah orang lain.
Namun, jangan sekali-kali bertopeng atau menunggang kebenaran demi kepentingan diri dan kelompok...itu bukan mujahadah yang patah di tengah perjalanan, tetapi memang sudah bengkok sejak di garis permulaan.
Jika nanti terdengar, figur itu begini, tokoh itu begitu...katakan pada hati mu, mereka juga sedang 'berperang' dalam pertempuran yang tersendiri. Aku doakan mereka menang. Tetapi jika mereka kalah, aku doakan mereka bangkit kembali.
Jangan terpancing dengan bujukan syaitan. Yang menghasut kita mencari yang serba sempurna agar kita terus prasangka dan bersengketa sesama kita.
Jangan kerana salah nan satu kita tolak kebaikan yang beribu. Berilah kesempatan dan ruang orang lain memperbaiki diri sepertimana yang kita berikan kepada diri sendiri.
Jangan menghukum orang lain atas kesalahan semalam kerana boleh jadi dinihari tadi dia telah bertaubat. Ingatlah, antara tanda kita menyayangi diri sendiri ialah menyayangi orang lain...
Dan jika difahamkan itulah IMAN.


[ Sumber dari  Pahrol Mohamad Juoi ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan