FITNAH AKHIR ZAMAN*

 


FITNAH AKHIR ZAMAN*
Usia alam ini sebenarnya sudah cukup lama dan tua. Berapa lama usia kewujudannya, hanya Allah swt yang mengetahuinya.
Pada mulanya hanya Allah swt saja yang Wujud dan tiada permulaan bagi Kewujudan Allah swt. Kemudian Allah swt menciptakan makhluk-makhluk-Nya yang terawal iaitu; "Arasy' dan Al-Qalam".
Al-Qalam adalah pena yang menulis Takdir di Luh Mahfuz. Didalam satu Hadist, daripada ‘Ubadah bin ash-Shamit ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya makhluk pertama Allah ciptakan adalah Al-Qalam, kemudian Allah berfirman kepadanya : Tulislah ! Kemudian Al-Qalam berkata : Wahai Rabbku, apa yang aku tulis ? Allah berfirman : Tulislah takdir segala sesuatu sampai datang hari kiamat.”
(HR. Abu Dawud dan disahihkan Syeikh al-Albany)
Bagaimanapun, didalam Hadist lain menunjukkan ketika pena menulis ternyata Arasy' dan Air sudah diciptakan. Ia sebagaimana didalam Hadist Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Allah menulis takdir semua makhluk 50,000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi dan Arasy' Allah berada diatas air.”
(HR. Muslim)
Rupa bentuk Al-Qalam dan Arasy' Allah swt itu hanya dapat kita saksikan diakhirat nanti. Bagaimana pula dengan kejadian manusia ?
Manusia pertama diciptakan Allah swt adalah Adam as dan Hawa. Kedua-duanya tidak berbin serta berbinti sesiapapun.
Kita semua yang hidup sekarang adalah Umat terakhir bagi Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah saw iaitu Nabi Muhammad saw.
Baginda juga adalah penutup kepada semua Nabi dan Rasul. Allah swt berfirman yang bermaksud;
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(QS. al-Ahzaab : 40)
Kita perlu bersyukur, bertuah dan bangga apabila dipilih Allah swt menjadi Umat Nabi Muhammad saw.
Percaya kepada apa yang disampaikan Baginda adalah Kesempurnaan IMAN bagi seseorang Mukmin. Mungkin ada yang masih sangsi bahawa mereka telah berada di penghujung zaman.
Terdapat Hadist yang disebut oleh Nabi saw yang dimulakan dengan, “... akan tiba satu hari, “... Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat, “... pasti akan terjadi pada umatku...” semua itu kita menyangka merujuk kepada zaman yang bakal berlaku dihadapan kita ratusan tahun lagi.
Sebenarnya... Semua yang dinyatakan itu adalah pada zaman yang kita hidup pada hari ini. Akhir Zaman itu adalah mengenai kisah diri kita.
Kata-kata Nabi saw itu benar dan ia sedang dan sudah pun berlaku. Antara peristiwa Fitnah Akhir Zaman yang berlaku kepada Umat Islam hari ini adalah penyakit "Cinta Dunia dan Takutkan Mati".
Ramai Umat Islam zaman ini telah terperangkap dengan kekayaan harta, pangkat dan wanita sehinggakan mereka takut kehilangannya.
Bahana Penyakit ‘Al-Wahn’ itu turut menjadikan Umat Islam ini bangga dengan Gaya Barat. Malah ada yang menyalahkan Agama sendiri kerana dianggap terkebelakang, mundur dan kolot serta berasa malu beramal dengan Ajaran Islam.
Sebuah Hadits daripada Tsauban, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Akan tiba masanya umat (manusia merujuk Yahudi Nasrani) yang ramai mengelilingi kalian seperti orang-orang yang mengerumuni (jamuan) hidangannya. Maka ada seseorang bertanya : Apakah kerana sedikitnya bilangan kami (kaum Muslimin).
Baginda menjawab : Bahkan ramai tetapi mereka (umat Islam) pada masa itu ibarat buih-buih air (di lautan). Sungguh Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu dan menimpakan penyakit al-wahn. Seseorang bertanya: Apakah penyakit al-wahn itu ya Rasulullah. Baginda menjawab : Cinta dunia dan takutkan mati.”
(HR. Ahmad)
Selain itu, Ajaran Islam akan menjadi asing atau dianggap tidak bersesuaian dengan zaman ini. Asing itu bukanlan bermakna Islam tidak dikenali, bahkan pengikut Umat Islam adalah Agama yang mempunyai ramai pengikutnya.
Didalam Hadist daripada Ibnu Umar, Nabi saw bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaimana dahulu ia bermula dalam keadaan asing dan sesungguhnya Islam akan kembali ke sarangnya di antara dua masjid (Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah) sebagaimana seekor ular akan kembali masuk ke lubang sarangnya.”
(HR. Muslim)
Kita dapat saksikan pada hari ini ada diantara individu atau masyarakat yang mengamalkan ajaran mengikut Syariat Islam, Sunnah dan Akhlak Rasulullah saw, namun dipulau dan telah dipandang serong.
Sedangkan, fahaman liberalisme dan kes perlakuan songsang bertentangan dengan fitrah seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diangkat serta dipertahankan sehinggakan golongan yang memperjuangkan hak itu diberi peruntukan undang-undang.
Ada segelintir Umat Islam yang menyokong dan turut terpengaruh dengan perjuangan golongan itu.
Pada Akhir Zaman ini juga menyebabkan ramai orang merasakan diri mereka telah bijak. Golongan Ulama dicerca dan diperlekehkan. Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutnya pula begitu taksub.
Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung mencerminkan ketokohan ilmunya, tidak seperti golongan ilmuwan terdahulu, mereka sangat menjaga ADAB ketika berdepan perbezaan pendapat.
Begitu juga, Akhir Zaman dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramai-ramai. Situasi yang dinyatakan itu menepati Hadist daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga banyak ‘harj’. Sahabat bertanya : Apakah ‘harj’ itu wahai Rasulullah ?”
Baginda bersabda : “Pembunuhan. (demi) pembunuhan.” Sebahagian umatku yang dirahmati, mereka tidak akan dihisab dan tidak akan diseksa sama sekali di akhirat, seksa yang pernah dialaminya adalah pembunuhan, gempa dan fitnah (kekacauan).”
(HR. Hakim)
Pada akhirnya, kita semua nanti akan ‘Berpindah’ ke satu tempat yang tiada lagi kematian iaitu ke SYURGA atau NERAKA.

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan