Qiamullail Mengapai Lailatul Qadar

 


Qiamullail Mengapai Lailatul Qadar


Solat Sunat Tasbih
Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a.
Solat sunat tasbih diberikan nama sedemikian kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih semasa mengerjakannya.
Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu, dikurangkan kepada sekali seminggu.
Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan.
Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan, memadailah melakukannya sekali dalam setahun.
Atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.




Rakaat Solat Sunat Tasbih
Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini, bergantung kepada waktu ianya dikerjakan:
Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.
Niat Solat Sunat Tasbih
Niat Solat Sunat Tasbih Terbahagi kepada dua, iaitu niat pada waktu siang dan niat pada waktu malam.
1.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:
Niat Solat Tasbih Pada Waktu Siang
Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
2.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:
Niat Solat Tasbih Pada Waktu Malam
Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
Nota
Disunatkan melakukan melakukan Solat Tasbih ini semasa Qiamullail dan dijadikan salah satu Ibadah mengejar Lailatul Qadar
Berikut adalah cara mengerjakan solat sunat ini secara langkah-demi-langkah:
Rakaat Pertama
Niat ketika takbiratul ihram
Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah selepas al-Fatihah. Selepas itu bertasbih sebanyak 15 kali
Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali
Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali
Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Rakaat Kedua
Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah selepas al-Fatihah. Selepas itu bertasbih sebanyak 15 kali
Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali
Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali
Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat. Bertasbih sebanyak 10 kali.
Memberi salam.
Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Bacaan Tasbih Dalam Solat
Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:
Tasbih yang dibaca dalam solat
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Surah Yang Digalakkan Untuk Dibaca
Surah-surah yang baik untuk dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah bacaan al-Fatihah adalah sebagaimana berikut:
Surah Yasin pada rakaat pertama, surah al-Waqi’ah pada rakaat kedua, surah ad-Dukhan pada rakaat ketiga, dan surah al-Mulk pada rakaat keempat.
Surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama, surah al-Insyirah pada rakaat kedua, surah al-Kauthar pada rakaat ketiga, dan surah an-Nasr pada rakaat keempat.
Surah az-Zalzalah pada rakaat pertama, surah al-Adiyat pada rakaat kedua, surah An-Nasr pada rakaat ketiga, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat keempat.
Surah At-Takasur pada rakaat pertama, surah al-Asr pada rakaat kedua, surah al-Kafirun pada rakaat ketiga, dan surah al-Ikhlas pada rakaat keempat.
Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah-surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.(Baca apa yang mampu)
Doa Solat Tasbih
Selepas salam, bacalah doa sebagaimana berikut (tengok gambar) :
Ya Allah, aku bermohon taufiq daripadaMu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikan amalan ini seperti mana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazamanku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak.
Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak mahupun tersembunyi.
Inilah keajaiban sunat sunat tasbih dan kita seharusnya merebut dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya.
Pujuk dan rayu diri bertabah dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.
Semoga panduan ini bermanfaat!

( Sumber dari Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )



Qiamullail Mengapai Lailatul Qadar
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan