CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ...
Untuk melaksanakan perintah Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Ini adalah cara untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Apa yang perlu dimuzakarahkan lagi ialah apa yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw untuk dipraktikkan
MAKSUD DARIPADA PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU"
Ialah seseorang itu mesti melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilaksanakan perintah Allah yang tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri..
Salah satu perintah Allah yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang pertama yang tersirat yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan penumpuan dengan sebulat tumpuan terlebih dahulu, walaupun apa yang tersuratnya difirmankan sebutlah akan nama Tuhanmu dahulu...
Kepada apa yang hendak ditumpukan?
Untuk ini kita perlu merujuk kepada hadis Qudsi yang bermakna "INSAN ITU ADALAH RAHSIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"
Kita perlu tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita (contoh sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi)
Ini kerana Allah telah menjelaskan didalam hadis Qudsi menerangkan yang sifat Allah bukan lain daripada Allah
Dengan bahasa mudahnya bolehlah dikatakan sifat Allah itu adalah Allah itu sendiri...
Selama ini kita sedang merasakan yang sifat-sifat ketuhanan tersebut adalah sifat badan diri kita sendiri.
Setelah kita membaca firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri kita
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah.
Walaupun telah lahir pada pengetahuan kita yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita ialah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam perasaan kita masih lagi sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sebagai sifat diri kita sendiri..
Kita memperkatakan apa yang kita tahu ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah
Apa yang sedang dilakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita ialah atau sebagai sifat diri kita sendiri...
Ini adalah keadaan yang sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana kita memperkatakan apa yang kita tahu iaitu segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sedangkan apa yang sedang kita lakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat badan diri kita sendiri..
Jika dinilai dari sudut ilmu yang diketahui apa yang diketahui apa yang diperkatakan itu benar kerana telah memperkatakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Sedang jika dipandang dari sudut apa yang sedang dilakukan adalah tidak betul kerana sedang dan masih merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat badan diri kita sendiri... Apa yang sebenar sedang berlaku ialah kita sedang memperkatakan dan bersangka-sangka sifat ketuhanan Allah yang sedang disangka sebagai keberadaan diri sendiri yang disangka pula sebagai keberadaan Allah dalam ertikata yang lebih mudah kita sedang memperkatakan sangkaan ada diri sendiri itulah ada Allah (keadaan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi)
Sebab itu perlunya bagi setiap seorang itu melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhan tanpa didahulukan dengan sangka-sangkaan kepada Allah..
Untuk melaksanakan apa yang tersirat didalam firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Kita perlu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita...
Jangan dirasakan sifat ketuhanan yang dirasakan itu sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan dianggap sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat Allah
Cukup sekadar merasaksn sifat ketuhanan yang sedang dirasakan pada ketika itu sahaja..
Jadi sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu bukanlah yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah
Apabila menyedari sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah dengan sebulat-bulat tumpuan..
Setelah kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan itu sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah..
Maka sebutlah Allah dengan sebanyak-banyaknya... sehinggalah mendapat kemahiran menyebut Allah tersebut telah berlaku didalam satu masa yang sama dengan kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah didalam masa yang sama
Pada ketika inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah
Penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ini akan menjadi sebagai penyaksian
Dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah
Penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini akan berlaku setelah penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah dengan menyebut Allah telah berjaya dilakukan pada satu masa yang sama..
Selagi belum berlaku kedua perkara yang dilakukan ini didalam satu masa yang sama selagi itu belum berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah seperti yang telah difirmankan didalam firmanNya.. pada Surah Saba' (Ayat 27)
"bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
JIKA APA YANG DILAKUKAN DIPERINGKAT AWAL DENGAN MENYEBUT ALLAH DAHULU DARIPADA MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG SEDANG DISEDARI, INI JUGA TIDAK BOLEH BERLAKU KEDUA PERKARA DIDALAM SATU MASA YANG SAMA
Ini adalah apa yang perlu difahamkan untuk kita melakukan, setelah faham tentang bagaimana cara untuk melakukan maka bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
- Dimana pejamkan mata - maksudnya menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
- Tongkatkan lidah kelangit-langit
- Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya dapat berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari pada satu masa yang sama
**Pesanan**
- Semasa menyebut Allah secara lisan iaitu diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah tersebut akan membunyikan sebutan Allah pada lisan
- Apabila menyebut Allah diketika lidah telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi boleh digerakkan semasa menyebut Allah tetapi ada satu anggota lahir yang lain yang akan bergerak sepertimana pergerakan lidak diketika menyebut Allah secara lisan
- pergerakan anggota inilah yang menandakan sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati
Pergerakan anggota yang bergerak dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan (yang disedari semasa memejamkan mata yang mana sifat ketuhanan tersebut yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan pula yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah) telah berlaku pada satu masa yang sama
Diketika inilah sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah...
Ini latihan diperingkat awal yang perlu dilakukan...
Setelah mahir melakukan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam atau pada masa yang sama, disinilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada samada (zat, sifat, mama dan perbuatan) Allah.
Diketika ini binasalah segala (zat, sifat, nama dan perbuatan) yang ternyata pada makhlok, kekallah (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah.
Dengan ini berlakulah sepertimana firman Allah
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26
Segala yang ada di muka bumi itu binasa
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Apa yang dibicarakan ini adalah salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan sendiri untuk tetap berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid
PENJELASAN DARI ALLAH BAHAWA AL-QURAN TIDAK SEKALI-KALI DITURUNKAN OLEH SYAITAN YANG TERKANDUNG DIDALAM
26.Surah Ash-Shu`arā' dari ayat 200 - 227
200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
201. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
202. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
203. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
204. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
205. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
206. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
209. Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
210. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
211. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
215. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
216. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
217. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
219. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
220. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
224. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
227. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
.
Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan
Bersaksilah keatas penyaksian dan pengakuan bahawa sifat melihat (Basor - ب), mendengar (sama’ - س), dan sifat yang berkata-kata (Mutakalliman - م) yang ada pada kamu adalah sifat ketuhanan Tuhanmu (Allah)
Keadaan ini ikut diperjelaskan didalam firman Allah
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
34.Surah Saba' ayat 28
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(Contoh sifat-sifat ketuhanan ialah seperti sifat ada, sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak atau berkemahuan, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain)
CARA PERLAKSANAAN SUPAYA BERLAKUNYA SEPERTIMANA AYAT PERTAMA YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bersaksilah keatas penyaksian dan pengakuan bahawa sifat melihat (Basor - ب), mendengar (sama’ - س), dan sifat yang berkata-kata (Mutakalliman - م) yang ada pada kamu adalah sifat ketuhanan Tuhanmu (Allah)
Bangun saja dari tidur, kita sudah buka mata, Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam keliling.
Ketika kita sedang merasa kita yang melihat alam sekeliling, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu, (jangan dirasakan melihat itu kita yang melihat, dan jangan disangka melihat itu Allah yang melihat, cukup dengan menumpukan kepada sifat melihat yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan sifat melihat yang sedang disangka sebagai sifat Allah) setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah). Sebutlah Allah, Allah, Allah secara tertib dan tanpa putus, Sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang berlaku sehingga berlakunya sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan telah berlaku ddalam masa yang sama. Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat melihat Allah. Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat melihat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu, (jangan dirasakan mendengar itu kita yang mendengar, dan jangan disangka mendengar itu Allah yang mendengar, cukup dengan menumpukan kepada sifat mendengar yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan sifat mendengar yang sedang disangka sebagai sifat Allah) setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah). Sebutlah Allah, Allah, Allah secara tertib dan tanpa putus, Sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang berlaku sehingga berlakunya sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan telah berlaku ddalam masa yang sama. Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat mendengar Allah. Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat mendengar yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada percakapan itu, (jangan dirasakan percakapan itu kita yang bercakap, dan jangan disangka bercakap itu Allah yang bercaiap, cukup dengan menumpukan kepada sifat bercakap (berkata-kata) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan sifat berkata-kata yang sedang disangka sebagai sifat Allah) setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada percakapan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah). Sebutlah Allah, Allah, Allah secara tertib dan tanpa putus, Sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang berlaku sehingga berlakunya sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan telah berlaku ddalam masa yang sama. Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat berkata-kata (kalam) Allah. Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat bercakap / berkata-kata yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Dengan ini nyatalah penyaksian dan pengakuan bahawa Melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..
Seterusnya berlakulan pula sepertimana firman Allah
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:2 - 5)
Bacalah membawa kepada makna sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat-sifat Allah....
Hubungan dengan ayat pertama yang diturunkan ialah sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan bahawa yang melihat, yang mendengar dan yang berkata-kata ialah Tuhan kamu yang menciptakan..
SURAH AL-QADR
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG )
0 comments:
Catat Ulasan