NABI IBRAHIM MENJADIKAN KALIMAH TAUHID TETAP KEKAL PADA KETURUNANNYA


NABI IBRAHIM MENJADIKAN KALIMAH TAUHID TETAP KEKAL PADA KETURUNANNYA
43.Surah Az-Zukhruf ayat 26
‎وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -
43.Surah Az-Zukhruf ayat 27
‎إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
"Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 28
‎وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
DOA NABI IBRAHIM
2.Surah Al-Baqarah ayat 124
‎وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman:
"(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-QURAN
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
ORANG YANG ZALIM IALAH MEREKA YANG MENSYIRIKKAN ALLAH...
FIRMAN-FIRMAN ALLAH YANG TELAH MENERANGKAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA
YANG MEMBATALKAN PENDAPAT YANG MENGATAKAN “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH”
5.Surah Al-Mā'idah ayat 73
‎لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
16.Surah An-Naĥl ayat 22
‎إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۚ فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
Tuhan kamu ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar
dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
‎وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
18.Surah Al-Kahf ayat 110
‎قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
41.Surah Fuşşilat ayat 6
‎قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُۗ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
Kepada siapakah yang ditujukan perkataan “TUHAN KAMU IALAH TUHAN YANG SATU” adakah kepada selain daripada Allah atau kepada Allah?
Maksud kepada “TUHAN YANG SATU” ialah tidak ada lagi tuhan yang lain selain daripada Allah
Atau dengan kata lain sesuatu selain daripada Allah bukan tuhan..
Dan Allah telah berfirman memperjelaskan “SESUNGGUHNYA TUHAN KAMU HANYA ALLAH”
Firman Allah
20.Surah Ţāhā ayat 98
‎إِنَّمَا إِلَٰهُكُمُ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".
Tidak ada tuhan yang lain lagi selain daripada Allah. Jadi menjadi kewajipan kepada setiap seseorang supaya jangan mengadakan tuhan-tuhan yang lain disisi Allah kerana tidak ada tuhan yang lain lagi melainkan Allah.
Yang lain selain daripada Allah bukan tuhan, jadi jangan disekutukan sesuatu yang lain dengan Allah iaitu tuhan yang esa..
Tuhan-tuhan yang telah dijadikan tuhan oleh ramai manusia itu bukan tuhan, jadi jangan diiktiqadkan yang bukan tuhan sebagai tuhan. Jika diiktiqadkan selain daripada Allah sebagai tuhan.
Ini membawa kepada makna seseorang itu telah menjadikan sesuatu selain daripada Allah sebagai tuhan selain daripada Allah iaitu perbuatan syirik ...
Setiap orang dilarang untuk menjadikan atau beriktiqad sesuatu yang lain selain daripada Allah sebagai tuhan kerana hanya Allah adalah tuhan. Ianya iaitu tuhan itu esa, tidak ada yang layak untuk dijadikan atau diiktiqadkan sebagai tuhan kecuali Allah sahaja.
Allah adalah tuhan yang maha esa, tidak ada yang layak untuk diperkatakan atau untuk diiktiqadkan sebagai tuhan melainkan Allah sahaja yang boleh diperkata atau diiktiqadkan sebagai tuhan.
Ianya iaitu Allah adalah tuhan yang satu atau dengan kata lain “TUHAN YANG ESA”
Tidak boleh sama sekali seseorang memperkatakan atau beriktiqad yang lain daripada Allah sebagai tuhan melainkan Allah sahaja yang boleh diperkata atau diiktiqadkan sebagai tuhan
Kerana selain daripada Allah bukan tuhan, jadi jangan dijadikan, jangan diperkatakan, jangan diiktiqadkan ada tuhan yang lain melainkan Allah sahajalah yang boleh dikatakan, yang boleh diiktiqadkan sebagai tuhan.
Firman Allah yang melarang seseorang daripada bertuhankan dua tuhan
16.Surah An-Naĥl ayat 51
‎وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Pendapat yang mengatakan “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH” bertentangan dengan firman-firman Allah yang telah memperjelaskan bahawa “TUHAN KAMU ADALAH TUHAN YANG SATU (ESA) IAITU ALLAH.
Perkataan “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH” telah menunjukkan orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut sedang menolak Allah sebagai tuhan. Setelah seseorang itu menolak Allah sebagai tuhan dengan sendirinya mereka akan mengadakan tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah
Jika kurang yakin boleh diajukan soalan sekarang juga, Jika telah dikatakan “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH” siapakah tuhan ?
Tentu akan ada jawapan yang lain selain daripada Allah, Apabila dijawab yang lain selain daripada Allah sebagai tuhan dengan jelas dan nyata menunjukkan seseorang itu sedang mengadakan tuhan yang lain disisi Allah..
Sedangkan didalam At-Tauhid dilarang supaya jangan mengadakan tuhan-tuhan yang lain disisi Allah.
Dengan memperkatakan dan beriktiqad “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH” seseorang itu telah dan sedang mengadakan tuhan yang lain disisi Allah.
Ini bukan bahagian dari At-Tauhid.
Kenapa diakhir daripada memprilakukan cara untuk mentauhidkan Allah kesimpulan yang dibuat pula menolak Allah sebagai Tuhan yang maha esa..?
Ada yang lain pula yang telah diperkatakan sebagai tuhan,
Didalam kalimah tauhid diarahkan supaya mentiadakan tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah tetapi setelah dilakukan cara untuk dibersihkan daripada sebarang syirik telah mengadakan tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah iaitu dengan memperkatakan dan beriktiqad “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH”
Sebagai bukti yang jelas dan nyata sekarang juga boleh mengajukan soalan kepada diri kita masing-masing, jika sudah dikatakan “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH” siapakah tuhan?
Tentu jawapan yang akan diberikan ialah selain daripada Allah, dengan ini dengan jelas dan nyata seseorang itu telah mengadakan tuhan yang lain disisi Allah..
Sedang mengadakan tuhan yang lain disisi Allah, adakah merupakan perbuatan sedang mentauhidkan Allah atau perbuatan sedang menyengutukan Allah?
Ini boleh dijawab sendiri.... jangan menipu diri sendiri...
Lawan daripada perkataan tuhan ialah makhlok. Jika telah diperkatakan "ALLAH BUKAN TUHAN" dengan sendiri telah memaknakan yang Allah adalah makhlok
Na'uzubillah ....
DIDALAM FIRMAN YANG LAIN, ALLAH MELARANG DARI MENJADIKAN HAWA NAFSU ATAU KEUPAYAAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI ALLAH
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Didalam Surah Al-Furqān ayat 43 dengan jelas Allah telah memberikan persoalan "TIDAKKAH KAMU MELIHAT DENGAN FIRMANNYA NAMPAKKAH" keburukan orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja dan ditaati.
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Seterusnya memperjelaskan sepertimana firman Allah didalam Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Tetapi ada orang yang memperkata dan beriktiqad bahawa tuhan ialah keupayaan diri atau hawa nafsu sendiri atau berhala-berhala...
Mereka juga telah memperkatakan ", TUHAN IALAH BERHALA-BERHALA"
Mana yang benar diantara seruan Allah dengan suruan oleh tuan guru?
WALAUPUN TELAH DITERANGKAN TERDAPAT FIRMAN ALLAH YANG TELAH MENERANGKAN APA YANG DISEMBAH YANG LAIN DARI ALLAH HANYALAH BERHALA-BERHALA DAN MEREKA SEBENARNYA TIDAK MENYEMBAH MELAINKAN SYAITAN YANG DURHAKA
Surah An-Nisaa' dari ayat 115 - 121
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
MEREKA TETAP DENGAN PENDIRIAN MEREKA DENGAN MEMPERKATA DAN BERIKTIQAD "ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH, TUHAN IALAH KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI"
Penerangan ini berdasarkan kepada ilmu nahu dan sorof tetapi bertentangan dengan isi kandungan didalam Al-Quran, iaitu telah menafikan Allah sebagai tuhan yang maha esa dan memperkata dan beriktiqadkan yang keupayaan diri atau hawa nafsu sendiri dan berhala-berhala sebagai tuhan
Ini adalah perbuatan mendustakan ayat-ayat Allah, lain yang Allah terangkan didalam Al-Quran, lain pula yang diterangkan berdasarkan kepada ilmu nahu dan sorof bahasa Arab.
Yang mana yang perlu ditolak ?
Samada nak menolak keterangan dari Al-Quran atau nak menolak ilmu nahu dan sorof yang bertentangan dengan keterangan dari Al-Quran yang diterangkan oleh seseorang...
ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH, MEREKA ADALAH BISU DAN TULI DAN BERADA DIDALAM GELAP GELITA. DAN AKAN GUGUR AMAL YANG MEREKA TELAH LAKUKAN .... MAKNANYA CARA YANG DILAKUKAN UNTUK MENGESAKAN ALLAH TIDAK AKAN DITERIMA ....
7.Surah Al-'A`rāf ayat 146
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 147
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
20.Surah Ţāhā ayat 48
"Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
30.Surah Ar-Rūm ayat 15
Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
30.S
urah Ar-Rūm ayat 16
Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
30.Surah Ar-Rūm ayat 17
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
30.Surah Ar-Rūm ayat 18
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
Mereka ini adalah merupakan orang yang telah menzalimi diri mereka sendiri, sepertimana yang telah Allah firmankan didalam Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

( Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan