HAKIKAT MUHAMMAD*
MUHAMMAD itu adalah Nama atau Sebutan untuk Mahluk yang selalu MENGINGAT, MEMUJA dan MENGAGUNGKAN ALLAH swt.
MUHAMMAD itu adalah Simbol atau Lambang, atas segala Ucapan dan Perbuatan yang Baik-Baik, kerana hanya MUHAMMAD yang menerima ILHAM jalan KETAQWAAN dari ALLAH swt.
MUHAMMAD itu HIDUP tidak MATI dan tidak pernah TIDUR...
MUHAMMAD itu Bukanlah NABI MUHAMMAD BIN ABDULLAH yang pernah hidup di Negeri Arab. Namun BELIAU jugalah yang memperkenalkan,
*** MUHAMMAD RASULULLAH ***
"MUHAMMAD itu ada pada DIRIMU, DIRINYA, DIRIKU dan pada DIRI MEREKA"
Maka.......
Kalimah Syahadat pun berlaku sepanjang masa kerana MUHAMMAD pada Diri Sendiri adalah RASULULLAH (Penyampai Allah) bagi Diri Sendiri, yang tidak berhenti-henti membawa ke jalan KEBENARAN dan KETAQWAAN.
Tetapi bukanlah bererti kita ini NABI, kerana NABI yang Wajib hanya 25 orang sahaja dan penutup segala NABI itu adalah NABI MUHAMMAD saw. Jangan salah faham !
IBLIS itu adalah Nama atau Sebutan untuk Mahluk yang selalu Berbuat INGKAR, FASIK, MAKSIAT dan LALAI dari MEMUJA, dan MENGAGUNGKAN ALLAH swt.
IBLIS itu adalah Simbol atau Lambang atas segala Ucapan dan Perbuatan yang Buruk-Buruk, kerana IBLIS hanya menerima ILHAM jalan KEFASIKKAN dari ALLAH swt.
IBLIS itu HIDUP tidak MATI dan tidak pernah TIDUR...
IBLIS itu bukan IBLIS yang HIDUP atau disebut dan diceritakan didalam Al-Qur'an yang dahulunya pernah menggoda NABI ADAM as sampaikan akhirnya NABI ADAM as tergoda dan dikeluarkan dari Syurga ALLAH swt.
"IBLIS itu ada pada JIWAMU, JIWANYA, JIWAKU dan pada JIWA MEREKA yang Dikendalikan oleh NAFSU"
Maka.......
Kendalikanlah NAFSU, agar IBLIS tidak boleh mengendalikannya walaupun IBLIS tidak pernah berhenti-henti membawa NAFSU ke jalan yang SALAH dan KEFASIKKAN sampai Akhir Zaman.
MUHAMMAD dan IBLIS itu ibarat dua sisi MATA WANG yang saling memerlukan dan harus ada.
MUHAMMAD untuk Mewujudkan segala Ucapan dan Perbuatan "KEBAIKAN".
Sedangkan IBLIS untuk Mewujudkan segala Ucapan dan Perbuatan "KEBURUKAN".
Ertinya setiap Manusia pasti pernah melakukan KEBAIKAN dan KEBURUKAN.
Namun....... !
Segala Ucapan dan Perbuatan "MUHAMMAD" dan "IBLIS" adalah KEHENDAK ALLAH swt Semata-mata.
"Jadi pilihlah jalan yang terang BERCAHAYA (NurAllah) daripada memilih jalan yang Gelap Gelita (Kejahilan)."
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan