PERINGKAT PERINGKAT DIRI
Sebelumnya kita sudah mengetahui bahawa HAKIKAT DIRI kita yang sebenar ialah ZAT ALLAH yang kita ketahui dan kenali melalui Sifat Sifat Allah yang ada pada kita manusia yang berbadan dan bernyawa ini.
Telah kita ketahui bahawa Diri atau Ruh itu HANYALAH KESAN atau Pancaran Zat Allah ( Yang Bersifat Maknawiyah ) yakni Keupayaan Keupayaan Zat Yang Maha Maha atau SANGAT BERKUASA.
Kuasa adalah Tenaga atau Energi ..tentunya Kuasa atau Energi Ketuhanan.( Qadirun Ilahi )
Jadi yg disebut sbg RUHANI itu ialah Pancaran ZAT ALLAH YANG BESERTA kita yg terhad ( dlm ilmu disebut sbg ) SIFAT MAANI ALLAH manakala Sifat Hakiki Zat Allah ialah Sifat Maknawiyah.
Dalam Ilmu Zat Allah Yang Beserta kita ini disebut sebagai ANA atau AKU.
AKU ini dirujuk oleh Ulamak Melayu Nusantara sebagai DIRI SEBENAR DIRI atau DIRI HAKIKI.
Allah itu UJUD dan NYATA . Dialah Yang Awal ( Al Awalu ) Dialah Yang Akhir ( Al Akhiru ) Dialah Yang Batin { AlBatinu ) Dia juga Yang Zahir ( Azzahiru ).
Maksudnya ialah Zat Allah itu awalnya Batin dan akhirnya Zahir.
Zahir maknanya Nyata ...boleh dilihat ..boleh dipegang..boleh dikesan dan dikenal oleh pancaindera kita.
Inilah maksud Allah itu Ujud dan Nyata.
Zat Wajibul Wujud ini menampakkan DiriNya dalam pelbagai kedudukan atau mertabat dan KE NYATA AN ( ada juga yang sebut sebagai Alam dan Makam ) .
Disetiap mertabat atau melayunya kedudukan Zat menampakkan keupayaan atau tenagaNya yang berbeza.
Zat pada kedudukan Ghaib Mutlak hingga tidak dapat diketahui disebut sebagai HU atau Ghaibul Ghuyub atau disebut juga sbg LAISA KAMiSHLI SYAIUN ( Tiada sesuatu yg menyerupai Zat Allah dan Zat Allah tidak serupa dgn sesuatu ( Tanzih )
Inilah Zat Yang Meliputi seluruh Universe. Dia perkenalkan DiriNya kepada kita sebagai ALLAH HU RABBUL ALAMIN
Zat Yang Meliputi Diri kita sebagai manusia memperkenalkan DirNya sebagai Allah Subhanahu Wa Taala dan kita menyebutNya sebagai ALLAH HU RABBI
Zat pada mertabat ini UJUD dan NYATA supaya dapat dikenali dan di tuhankan.
Dalam Ilmu disebut sebagai mertabat NUR MUHAMMAD atau mertabat BENIH atau AYAN SABITAH.
Inilah Allah Yang perlu dikenali bukannya Zat Allah Yang Ghaib Mutlak yang kita sebut sebagai HU.
Ulamak ulamak dalam menyampaikan ilmu ini menggunakan pelbagai istilah masing masing yang menceritakan hal yang sama.
Antaranya ialah Sultanul Aulia Syeikh Abdul Kadir Jailani yang memecahkan Zat Allah Yang itu sebagai berikut :-
1 RUH AL QUDSI yakni Zat Ghaib Mutlak yang merujuk DiriNya sebagai HU
2 RUH SULTANI yakni Zat Yang Menampakkan DiriNya sebagai benih segala kejadian Yang Perkenalkan DiriNya untuk kita sebagai Allah SWT bermertabat Nur Muhammad. Ruh Sultani inilah AKU
3 RUH RUHANI yakni Nyawa atau Ruh atau DIRI
4 RUH JASMANI yakni BADAN
Ulamak Melayu Nusantara pula memecahkan Zat Yang Meliputi Diri kita manusia ini mengikut istilah bahasa Melayu.
Maka adalah apa yang disebut sebagai
DIRI TERDIRI
DIRI TERPERI
DIRI TAJALLI
DIRI SEBENAR DIRI
Bapak Guru Doktor Bagindo Muchtar pula menggunakan istilah beliau sendiri yakni :-
1 DIRI DIRI yang bermaksud ego atau peribadi atau selaf atau keakuan atau ananiyat
2 DIRI yakni Nyawa atau Ruh atau Ruhani
3 AKU yakni Diri Sebenar Diri atau Nur Muhammad atau Allah
4 AKU SELEPAS AKU yakni HU atau Zat Ghaibulghuyub
Saya lebih suka melihat hal ini mengikut penjelasan Allah didalam Al Quran yang menggunakan istilah berikut :-
1 HAMBA yakni Penyata Allah bergelar INSAN bersifat Maani
2 KHALIFAH yakni Nur Muhammad berasmak Allah bersifat Maknuyah
3 HU yakni Hakikat Sebenar ZAT WAJIBUL WUJUD Yang Maha Menciptakan.
CARA CARA MENGENAL
Sekurang kurangnya ada 3 ( tiga ) cara yang munasabah yaitu :-
A Kenal Diri dengan TAHU atau dengan PENGETAHUAN
B Kenal Diri dengan KESADARAN atau CONCIOUSNESS
C Kenal Diri dengan RASA
Sebenarnya hal ini telahpun saya jelaskan semasa menceritakan definasi Diri diatas.
Untuk menjelaskan perkara ini lebih lanjut saya menggunakan contoh duniawi supaya anda mudah faham.
Untuk tahu dan mengenal siapakah anda sebenarnya lihatlah MAYAT manusia atau orang yang sudah TIDAK ADA NYAWA lagi.
Beza antara kita yang HIDUP dengan orang mati ialah yang hidup masih memilikki nyawa manakala yang mati sudah kehilangan nyawa.
Simati yang telah menjadi mayat sudah HILANG segala KEHENDAK dan PERBUATAN semata mata kerana sudah tidak BERNYAWA lagi.
Ini adalah BUKTI yang sangat jelas bahawa selama dia hidup si NYAWA lah Yang Berkehendak dan Berbuat segala macam.
Setelah mati yakni tidak bernyawa lagi badan atau jasad yang berfungsi sebagai alat si Nyawa mula busuk .. reput dan terpaksa ditanam.
Adalah jelas pada kita sebagai OBSERVOR atau pemerhati bahawa sangkaan sibadanlah yang berkehendak dan berbuat adalah SALAH dan samasekali TIDAK BENAR.
Yang demikian wajib kita insafi KITA YANG SEBENAR benarnya adalah SI NYAWA
Inilah yang disebut sebagai DIRI atau TUBUH BATIN kita atau DIRI SEBENAR kita .
Apakah ianya DIRI / NYAWA / RUH dan hakikat sebenarnya dan kaitannya dengan Zat Allah telahpun saya jelaskan sebelum ini. ( rujuk diatas )
KENAL DIRI DENGAN KESADARAN
Kita telah pun tahu Diri atau Nyawa itu pada hakikatnya adalah Zat Allah SWT Yang Beserta kita seperti FirmanNya didalam Al Quran.
Seterusnya tanamkanlah kesadaran setiap waktu dan ketika bahawa Yang Berkehendak dan Berbuat itu adalah Zat Allah yakni DIRI BATIN kita atau KITA YANG SEBENAR BENARNYA yakni Allah .
Badan ini hanyalah alat atau TUKANG BUAT bagi Diri Hakiki kita itu.
Sadarlah setiap detik dan ketika sepanjang hayat anda bahawa :-
1. Yang Ada dan Hidup itu Allah . Ujudnya badan hanyalah sebagai PENYATA atau TAJALLI atau PENAMPAKAN Zat Allah
2 Yang Melihat ialah Sifat Basharullah
3 Yang Bercakap ialah Kalamullah
4 Yang Bergerak ialah Kudratullah
5 Yang Tahu ialah Ilmullah
6 Yang Mendengar Samak Allah
7 Yang Berkehendak Iradatullah
Jika ini anda lakukan maka kesemuanya adalah Kudrat Iradat Allah belaka dan anda telah menjadi manusia YANG BERTAUHID
MENGESAKAN ALLAH
Salah satu CARA yg Allah ajar kita utk selalu SADAR akan hakikat ini ialah WUDHU.
Setiap kali nak solat kita WAJIB BERWUDHU
Maksudnya ialah
Setiap kali basuh muka kita wajib SADAR
1 Yg Hidup ( Hayat ) .dan Menghidupkan itu Allah
2 Yang Melihat ( Bashar ) itu Allah
3 Yang Bercakap ( Kalam ) itu Allah
Bila basuh kedua tangan kita wajib SADAR
Yang Berdaya Upaya ( Kudrat ) dan Bergerak itu Allah
Bila kenakan air dikepala kita wajib SADAR
Yang Tahu ( Ilmu ) dan Mengetahui itu Allah
Bila kita kenakan air pada 2 telinga kita wajib SADAR bahawa Yang Mendengar ( Samak ) itu Allah
Dan bila kita kenakan air pada 2 kaki kita wajib SADAR Yang Berkehendak ( Iradat ) itu Allah
Ini kita sebut sbg WUDHU NAFI ISBAT yang melatih kita supaya MENG ESA KAN Allah
KENAL DIRI DENGAN GERAK dan RASA
Ilmu kenal Diri dengan Gerak dan Rasa hanya terdapat dalam Ilmu Kenal Diri Secara Amali yang disampaikan oleh Bapak Doktor Bagindo Muchtar ( BBM ) .
Ilmu ini sebenarnya adalah Ilmu MIKRAJ MERTABAT berlandaskan Kalimah Syahadah dan merupakan satu amalan TAFAKUR.
GERAK
Dimana dalam proses buka jalan dan amalan Kedua dua tangan bergerak dengan sendirinya tanpa arahan otak.
Ini adalah Gerak Allah atau Kudratullah Ikut sahaja tangan itu bergerak kerana ianya bergerak dengan tenaga terus dari Kudrat Ilahi.
Semuanya adalah Gerak Dari Allah
HAKIKAT GERAK
Baginda Nabi Muhammad MIKRAJ ke SIDRATUL MUNTAHA untuk bertemu Allah SWT.
Baginda Mikraj dari Masjidil Aqsa dan sebelumnya melakukan ISRAK yakni berjalan dari Baitul Maqdis ke Masjidil Aqsa.
Yang demikian Mikraj ialah PERJALANAN NAIK bahasa Arabnya URUJ .
Diri sebenar kita ialah NUR MUHAMMAD yang juga PERLU MIKRAJ dari mertabat atau kedudukan HAMBA ke mertabat KHALIFAH.
Ini namanya MIKRAJ MERTABAT. Mikraj maksudnya NAIK .
Jadi Mikraj Mertabat bermaksud NAIK MERTABAT .
Mertabat bahasa Melayunya KEDUDUKAN
Junjungan kita Nabi Muhd MIKRAJ menjadikan BURAQ sebagai KENDERAANNYA.
Kita URUJ / Mikraj juga memerlukan kenderaan. Kenderaan atau BURAQ kita ialah GERAK.
Nabi kita Mikraj dengan Buraq untuk bertemu Allah di Sidratul Muntaha.
Kita pula URUJ dari makam Hamba ke Makam Khalifah yakni makam Allah. Kita disini ialah Diri Sebenar Diri kita.
Dengan gerak kita URUJ ( mikraj ) ke Mertabat Khalifah yakni mertabat Allah. Yang Mikraj ialah Diri Sebenar kita yakni Nur Muhammad BUKANNYA kita yang berbadan ini.
Mikraj atau Uruj disini ialah NAIK MERTABAT bukannya terbang kelokasi lain atau sidratul muntaha atau sebagainya.
Kita NAIK dari mertabat Kehambaan ke mertabat Ketuhanan atau NAIK KEDUDUKAN dari Hamba menjadi Khalifah.
Inilah ajaran IPBBM kaedah Mikraj KERUHANIAN.
Tanda kita sudah Mikraj atau BERADA dimertabat Khalifah ialah RASA
Maksudnya bila kita GERAK dan ada RASA yakinlah kita sudah mikraj dan sudah berada dimakam hakiki ( makam asal ) kita yakni mertabat Khalifah atau Allah.
Hanya IPBBM mengajar Ilmu MIKRAJ. Belum ada Ilmu lain yang saya temui yang ada mengajar Ilmu sebegini.
GERAK = PROSES MENGISI....
Bermula dari membaca password kemudian doa serta berserah pada Yang Esa dan yang perlu kita lakukan lagi ialah fokus …
letakkan telapak tangan atau hujung jari tangan anda berdekatan dengan permukaan air maka zikirlah dan tumpulah pada rasa yang terasa dihujung jari2 anda.
Itulah daya2 ghaib yang memancar dari dalam diri anda menembusi alam nya melalui jari2 anda ia akan terbentuk mengikut niat dan daya tumpuan kita ( focus )
Transfer energy ini terjadi melalui gerak. Ikutilah gerak itu sehingga gerakan2 itu terhenti sendiri,
Kalau kita dapat melihat keadaan perubahan struktur molikul air maka kita akan terasa hairan, yaaaa inilah kebenaran nya molikul air akan tersusun secara baik sekali hasil dari proses pengisian daya2 ghaib.
Perlu kita tahu adalah sifat air, sifat semula jadi air akan berubah-ubah bila suatu hal yang berlaku padanya contohnya bunyi ini kerana air berfungsi secara semula jadi merakam, menyimpan dan memindahkan akan keadaan nya kepada sesuatu keadaan.
Maka banyak lagi hal2 yang kita dapat lakukan dgn gerak dan rahsia daya ghaib itu.
Aliran-aliran elektron, eion, baion, nitron yang mengalir dari dalam badan kita itu merupakan suatu tenaga yang amat kuat kuasanya.
Pergunakanlah apa yang ada padamu itu mengikut keadaan2 yang kita perlukan dalam kehidupan ini.
Bagi anda yang telah memahami hal2 ini tingkatkan lagi tumpuan agar kita dapat lebih lagi akan manfaatnya. Tetapi ingatlah segala-galanya atas Ketentuan Allah jua maka kita serahkanlah kepadaNya segala apa yang kita ada ini.....
Saya hanya memberi contoh agar kita dapat memahami rahsia2 dari gerak.
Kalau anda sudah memahami sebagaimana contoh diatas baguslah kerana saya amat2 yakin dengan cara ini.
Gunakanlah gerak dan daya kuasa ghaib (pancaran nur ilahi) untuk mencipta kebahagiaan dialam maya ini, kerana aku telah dapat nikmatnya walaupun aku ini baru dan jahil tapi aku amat2 suka jalan ini........dunia dapat , akhirat pun dapat.
Dia telah memilih insan untuk menanggung rahsia itu ini bermakna insan itu suatu penciptaan yang mulia jua sehingga di beri tanggungjawab untuk memikul beban yang sebesar ini
Akan tetapi dia tidaklah membiarkan kita ini bergerak sendiri melainkan disertakan dengan pimpinan nya jua.
Namun kita tidak dapat menafikan
ada diantara kita yang bergerak sendiri tanpa pimpinanNya dan ada juga yang menolak untuk di pimpin. Walau bagaimanapun biarkanlah.
Berbalik pada hal2 yang bersangkutan dengan ilmu pengetahuan kita ini , marilah sama-sama kita mempertingkatkan amal dan mengkaji selidik, menghayati dan mendalami lagi ilmu pengetahuan kita ini.
Kita yang berada didalam aliran ilmu metalfizik perlu serba tahu dan kita perlu merealisasikan apa yang berada dibalik kenyataan supaya menjadi nyata.
Tumpukanlah pada perjalanan gerak kerana didalam hakikat gerak itu sendiri ada banyak rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu, Tuhan yang sentiasa memandang kita dan ia sentiasa membimbing kita kejalan nya adalah induk dari segala induk kerana darinya lah segala sesuatu itu zahir dan tecipta dan dialah yang maha mencipta sesuatu,
Kita yang hadir dengan izinnya kealam dunia perlulah mentaatinya dan menyatakan pengakuan untuk mendapatkan pengakuan, paling kurangnya 3x diucap berulangulang, inilah pengakuan yang ku adakan bagi mengadakan dan menzahirkan kebesaran tuhan padaku, dia yang wajib ada sebelum ada-ada ini dulunya tiada ternyata kerana tiadalah penyataan yang dinytakannya.
Maka kini AKU yang datang dari nya telah ada ini sebagai penyataan sifat kewujudannya dia yang Maha Kuasa melakukan sesuatu mengikut KehendakNya itulah Kebesaran Tuhan yang tak siapa dapat menafikannya.
AKU dan DIA dekat tak bersentuh ini hanya mampuku katakan aku bersamanya, nyataku ini menyakan ia nyata ia adalah aku ini akan tetapi tidak berpisah dan tidak sekutu.
Nah!!!!!!!!! inilah suatu hal yang rahsia yang terahsia didalam rahsiaku.
Oleh itu renung-renungkanlah akan hal ini.
Gerak yang kau dapat itu adalah jalanmu yang dimana ia akan membawamu sampai kepada nya dan ia akan membawamu kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
Bergerak seiringan luar dan dalam menyerahkan kepadanya segala sesuatu itu pasti kau akan dipimpinnya, Untuk kau mendapatkan hayatul karim (kehidupan mulia) maka kau pastikan dapat menguasai ilmu pengetahuan ini dalam bidang metafizik ini.
Untuk itu suatu hal yang pokok adalah dengan cara mengenal diri terlebih dahulu, masuklah kedalam rumahmu cari dan jumpailah akan tuan rumah itu baru kau tahu manakah tuan rumah itu dan manakah perhiasan nya.
Bila kau dah jumpai ia, maka kau perlu tau apa mau mu dan kemana mau mu, untuk apa ini semua pastikanlah ia sentiasa berada dibawah lindungan Tuhan Yang Maha Kuasa.
GERAK = KUDRATULLAH
Gerak yang berlaku padamu ketika didalam peramalanmu itu sebenarnya adalah Gerak Qudratullah ( Hakikat Gerak Allah)
Maka padanya pula mendatangkan daya2 ghaib yang merupakan suatu tenaga serbaguna buatmu
oleh itu perhatikanlah dan perdalamilah kajianmu dan renunganmu terhadap apa-apa yang kau telah rasakan dari gerak itu.
Gerak yang terjadi secara automatik itu berlaku apabila tumpuan dan penyerahan secara total kepada Yang Maha Esa dan ia merupakan connection bagi si hamba dan tuhannya.
Dalam perjalanan kita ini gerak adalah jalan bagi kita dan jalan ini adalah fungsi utama.
Oleh itu jikalau kita inginkan sesuatu maka hendaknya gunakanlah kaedah gerak, kerana gerak itu adalah Kuasa Ilahi.
Tangan kanan dan kiri kita bergerak sendiri itu merupakan dalil nyata bagi kita yang membawa maksud Kudrat dan Iradhat Tuhan.
Rasa yang terasa di hujung jari-jari kita itulah sebenarnya Pancaran Kudrat dan Irodhat Ilahi.
Bagi mereka2 yang minat didalam bidang perubatan atau persilatan maka sayugianya anda memahami akan keadaan nya supaya kita mendapat hasil keputusan yang memuaskan,
Akan tetapi kaedah gerak ini bukan dapat digunakan didalam satu dua bidang sahaja akan tetapi ianya dapat di gunakan didalam berbagai perkara asal kita tahu mengunakan nya.
Niat, doa, serah adalah isi penting didalam peramalan dan proses ini dan terlebih utama adalah Kata Kunci (password) yang perlu didahulukan.
Kemudian kita niatkan dan doakan serta serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Keikhlasan jua memainkan peranan penting didalam hal ini bagi menyatakan hati dan rahsia kita tetap kepada Allah jua digantungkan.
Gerak yang terjadi dari hasil pembukaan jalan oleh guru kepada kita sebenarnya bukanlah sekadar gerak dan daya energy sahaja bahkan ia dibukakan juga akan hijab Alam Sir (alam rahsia)
Ilahiah kepada kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mengamalinya, mengkaji, menghayati serta memahami akan keberadaan nya,,,,
Pada mulanya kau yang tidak mendapat gerak kini telah tergerak dengan sendiri tanpa kawalan dari mindamu.
Apakah itu suatu hal yang luar biasa ?.
Kalau kita fikir2kan dari mana gerak itu datang maka kita akan dapat mentafsirkannya bukan ?
Oleh itu ketahuilah wahai saudara2ku gerak dan hijab serta energy ghaib adalah suatu hal yang sama jadi sama datang nya dari Tuhan jua datangnya maka perbaikilah keadaan ini dengan gerak yang telah terbuka padamu.
Yang paling penting kenalilah DIRImu dan TUHANmu dahulu sebelum kau melangkah keluar alam batang tubuhmu.
Pastikan jalan datang dan kembalimu itu sama tempatnya dan sama jalannya,,,
Jalan badan lain dan jalan diri lain serta jalan aku lain.
Akan tetapi ia kait mengait antara satu sama lain untuk itu sama2lah kita mencari mengkaji memahami nya
Mudah2an kita mendapat kejayaan didunia naupun di akhirat, gerak silat atau gerak dalam perubatan bukanlah perkara pokok didalam hal ini akan tetapi permahaman tentang gerak itu yang di titik beratkan,
tempahlah kejayaanmu melalui jalan gerak ini kerana aku telah dapat merasai akan nikmat darinya (gerak)
gerak kedalam bermula jalan untuk mencari rahsia tuhan hidup dan mati tahu bezakan
supaya selamat di hari mendatang
gerak keluar menembusi alam
untuk sempurnakan alam kehidupan
saupaya selamat akan keadaan
moga mendapat rahmat tuhan
GERAK
Dimana dalam proses buka jalan dan amalan Kedua dua tangan bergerak dengan sendirinya tanpa arahan otak.
Ini adalah Gerak Allah atau Kudratullah Ikut sahaja tangan itu bergerak kerana ianya bergerak dengan tenaga terus dari Kudrat Ilahi.
Semuanya adalah Gerak Dari Allah.
Sumber dari Hakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan )
0 comments:
Catat Ulasan