DUNIA LEBIH HINA DARIPADA BANGKAI*

 


DUNIA LEBIH HINA DARIPADA BANGKAI*

Segala upaya dikerahkan oleh banyak orang untuk menggapai Kenikmatan dunia. Dimata mereka seakan Kenikmatan dunia adalah segalanya. Mereka berfikir, tanpa Kenikmatan dunia tidak mungkin mereka akan meraih Kebahagiaan Hakiki.
Sebuah Prasangka yang KELIRU !
Dunia telah menipu mereka. Mereka tidak mengerti tentang Hakikat Kehidupan Dunia ini.
Agar kita tidak ikut tertipu dengan Hakikat Kehidupan Dunia ini, marilah kita memperhatikan beberapa permisalan berikut yang menggambarkan Kehidupan Dunia.
Allâh swt memberitahukan bahawa dunia ini adalah tempat senda gurau dan permainan, kemudian setelah itu Allâh swt dan menjelaskan perbezaan Kehidupan Dunia dengan Kehidupan Akhirat.
Allâh Azza wa' Jalla berfirman;
وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
(QS. Al-‘Ankabût : 64)
Kehidupan Akhirat adalah Kehidupan yang Hakiki, Kehidupan yang sebenarnya, yaitu Kehidupan yang terus menerus TETAP dan KEKAL.
Kehidupan Dunia ini dinamakan dunia, kerana rendah dan hina, kerana "Dunya" ertinya paling rendah atau hina.
Kehidupan Dunia yaitu sesuatu yang sedikit dan kecil, kehidupan yang penuh dengan Nafsu dan Fitnah. Akhir dari dunia adalah KEFANAAN dan kemusnahan.
Allâh Azza wa' Jalla berfirman;
فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
"Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."
(QS. At-Taubah : 38)
Didalam hadits, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan perumpamaan bahawa dunia ini seperti setitis air yang melekat di jari, sedangkan akhirat merupakan lautan yang sangat luas.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
وَاللهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هٰذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَ بِالسَّبَّابَةِ – فِـي الْيَمِّ ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِـعُ
"Demi Allâh! Tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, -(perawi hadits ini yaitu) Yahya memberikan isyarat dengan jari telunjuknya- lalu hendaklah dia melihat apa yang dibawa jarinya itu?."
"Dunia ini dilaknat oleh Allâh Azza wa' Jalla"
Ertinya, apa saja yang melalaikan manusia dari Ibadah kepada Allâh swt maka dia TERLAKNAT.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, ia berkata : Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ مَلْعُوْنٌ مَا فِـيْهَا إِلَّا ذِكْرُ اللهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِـمٌ أَوْ مُـتَـعَلِّـمٌ
"Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada didalamnya, kecuali dzikir kepada Allâh dan ketaatan kepada-Nya, orang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu."
* Dunia ini lebih jelek daripada bangkai anak kambing yang cacat.
Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu anhu;
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِالسُّوْقِ دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ. فَمَرَّ
بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ، ثُمَّ قَالَ: ))أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ (( فَقَالُوْا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قال:(( أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ )) قَالُوْا: وَاللهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ، لِأَنَّهُ أَسَكُّ. فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: (( فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ )).
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berjalan melewati pasar sementara banyak orang berada di dekat Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau berjalan melewati bangkai anak kambing jantan yang kedua telinganya kecil. Sambil memegang telinganya Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“Siapa diantara kalian yang berkenan membeli ini seharga satu dirham?” Orang-orang berkata; “Kami sama sekali tidak tertarik kepadanya. Apa yang boleh kami perbuat dengannya?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Apakah kalian mahu jika ini menjadi milik kalian?” Orang-orang berkata; “Demi Allâh, kalau anak kambing jantan ini hidup, pasti ia cacat, kerana kedua telinganya kecil, apalagi ia telah mati?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ
"Demi Allâh, sungguh, dunia itu lebih hina bagi Allâh daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian."
* Dunia tidak berharga meskipun hanya seberat sayap nyamuk.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
لَوْ كَانَتِ الدُّنْـيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
"Seandainya dunia di sisi Allâh sebanding dengan sayap nyamuk, maka Dia tidak memberi minum sedikit pun darinya kepada orang kafir."
* Dunia diumpamakan seperti makanan yang dipergunakan oleh manusia, kemudian setelah itu menjadi kotoran.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
إِنَّ مَطْعَمَ ابْنِ آدَمَ جُعِلَ مَثَلًا لِلدُّنْيَا وَإِنْ قَزَّحَهُ وَمَلَّحَهُ فَانْظُرُوْا إِلَى مَا يَصِيْرُ
"Sesungguhnya makanan anak Adam (makanan yang dimakannya) dijadikan perumpamaan terhadap dunia. Walaupun ia sudah memberinya rempah dan garam, lihatlah menjadi apa makanan tersebut akhirnya."
* Seseorang Muslim tidak boleh tertipu dengan Nikmat-Nikmat dan kesenangan, kemudahan, kekayaan dan apa yang diberikan oleh Allâh swt kepada orang-orang kafir yang berbentuk Kenikmatan Dunia yang ada pada mereka.
Allâh Azza wa' Jalla berfirman;
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
"Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum. Sesungguhnya maksud Allâh dengan itu adalah untuk menyiksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir.”
(QS. At-Taubah : 55)
Allâh Subhanahu wa' Ta’ala juga berfirman;
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Rabbmu lebih baik dan lebih kekal.”
(QS. Thâhâ : 131)
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Umar Radhiyallahu anhu;
أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ لَهُمُ الدُّنْيَا وَلَنَا الْآخِرَةُ؟
"Tidakkah engkau redha untuk mereka (orang-orang kafir) dunia sementara bagi kita akhirat?."
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda kepada Umar Radhiyallahu anhu;
أَوَفِي شَكٍّ أَنْتَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟ أُولَئِكَ قَوْمٌ عُجِّلَتْ لَهُمْ طَيِّبَاتُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
"Apakah engkau ragu wahai Ibnul Khatthab? Mereka adalah kaum yang disegerakan kebaikan-kebaikan untuk mereka di kehidupan dunia ini."
* Oleh kerana itu, jika engkau melihat Allâh swt memberi kepada seorang hamba Kenikmatan Dunia, padahal dia terus menerus berbuat maksiat, maka ketauhilah bahawa itu adalah ISTIDRAJ.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيْهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
"Jika engkau melihat Allâh memberi kepada seorang hamba apa yang disukainya di dunia padahal dia berbuat maksiat, maka itu adalah istidrâj. Kemudian Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat (yang ertinya): “Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.”
Kalau dunia dan seisinya tidak ada harganya meskipun seberat sehelai sayap nyamuk, lalu mengapa manusia berlumba-lumba mengejarnya ?
Bahkan mereka korbankan Agamanya demi mencari dunia ?!
Padahal dunia dilaknat oleh Allâh swt ; Dunia ini lebih hina, lebih jelek daripada bangkai kambing yang cacat.
Mengapa banyak manusia tertipu dengan dunia padahal Allâh swt sudah ingatkan agar manusia tidak tertipu dengan dunia.
Allâh Azza wa' Jalla berfirman;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
"Wahai manusia! Sungguh, janji Allâh itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allâh.
(QS. Fâthir : 5)
Manusia sangat bercita-cita mengejar dunia, bahkan mereka lebih rakus, lebih tamak, lebih serakah, lebih jahat dan zalim didalam merosakkan kehormatan dirinya dan Agamanya, dibanding dua ekor serigala yang dilepas di kerumunan kambing.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
مَاذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ
"Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya."
Ingatlah wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin !
Kesenangan dunia, Keindahannya, Kenikmatannya dan Kelezatannya hanyalah sesaat, ia pasti hilang, pasti hancur dan semua manusia pasti akan kembali kepada Allâh Azza wa' Jalla.
Oleh kerana itu, wahai kaum Muslimin !
Bertaubatlah kepada Allâh swt sebelum kematian datang !
Bertaubatlah kepada Allâh swt sebelum semua dihisab pada hari Kiamat !
Gunakanlah waktu sepenuhnya untuk Beribadah kepada Allâh swt.
Yang kita cari sebenar-benarnya adalah AKHIRAT. Maka segeralah Bertaubat kepada Allâh swt dan berlumba-lumbalah untuk meraih Syurga dengan IMAN, ILMU dan AMAL SOLEH.
Allâh Azza wa' Jalla berfirman;
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Rabb-mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
(QS. Ali ‘Imrân : 133)
Ayat-ayat dan hadits-hadits yang menjelaskan tentang hinanya dunia, bukan bererti dengan itu kita meninggalkan bahagian kita didunia ini.
Allâh Azza wa Jalla berfirman;
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allâh kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allâh telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allâh tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”
(QS. Al-Qashash : 77)
Ambillah yang kita perlukan didunia ini dan carilah Nafkah !
Allâh Azza wa' Jalla menjadikan dunia ini sebagai kehidupan. Kita memerlukan makan, minum, tempat tinggal dan pakaian. Kita harus mengambil sebab-sebab yang dapat mengangkat perkara Agama ini, walaupun kita menjauhkan diri-diri kita dari hal-hal yang membinasakan didunia.
Begitu juga dunia ini merupakan kesempatan untuk Beramal. Bukan bererti kita hanya duduk saja, tidak Beribadah dan menunggu Ajal. Tetapi dunia adalah kesempatan untuk Beramal dan Beribadah untuk bekal menuju Negeri Akhirat. Dunia ini hanya sekejap, jadikanlah ia untuk Ketaatan.
Siang dan malam terus berputar, maka teruslah kita menuntut Ilmu Syar`i, melakukan amal-amal soleh dengan IKHLAS dan Ittiba' dan terus berdzikir mengingat Allâh swt.
Kita harus berlumba-lumba melaksanakan Ketaatan kepada Allâh swt dan berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya yang sesuai dengan Sunnah.
Allâh swt berfirman dalam menyifati para Nabi عليهم الصلاة والسلام,
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
"Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.”
(QS. Al-Anbiyâ` : 90)

( Sumber dari TASAWUF FALSAFI )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan