TUA ITU SATU ANUGERAH

 


TUA ITU SATU ANUGERAH

*JANGAN takut dan gelisah*
Menjadi Tua kerana Tua itu suatu
*KEPASTIAN.*
*JANGAN khuatir* menjadi Tua kerana Tua itu bukan Hukuman.
*Berbahagialah* menjadi Tua kerana Tua itu ANUGERAH terindah dari Tuhan.
*BERSYUKURLAH kita merasakan Tua,* kerana mereka yang Mati Muda tidak Merasakan Hari Tua.
*BERSYUKURLAH kita Merasakan Tua,* kerana kita diberikan kesempatan untuk bertaubat dan banyak membawa bekal.
*BERSYUKURLAH kita Merasakan Tua,* kerana banyak waktu untuk merasakan kebersamaan dengan keluarga, dengan sesama sahabat, dengan alam, bahkan kebersamaan dengan Allah SWT.
*MENJADI Tua* dan *Mati* adalah sebuah kepastian,
*BERANI menghadapinya dengan Ikhlas* dengan *melakukan hal terpuji dan bermanfaat bagi diri, keluarga, sahabat serta masyarakat* adalah sebuah tindakan *AKHLAK MULIA YANG BIJAKSANA.*


PERINGATAN UNTUK KESEDARAN USIA 40TAHUN*
"Berhati-hatilah ketika di usia 40 tahun"
Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula 'DIUJI SEBERATNYA' (untuk mencapai Ketenangan Jiwa selamanya).
Ujian boleh datang daripada ibubapa (Jatuh sakit, kematian) atau dari pasangan hidup (Perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang mula meningkat remaja atau Hawa Nafsu kita yang telah menjadi Raja dihati kita.
Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita untuk pulang dan bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk seperti Ujian, kerana hanya dengan itu sajalah kita akan kembali BERSERAH DIRI dan memohon pertolonganNya.
Orang yang BIJAK akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan saudaranya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya, menjaga diri dari mencintai dunia berlebihan dan takut akan kematian. Semua itu dilakukan dengan niat mahu berkumpul bersama di syurgawi nanti.
Orang yang kurang bijak tetap akan terleka dan langsung tidak pernah membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua sudah mula bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan, dia pula sibuk mencari masalah baru atau sibuk mengejar keduniaan.
Di usia 40 tahun ini akan menjadi lebih menarik apabila Al-Qur'an didalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebutkan tentang itu.
Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
Ada segelintir golongan yang sudah pun berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun yang masih memikirkan keduniaan semata-mata.
Alangkah baiknya jika sudah berumur, masa itu di isi untuk mendengar Kuliah Agama, Mengkaji Al-Qur'an, Membaca Sejarah-Sejarah berkenaan dunia Islam, Ibadat di Masjid atau rumah, menunaikan Umrah atau Haji dan sebagainya.
Ada yang merasakan dirinya masih muda belia dan masih melayan Hawa Nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban sudah pun tumbuh merata.
Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang Halal dibiar berantakan, dan sibuk mengejar duniawi sedangkan Cahaya Agama Islam dibiarkan gelap gelita.
Ada yang merasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah pun meninggal dunia. Kadangkala tanpa disangka itu semua hanya menjadi bahan cerita dan sekadar bersembang;
"Ehhh ! tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain sedang bersiap untuk bertemu dengan Tuhan, kita masih terleka dibuai perasaan akibat tertipu dengan Hawa Nafsu sendiri.
Nafsu memang tidak pernah mengenal erti tua, ia akan sentiasa muda dan hebat, jadi yang semakin lemah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita. (Nafsu telah lama mengkhianati diri kita, jadi janganlah biarkan ia terus mengkhianati kita selamanya).
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih terleka dan juga menjadi lebih degil untuk menyahut panggilan pulang kepada Maha Pencipta.
Sehinggalah tibanya disaat Roh kita nanti diheret dan diseret kembali menghadap kehadapan Tuhan.
Kita hidup didunia ini tidaklah lama, hanyalah sementara saja dan dunia ini hanyalah bayangan bagi kita sahaja, sedangkan kita semua akan menuju ke Negeri Akhirat yang Kekal Abadi.
Rasulullah sallallaahu alaihu wasallam telah bersabda;
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang boleh melampaui umur tersebut”.
(HR. Ibnu Majah : 4236)
Kalau sekarang kita merasa 40 tahun atau 70 tahun itu terlalu lama, begitu jugalah setelah kita melalui Alam Barzakh atau Akhirat juga kita akan dibangkitkan dan kita akan merasai hidup didalam waktu yang sangat lama, seperti;
SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN
Ingat ! ketika itu tidak ada yang berguna kecuali AMAL baik dan PENYERAHAN DIRI kita kepada Allah swt.
Dan jangan lupa, apabila umur kita telah mencecah usia 40 tahun, jika kita tidak mampu untuk berubah menjadi yang lebih baik, maka ketahuilah bahawa, kita akan tetap kekal dengan sikap dan perangai kita sebegitu sampailah kita menuju Kematian (Tidak akan pernah berubah sampai bila-bila).
Seperti pesan Allahyarham Guru saya,
"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA, PASTI SUATU HARI NANTI IA AKAN BERUBAH UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK. YANG TIDAK BOLEH BERUBAH HANYALAH HAIWAN YANG TELAH TERSESAT DARI DIRINYA SENDIRI"
"HIDUP BUKANLAH UNTUK MENILAI SIAPA MENJADI ORANG BAIK, TETAPI ADALAH UNTUK MELIHAT SIAPA YANG TELAH MENJADI PALING TERBAIK SEPANJANG KEHIDUPANNYA"
Oleh kerana itu,
Lihatlah diri Anda sekarang, sudahkah Diri anda mempersiapkannya untuk BERSERAH DIRI dan kembali kepada ALLAH SWT ???
Ramai yang mampu BERIMAN, tetapi tidak ramai pula yang mampu BERSERAH DIRI kepada Allah swt.
Allah ta’ala berfirman;
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”.
(Al-Hasyr : 18)
Maka dari itu, marilah kita mendekatkan Diri kepada Allah swt yang sememangnya Dia telah lama bersama kita dari Alam Roh lagi, tetapi kitalah yang sering menjauhkan diri daripadaNya dek kerana terpedaya dengan Hawa Nafsu yang menghancurkan Iman Diri Sendiri.
Kembalilah BERSERAH DIRI kepada Allah swt sebelum Roh kita sampai dikerongkong, kerana pada ketika itu segala Pintu Taubat telah pun tertutup buat selama-lamanya, itulah yang dikatakan,
"PENYESALAN Sebenar-benarnya PENYESALAN"
'Dia jauh tidak berjarak, Dia dekat tidak bersentuh'
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan