RUKUN KA'ABAH DAN RAHSIANYA

 


RUKUN KA'ABAH DAN RAHSIANYA*

Terdapat empat Rukun Ka'abah yang mempunyai nama-nama tersendiri dan penanda bagi setiap sudut, iaitu;
* RUKUN HAJAR ASWAD
Hajar Aswad terletak pada Penjuru yang menghala ke arah TIMUR dan dikenali sebagai Penjuru Aswad.
Ia merupakan tempat penanda permulaan dan penghabisan setiap pusingan Tawaf. Di mataf yang sejajar dengan Penjuru Aswad kelihatan lampu berwarna hijau yang boleh dijadikan penanda permulaan Tawaf.
Jemaah akan Beristilam sambil menyebut "Bismillahi Allahu Akbar x3 Walillahilham" ketika memulakan setiap pusingan Tawaf.
Di Penjuru Aswad juga kelihatan tulisan kaligrafi dengan lima Kalimah الله أكبر bersulam emas pada Kiswah. Bersebelahan dengan Hajarul Aswad terdapat satu bahagian yang merupakan tempat Mustajab Doa iaitu Multazam. Ia terletak diantara Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah.
Seperti kebiasaannya kawasan ini menjadi sangat sesak kerana ada yang berasak untuk mencium Hajarul Aswad. Ada juga yang melakukan Solat Sunat di kawasan berhampiran Pintu Ka'abah dan Maqam Ibrahim.
Maqam Ibrahim bukanlah Maqam Nabi Ibrahim as tetapi adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika mengangkat batu sewaktu pembinaan ka'abah.
Ketika melakukan Tawaf Umrah, elakkan dari memegang Maqam Ibrahim, Ka'abah, Hijir Ismail mahupun Kiswah walaupun disunatkan mencium Hajarul Aswad kerana dikuatiri terlanggar larangan Ehram.
* RUKUN IRAQI
Dinamakan sebagai Rukun Iraqi kerana terletak diposisi yang menghala ke arah Negeri IRAQ. Maqam Ibrahim terletak antara Penjuru Aswad dan Penjuru Iraqi ini.
Kiswah di penjuru ini kosong tanpa sebarang tulisan kaligrafi sulaman emas.
Di sudut itu juga terdapat satu pintu Hijir Ismail yang jarang dibuka kepada jemaah dan kebiasaannya akan ada seorang askar yang menjaga kawasan tersebut. Kenapa pintu ini ditutup tidak dapat dikenal pasti.
* RUKUN SYAMI
Rukun Syami adalah sudut yang menghala ke arah Negeri SYAM. Diantara Penjuru Iraqi dan Penjuru Syami ini terletaknya Hijir Ismail dan diatasnya terletak pancuran emas yang juga salah satu tempat Mustajab Doa.
Ramai yang akan mencuba nasib untuk memasuki Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Ka’abah seperti yang dipetik dari Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud;
Aisyah ra berkata ; “Saya ingin memasuki Baitullah untuk mendirikan solat di dalamnya, maka Rasulullah saw pun memegang tangan saya dan membawa saya masuk ke dalam Hijir serta bersabda : “Solatlah di dalam Hijir ini jika engkau ingin masuk ke dalam Baitullah kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada Baitullah.”
Kawasan Hijir Ismail ditandakan dengan tiga lampu hijau di kiri, kanan dan tengah lengkukan kepungan separa bulat berbatu marmar setinggi satu meter lebih.
Terdapat dua pintu di Hijir Ismail, bagaimanapun hanya pintu di Penjuru Syami sahaja yang dibuka untuk keluar dan masuk jemaah.
Jika melakukan Tawaf Sunat, dianjurkan agar melakukan Solat Sunat Mutlak ketika berada didalam Hijir Ismail atau pun cukup sekadar Berdoa semahunya. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mencium Kiswah untuk menikmati kewangian Kiswah tersebut.
* RUKUN YAMANI
Rukun Yamani atau lebih sering dikenali sebagai Penjuru Yamani, kerana ia menghala ke arah Negeri YAMAN. Terletak di posisi sejajar dengan Hajar Aswad.
Mudah untuk mengecapnya kerana terdapat kaligrafi dengan sulaman emas bersambung lurus hingga ke atas.
Sunnah menyentuh Penjuru Yamani sekiranya melakukan Tawaf Sunat. Kawasan ini juga dikatakan sebagai kawasan Mustajab Doa.
Bila melalui Rukun Yamani, bacalah;
رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَة حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surat Al-Baqarah : 201)



*** RAHSIA KA'ABAH ***
Mempunyai empat Rukun yang menjadi Arah Kiblat dan disinilah akan terjadinya tempat SASARAN mereka dan juga tempat FITNAH yang paling besar ! untuk mereka menghancurkan segalanya. seperti;
- Rukun IRAQI
- Rukun SYAMI
- Rukun YAMANI
- Rukun HAJAR ASWAD
Empat Rukun ini mempunyai maksud tersendiri dan mempunyai sejarah yang terjadi dari dulu hingga kini.
~ RUKUN IRAQI
Ini menghala tepat ke Negeri Iraq dimana pada tahun 2003, tercetusnya peperangan akibat PENGGULINGAN KERAJAAN, dimana Perdana Menterinya “SADDAM HUSSEIN” telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ini kerana terjadinya SASARAN dan FITNAH, hasil dari campur tangan dari pihak luar (AS) yang telah mengorbankan nyawa hampir 200,000 orang.
~ RUKUN SYAMI
Ini telah mula menjadi konflik peperangan terbesar di Palestina dari dua Parti Fatah dan Hammas. Pada ketika itu Hammas dilabelkan sebagai Pengganas yang terbesar, dan ketika Hammas memenangi pilihanraya, mereka tidak boleh berada didalam perundingan rasmi dan berlakulah bermacam tuduhan Isis dan sebagainya.
Sekali lagi telah menjadi SASARAN dan FITNAH. Akibat dari campur tangan pihak luar (AS), sehingga kini hampir 1,000,000 nyawa yang telah terkorban dan akibat itu juga 12,000,000 penduduk asal telah menjadi pelarian.
~ RUKUN YAMANI
Pula telah ada Kebangkitan "Arab Spring" pada 2011 dan apabila rakyat menolak kepimpinan Perdana Menterinya iaitu Ali bin Abdullah Salleh.
Perubahan kuasa beralih ke Hadi dan membawa keburukan terbesar negara yang mengakibatkan serangan militan, rasuah dan catuan makanan.
Sekali lagi telah menjadi SASARAN dan FITNAH akibat dari campur tangan pihak luar (AS).
Krisis kebuluran ini mengakibatkan lebih 15,000,000 penduduk memerlukan bantuan daripada negara luar. Lebih 600,000 nyawa telah terkorban.
~ RUKUN HAJAR ASWAD
Negara Islam yang menghala tepat ke Rukun atau Penjuru ini adalah;
Dulu dipanggil Nusantara,
a) MALAYSIA
b) SINGAPORE
c) BRUNEI
d) INDONESIA
Kita kini telah berada didalam gelombang KEBANGKITAN UMAT !!!
Akibat kita sedang mengalami krisis peralihan kuasa kerajaan dan politik, juga dengan masalah-masalah lainnya seperti;
Hasutan dan tipu daya wahabi, syiah, kristiani, fahaman atheis, lgbt, liberal, agenda-agenda jahat barat, freemason, Illuminati, komunis, juga Pengkhianat Agama/Bangsa/Tanahair dan pelbagai lagi yang telah berlaku didalam negara kita tanpa kita sedar !
Mereka terus menyerang dari pelbagai sisi dari luar mahupun dalam dengan tipu daya dan hasutannya dan terus menyerang kaum ASWJ tanpa henti-henti !
Walaupun kita sedang mengalaminya, harus di ingat !
“KITA MASIH TERHINDAR DARI MUSIBAH YANG MEMBAWA KEHANCURAN SELAGI KITA BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA ISLAM DAN BERTAUHID KEBENARAN”
Adakah kita mahu menjadi senasib Saudara Islam kita ???
Atau kita yang sebenarnya telah lama menjadi SASARAN dan FITNAH AKHIR ZAMAN tanpa kita sedar dek kerana akal kita telah dipesongkan oleh mereka dari melihat yang HAKIKAT dan gagal mencapai KEBENARAN ???
Sedarlah ! Bangkitlah ! sebelum TERLAMBAT !
Jangan sampai tersasar dari landasan KEBENARAN.
Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian,
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.
Susunan yang sangat cantik dari ciptaan yang Maha Kuasa. Sungguh penuh Rahasia dan Persoalan. Apakah akan ada KEBANGKITAN yang akan membawa PANJI HITAM DARI TIMUR ?
“Hanya bagi mereka yang MENCARI akan KETEMUI, hanya yang MEMBACA akan MEMAHAMI dan hanya yang MENGALAMI akan dapat MERASAI"
Nyiur manis baru gugur,
Dibawa nyonya keluar pagar,
Jasad menangis dipintu kubur,
Menyesal didunia tidak belajar.
Burung merpati didalam sangkar,
Baru sepurnama dapat dijerat,
Kalau kita rajin belajar,
Ilmu berguna banyak didapat.
BANI TA’MIM ~ BANGSA BERTAUHID !

( Sumber dari Syeh Haqtullah )

 


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

3 comments:

  1. kedudukan asal Hajar Aswad adalah di Rukun Iraqi

    xii) - Muhyi Al-din Al-Nawawi dalam Syarah Muslim: Jilid 8 halaman 94-95, berkata: (... dan apa yang dimaksudkan dengan antara kedua-dua Rukun Yamani adalah Dinding Yamanian dan penjuru yang ada padanya Hajar Aswad, dan ia dikenali sebagai Rukun ‘Iraqi kerana menghadap ke arah Iraq. dan dipanggil kiblah Al-Yamani kerana ia menghadap ke arah Yaman, dan keduanya dipanggil Al-Yamanian. bagi nama-nama yang biasa... Para ulama berkata: dua penjuru yang lain yang selepas Hajar Aswad dipanggil Rukun Syami kerana mereka menghadap ke arah Al-Syami. Mereka berkata, maka kedua-dua Rukun Yamani yang bukan di Makam Ibrahim (as), tidak seperti dua Rukun Syami, itulah sebabnya sebabnya ia tidak diterima, dan kedua-dua Rukun Yamani telah diterima untuk yang selain Makam Ibrahim (as). Selain itu, Rukun ‘Iraqi yang dari kedua-dua Rukun Yamani telah dikhususkan dengan keutamaan yang lain iaitu Hajar Aswad yang telah dikhaskan keutamaannya untuk beristilam, menciumnye dan meletakkan dahi padanya, tidak seperti Rukun Yamani. Dan Allah lebih mengetahui...)

    xiii - Jalaludin Al-Siyuti dalam Al-Dibaj 'ala Muslim: jilid 3, halaman 280, berkata: (... melainkan dua Yamani (dinding Al-Yamanain), dan iaitu Rukun Yamani, dan penjuru yang ada padanya Hajar Aswad dan ia dipanggil Rukun ‘Iraqi kerana ia menghadap ke arah Iraq, dan [yang satu lagi] menghadap ke arah Yaman, telah menjadi kebiasaan atas keduanya)

    Semua perkara-perkara ini menunjukkan ke arah satu urusan (amr), dan iaitu Penyelamat yang akan datang di Akhir Zaman, atau yang diisyaratkan oleh Daud dalam Mazmur sebagai Batu Penjuru yang datang dengan nama Tuhan.

    (...........(19) Bukakan aku pintu gerbang Rumah TUHAN, agar aku masuk dan bersyukur kepada-Nya.
    (20) Inilah pintu gerbang TUHAN, hanya orang jujur boleh melaluinya.
    (21) Aku memuji Engkau, sebab Engkau mengabulkan doaku; Engkau telah memberi aku kemenangan.
    (22) Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan, telah menjadi batu penjuru.
    (23) Itulah perbuatan TUHAN, sungguh mengagumkan bagi kita.
    (24) Inilah hari yang ditentukan TUHAN; mari kita rayakan dengan gembira.
    (25) Kami mohon, TUHAN, selamatkanlah kami, ya TUHAN, berilah kami kemenangan!
    (26) Diberkatilah dia yang datang atas nama TUHAN, kami berkati kamu dari Rumah TUHAN.) [8]

    BalasPadam
  2. Dan untuk memberi lebih penekanan bahawa apa yang dimaksudkan dengan Batu Penjuru di dalam Taurat dan dalam Injil adalah Penyelamat yang datang di Akhir Zaman dan di Iraq dan dia adalah Qa'im Al-Haq (Penegak Kebenaran), saya akan ceritakan pengelihatan (ru’ya) ini yang dilihat oleh raja Iraq pada zaman Nabi Daniel (as​​), dan Nabi Daniel (as) mentafsirkannya dan ianya hampir tidak memerlukan sebarang penjelasan:

    Dan ini adalah Nabi Daniel (as) berkata kepada Raja Iraq ketika beliau memberitahu pengelihatannya (ru’ya) dan beliau mwntafsirkannya kerana ia wujud di dalam Taurat sekarang:

    (............(31) Inilah penglihatan yang Tuanku lihat: Di depan Tuanku ada sebuah patung! Patung itu amat besar, dan berkilau-kilauan tetapi rupanya sangat mengerikan.
    (32) Kepalanya terbuat dari emas murni, dada dan lengannya dari perak, pinggang dan pinggulnya dari tembaga,
    (33) pahanya dari besi dan kakinya sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat.
    (34) Ketika Tuanku sedang menatapnya, sebuah batu besar terlepas dari tebing, tanpa disentuh orang, lalu menimpa patung itu pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk.
    (35) Pada saat itu juga seluruh patung itu roboh dan menjadi timbunan besi, tanah liat, tembaga, perak, dan emas yang telah hancur lebur seperti debu di tempat penebahan gandum di musim panas. Timbunan itu beterbangan ditiup angin, sehingga tak meninggalkan bekas apa pun. Tetapi batu yang merobohkan patung itu menjadi sebesar gunung dan memenuhi seluruh bumi.
    (36) Itulah mimpi Tuanku, dan sekarang hamba akan menerangkan artinya.
    (37) Yang mulia Tuanku adalah raja dari segala raja; Tuankulah yang paling berkuasa. Allah di syurga telah memberikan kepada Tuanku kerajaan ini, kekuasaan, kekuatan dan keagungan.
    (38) Tuanku dijadikan-Nya penguasa atas bagian dunia yang berpenduduk dan atas segala burung dan binatang lainnya. Tuanku sendiri adalah kepala emas pada patung itu.
    (39) Tetapi setelah kerajaan Tuanku berakhir, akan muncul kerajaan lain yang tidak sebesar kerajaan Tuanku. Kemudian muncullah kerajaan ketiga yang dilambangkan oleh bagian dari tembaga pada patung itu, yang akan menguasai seluruh dunia.
    (40) Berikutnya akan muncul kerajaan keempat, yang sekuat besi. Dan seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan apa saja, begitu pula kerajaan yang keempat ini akan meremukkan dan menghancurkan kerajaan-kerajaan yang lain itu.
    (41) Kaki dan jari-jari kaki patung yang sebagian dari tanah liat dan sebagian besi itu, menunjukkan bahwa di kemudian hari kerajaan itu akan terbagi-bagi. Kerajaan itu ada kekuatannya juga karena tanah liat itu ada campuran besinya.
    (42) Jari-jari kaki yang sebagian dari besi dan sebagian dari tanah liat berarti bahwa ada bagian kerajaan yang kuat dan ada juga yang lemah.
    (43) Campuran besi dengan tanah liat itu menandakan juga bahwa kerajaan itu akan berusaha memperkuat diri dengan mengadakan kawin campur, tetapi usaha itu sia-sia, seperti besi pun tidak dapat bersenyawa dengan tanah liat.
    (44) Pada masa pemerintahan raja-raja itu, Allah di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang akan bertahan selama-lamanya dan yang tak akan dikalahkan oleh bangsa mana pun. Kerajaan itu akan menghancurleburkan segala kerajaan yang lain itu.") [9]

    BalasPadam
  3. Oleh itu Al-Hajar (Batu), atau Penyelamat yang memusnahkan haikal batil dan pemerintahan Taghut (Penindas) dan Syaitan di Bumi ini akan berlaku semasa pemerintahannya yang benar dan adil di bumi ini akan datang (terjadi) pada Akhir Zaman, dan akan datang (terjadi) di Iraq seperti penjelasan pengelihatan (ru’ya) oleh Daniel, dan dia adalah Batu yang memusnahkan patung atau pemerintahan Taghut (Penindas) dan "Ana" (keAkuan), yang mana bukan Isa (as) atau Daud (as) yang telah diutus di Iraq mahupun di Akhir Zaman, jadi kedua-duanya tidak boleh menjadi apa yang disebut Batu Penjuru. Sebaliknya, ia telah dijelaskan dengan kejelasan penuh daripada semua yang yang telah dibentangkan bahawa Batu Penjuru dalam agama Yahudi dan Kristian adalah Hajar Aswad yang sama Batu Hitam yang diletakkan di penjuru (luar) Rumah Suci Allah di Makkah.

    Jadi Hajar Aswad Hitam yang diletakkan di penjuru Rumah Allah, dan yang merupakan tajalli dan lambang (simbol) untuk satu yang mewakili Persetiaan dan Perjanjian, dan adalah Batu Penjuru yang sama yang telah disebut oleh Daud dan Isa as, dan dia adalah Hajar Aswad yang sama yang akan membinasakan kerajaan Taghut (Penzalim) seperti yang disebutkan di dalam Kitab Daniel (as ​​), dan dia adalah Qa'im Keluarga Muhammad atau Imam Mahdi pertama yang datang di Akhir Zaman seperti yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah Muhammad (S) dan Ahli Baitnya (as)


    والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Dan salam kepada kamu, dan rahmat Allah, dan Keberkatan-Nya.

    http://kuunuuansarullah.blogspot.com/search?q=hajar+aswad



    -----------------------------------------------

    https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313

    http://almahdyoon.org/

    http://www.saviorofmankind.com/

    http://kuunuuansarullah.blogspot.com/search?q=wasiat

    https://www.facebook.com/PenaKosmos/
    —————————————————

    Diskusi Voice Chat Bahasa Arab di telegram
    https://t.me/MahdiMedia10313

    Diskusi Voice Chat English di telegram
    https://t.me/MahdiMediaEn10313

    BalasPadam