MAKAM RASA

 


MAKAM RASA

Orang yang Alim Billah itu ialah orang yang Mengenal Dzat Allah, SifatNya dan AsmaNya, serta Afa’alNya. Allah menyertai Ilmunya dan mereka amalkan dengan tekun apa yang mereka ketahui tanpa cacat.
Mustahil orang yang memusuhi Ilmu Tasawwuf, Sufi dan Tarikat mampu berbicara tentang Sufi dengan Adil dan betul, tidak ubah seperti orang yang tidak pernah berkahwin mahu berbicara tentang kenikmatan hubungan suami isteri. Masakan ia mampu!
Kosongkan hati dalam berbagai keinginan, kosongkan fikiran dari khayalan dan lamunan, kerana dalam kekosongan itu terkumpul segala kenikmatan.
Laksana Burung, Roh terkurung dalam Sangkar. Kerana Sangkar itu kuat maka Burung terpaksa terkurung di dalam Sangkar yang sempit dan menyeksa. Sebaliknya kalau Burung lebih kuat dari Sangkar, Burung akan dapat memecahkan Sangkar dan dapat Terbang Bebas ke seluruh Alam. Demikianlah kalau Roh kita lebih kuat dari Nafsu dan Syaitan, Roh dapat menundukkan Nafsu dan Syaitan. Saat itu bukan Jasad lagi yang menguasai Roh tetapi Roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah swt. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara Ghaib.
Bagaimana perjalanan Insan berMakrifatullah? Allah memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Insan terpilih termasuk Rahsia Allah dalam tubuh badan Manusia itu sendiri. Bagaimana kita mahu melihat kekuasaan Allah dalam tubuh badan kita itu? Berbaliklah pada Usul,disitu kamu akan mendapati Asalnya Manusia itu dari Zat, Sifat, Asma' Afa'al Allah Semata. Disinilah Ahli Makrifat akan bersikap Melebur Diri. Maka bermulalah perjalanan Makrifatullah dimana segala Rahsia hijab ketuhanan akan terbuka Makam RASA. Setelah Mengenal Zat, Asma’, Sifat Afa'al Allah,maka berlakulah penyatuan Allah dalam Diri. AKU ADALAH KAU… KAU ADALAH AKU… Makanya bermula perjalanan kewalian sesaorang Insan itu.

BICARA PERINTAH YANG BERSERTA
BARANG BICARA BARANG JADI
KUN FAYAKUN
JADI MAKA JADILAH.

( Sumber dari Group TAUHID ) 
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan