Membezakan antara Ilmuan-Ulama dengan Penceramah-Pendakwah

 



Membezakan antara Ilmuan-Ulama dengan Penceramah-Pendakwah

1. Menurut al-‘Allamah Prof Dr ‘Ali Juma‘ah (mantan Mufti Mesir, ulama besar al-Azhar) dalam kitabnya al-Mutashaddidun, sebahagian umat Islam hari ini dilihat tidak dapat membezakan, atau tidak dapat mengenali, antara ilmuan-ulama sebenar dengan penceramah-pendakwah. Mereka beranggapan bahawa semua penceramah-pendakwah adalah ilmuan-ulama yang layak untuk berfatwa dalam pelbagai urusan agama.
2. Keadaan ini menyebabkan mereka tersilap dalam mengambil hukum-hakam agama daripada bukan ahlinya iaitu ilmuan-ulama. Apatah lagi sebahagian penceramah-pendakwah tersebut telah menggunakan populariti mereka untuk memperdaya orang awam. Mereka digambarkan seolah-olah telah menguasai semua ilmu agama, khususnya hadis, lalu berani mengeluarkan pelbagai fatwa kepada orang awam.
3. Mereka berfatwa secara silap dalam majlis ceramah agama (termasuk dalam media online) yang dihadiri ramai orang, sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Sekalipun bukan semua penceramah-pendakwah begitu, tetapi sikap sebahagian penceramah-pendakwah tersebut telah menyebabkan tersebarnya fitnah sama ada kepada umat Islam dan juga kepada penceramah-pendakwah yang benar.
4. Malah telah tertanam dalam fikiran sebahagian umat Islam bahawa nama-nama tokoh tertentu adalah ilmuan-ulama, sedangkan tokoh tersebut adalah penceramah-pendakwah biasa. Mereka menyangka penampilan (seperti kepetahan berkata-kata dll) dan populariti (seperti ramai pengikut dll) adalah bukti keilmuan penceramah-pendakwah itu. Justeru, penceramah-pendakwah lebih dipercayai daripada ilmuan-ulama.
5. Oleh itu, kita akan melihat ramai orang awam kini berpusu-pusu mendatangi penceramah-pendakwah dan sangat sedikit mendatangi ilmuan-ulama. Sayidina Ibn Mas‘ud RA pernah berkata, sekarang (zaman tersebut) ramai ilmuan-ulama dan sedikit pencemarah, namun akan datang sedikit ilmuan-ulama dan banyak penceramah. Imam Ibn al-Jawzi pula menjelaskan, penceramah pada zaman itu adalah para ilmuan-ulama.
6. Kemudian selepas itu, timbul pelbagai majlis yang diisi oleh orang jahil. Mereka digemari oleh orang awam dan orang perempuan. Akhirnya kebanyakan umat Islam tidak belajar ilmu agama dari ilmuan-ulama, tetapi sekadar mendengar kisah atau cerita lucu yang tidak membina keilmuan daripada para penceramah di atas nama majlis agama. Nukilan ini perlu dijadikan pengajaran oleh umat Islam sekarang.
7. Sebagai rumusannya, kita perlu memahami dan meletakkan kedudukan yang betul antara ilmuan-ulama sebenar dengan penceramah-pendakwah. Rujukan umat Islam dalam urusan agama adalah ilmuan-ulama, dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, tidak dinafikan penceramah-pendakwah juga mempunyai peranan yang penting kepada masyarakat, tetapi pastikan mereka berada pada kapasiti yang betul.

( Sumber dari Muhammad Rashidi )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan