Kematian.

WAKTU TERUS BERJALAN
Karya : Hikmah Wati.
Detik demi detik waktu terus berjalan
Usia manusia pun terus berkurang
Kita sedang berjalan menuju satu titik
Ya, titik akhir dari sebuah pengembaraan
Waktu terus berjalan
Manusia berpacu dengan waktu
Sungguh banyak agenda yang harus diselesaikan
Hingga manusia lupa akan titik ahir pengembaraan
Waktu terindah dalam pengembaaraan
Saat manusia sujud merendahkan diri di hadapan Tuhan
Semua yang dimiliki hanyalah sebuah pinjaman
Berupa ujian iman bagi setiap insan
Saat sujud segala keangkuhan ditanggalkan
Semua ego telah dimusnahkan
yang ada, penyerahan diri dalam penghambaan
seluruh jiwa pasrah dalam pemujaan
Waktu terus berjalan
Semua harus dipersiapkan
Bekal
terbaik
menghadap Tuhan
Jangan terbuai dan terlena oleh keadaan
Pangkat dan jabatan
Kemiskinan dan kekayaan
Semua hanyalah bentuk ujian
Kelak semua kita pertanggung jawabkan
Titik akhir pengembaraan
Tidak dapat dipridiksi atau diramalkan
Dia hadir tanpa ada pemberitahuan
Semua ketetapan dalam genggaman Tuhan

Kematian.

Kini... aku dapat suatu ilmu yang sangat mahal. Suatu kebenaran yang tidak mampu disangkal dan dipatahkan. Suatu hal yang pasti akan dilalui kelak bila tiba masanya. Benarlah seperti disabdakan :
كفى بالموت واعظاً
Cukuplah kematian itu menjadi peringatan.
Jikalau direnung, sungguh benar ianya menjadi suatu nasihat dan peringatan. Jikalau insan biasa yang pergi pun boleh menjadi nasehat, apatah kalau orang yang soleh, atau para kekasih Allah. Pasti banyak nasihat yang kita boleh sematkan di dalam jiwa.

10 Pedoman untuk kita sematkan.
Daku sematkan catatan ini untuk sematan bersama agar kita sama-sama mengambil manfaat. Juga peringatan buat diri.
1) Tanda murid yang siddiq itu apabila diiktiraf oleh guru. Dibanggakan dan disebut-sebut guru. Apatah selepas pemergiannya. Semasa hidup, ada murid yang sentiasa dimarahi, namun tetap cinta di dalam hati si guru. Namun ada juga murid yang mendapat layanan istimewa, namun cinta kepada murid tiada dalam hati si guru. Namun, kematian murid itu akan menjadi suatu dalil bagaimana cintanya guru kepada si murid.
2) Dikenali orang ramai di bumi tidak penting. Namun dikenal oleh penduduk langit itu menjadi tanda amal soleh yang diterima. Mastur di dunia namun masyhur di langit sana. Kerana usaha mengetuk pintu langit itu sangat sukar dibandingkan mengetuk pintu makhluk.
3) Alam mengenal setiap hamba Allah yang soleh. Sehingga memberikan penghormatan ketika hidup dan pemergiannya. Justeru itu tidak hairan jika awan pun berkumpul, matahari pun mendung, angin pun membelai. Seolah-olah memberi suatu isyarat kepada peristiwa.
4) Cintailah ilmu. Apatah ilmu yang menyelamatkan. Apakah ilmu yang menyelamatkan itu? Iaitu ilmu yang membersihkan ananiah diri, dan membawa kepada kedekatan Allah dan Rasul.
5) Hidup mereka yang dibimbing oleh guru sangat berbeza. Mereka bukan sahaja dibimbing ketika hidup, namun dengan cahaya bimbingan itu akan menjadi bekal di alam sana. Hanya guru yang ada autoriti dalam mentarbiah mampu membimbing mereka. Sehingga mereka menjadi insan istimewa.
6) Cari dan kejarlah guru walau di mana jua. Himmah dan quwwah dalam perguruan adalah suatu bukti kesungguhan dalam mencari ilmu, tekun dalam berguru menghasilkan ilmu yang kukuh dan teguh, dan muzakarah dengan guru itu menjernihkan kekeruhan.
7) Kedudukan seorang hamba itu ditentukan pada pengakhiran. Jangan disangka orang biasa itu biasa-biasa. Kerana ramai 'Uwais al Qarni' di bumi ini. Yang pakainya biasa, makannya tidak mewah, rumahnya kecil, tidak terkenal. Tapi sangat disayangi Allah dan Rasul.
8) Bagi mereka yang sudah merasai kelazatan alam rohani, jiwa mereka sudah tawar dengan dunia. Sehingga merasai apa yang ada di sekeliling secukupnya sahaja.
9) Zuhud itu pada hati dan bukannya pada zahir. Ada ramai orang yang ada kemewahan pada zahirnya tapi miskin pada hatinya. Dan berbeza sebaliknya. Sukakan dunia kerana menikmati kurniaan Allah itu adalah jalan ibadah pada ahli syakirin.
10) Perpindahan roh menuju Allah lebih manis sehingga lebih disukai para arifin. Kerana itu ramai kisah yang menyebutkan golongan ini akan memilih kematian jasad agar dapat menikmati kenikmatan yang lebih besar dan hakiki.

( Sumber dari Shikh Muhammad Norhashim )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan