Guru Mursyid Pewaris Rasulullah

Guru Mursyid Pewaris Rasulullah

PENJELASAN GURU MURSYID

Di celah-celah manusia kota itu, ramai yang tidak menyedari bahawa diantara mereka itu adanya GURU-GURU yang TERSEMBUNYI.
Mereka DISEMBUNYIKAN oleh ALLAH swt.
Tugas mereka didunia ini hanyalah tugas-tugas tertentu yang ditakdirkan sahaja, cuma sedikit saja peranan mereka didalam masyarakat dunia. Mereka tidak berpangkat dan tidak juga terbilang atau terkenal dikalangan penduduk dunia. Tetapi Allah swt mengenali mereka.

ÙˆَالَّØ°ِينَ Ù‡ُÙ…ْ Ù„ِØ£َÙ…َانَاتِÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَعَÙ‡ْدِÙ‡ِÙ…ْ رَاعُونَ
"Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya."
(Al-mu'minun : 8)

Guru-Guru Tersembunyi itu bukanlah seorang Ustaz, Imam atau Ulama, kerana mereka ini belajar dari manusia lain untuk mendapatkan sesuatu ilmu.
Guru-Guru Tersembunyi ini mereka pula Berguru dengan Para Malaikat-Malaikat yang ada pada diri mereka dan belajar dari Hakikat Alam. Setelah ratusan Hijab-Hijab JIWANYA disingkapkan oleh
Allah swt.

Dari Ummu Salamah ra, Rasulullah saw bersabda;
"Apabila dikehendaki oleh Allah kebajikan pada seorang hamba, niscaya dijadikan-Nya orang itu memperoleh pelajaran dari qalbunya."
(HR. Abu Manshur Ad-Dailamy)

Dengan menyalanya 'Ruhul Qudus' didalam Qalbunya, hal ini mengakibatkan INSAN itu menjadi Fitrah AIlah swt. Ia Redha kepada Allah dan Allah Redha kepadanya. Segala yang dilakukannya bukan lagi berdasarkan Hawa Nafsunya, tetapi merupakan tuntunan dari Allah swt.

(Hadits Qudsi) Allah swt berfirman, yang ertinya;
"Barang siapa memusuhi seorang Wali-Ku, maka Aku mengumumkan perang kepadanya. Dan apabila Hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku cintai dari hanya sekedar mengamalkan apa-apa yang telah kuwajibkan atasnya, kemudian ia terus menerus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan yang nawafil (yang baik-baik), hingga Aku mencintainya. Maka apabila ia telah Kucintai, adalah Aku pendengarnya bila ia mendengar, dan Akulah penglihatannya bila melihat, dan Akulah tangannya bila ia mengambil (melakukan sesuatu), dan Akulah kakinya bila ia berjalan. Demi jika ia memohon kepada-Ku, niscaya Aku perkenankan permohonannya, dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi dia.
(HR. Bukhari dari Abu Hurairah ra)

Guru-Guru Tersembunyi itu juga tidak akan pernah mengenakan bayaran atas apa jua khidmat mereka (Ikhlas hanya kerana Allah), kecuali menerima sedekah yang diberi SEIKHLAS HATI, sebanyak mana dia terima, sebanyak itu juga Allah swt menilai sipemberi.
Guru-Guru Tersembunyi itu punyai Rahsia-Rahsia tertentu yang tidak terdapat dimana-mana Ustaz, Imam dan Ulama, hanya Allah swt sahajalah yang Maha Mengetahuinya.

Mereka adalah golongan yang sangat sedikit. Gerak mereka adalah gerak Allah, dan bila tiba saat dan ketikanya, mereka tidak bergerak selagi Allah swt tidak mengadakan gerak.
Mereka berpakaian biasa yang serupa dengan kaum masing-masing dan tidak memakai seragam seperti seorang Ustaz, Imam dan Ulama.

Mereka tidak bercerita tentang Karomah diri mereka dan mereka tidak bergerak untuk mencari murid bahkan Allah swt lah yang akan memilih dan akan menghantar murid kepada mereka.
Mereka adalah golongan "Muttaqin" iaitu,
'Kitab Yang Berjalan'
'Kalam Yang Berjalan'
'Bersuara Tanpa Wajah'
'Melihat Tanpa Mata'
'Mendengar Tanpa Telinga'

Orang-orang Muttaqin itu bergerak didalam Adat, diluar Adat, didalam Hukum, diluar Hukum tetapi tetap Beradab pada yang Beradab.

Murid-murid mereka yang baru saja didalam 'Perjalanan Makrifah', mereka pasti akan bertembung dengan manusia, syaitan dan jin terlebih dahulu. (Tidak ada habuan jika tidak diuji Allah swt)
Guru Tersembunyi itu bergelar MURSYID, iaitu seorang Guru yang mempunyai 'ILMU AGAMA' yang paling tinggi dan mempunyai Firasat yang terang, dan jarang keluar dimana-mana media sosial atau masyarakat. Bahkan mereka ini melindungi "Sesuatu" dengan izin Allah swt, dan menjadi sumber rujukan dan tempat untuk meminta nasihat oleh mereka-mereka yang memerlukannya.

Seorang yang MURSYID biasanya adalah orang-orang
HEBAT
dan lazimnya mereka berlakon seperti orang kebanyakan sahaja, malah ada yang seperti orang gila, tetapi kebanyakan mereka ini hanyalah seorang Fakir Miskin.

Terkadang, seorang PENGEMIS adalah seorang MUSYID, supaya ilmu yang ada padanya hanya boleh dipintas oleh mereka yang mempunyai "MATA HATI" yang sangat celik dan akal yang tajam.

Lima ciri-ciri Berguru dengan Guru "Mursyid";
1) Mengubah kita dari sifat baran, menjadi "LEMAH LEMBUT"
2) Menjadikan kita dari kedekut menjadi seorang yang "PEMURAH"
3) Dari seorang yang tidak ada ilmu, dan terus menjadi seorang yang "BERILMU"
4) Menjadikan kita suka "MEMAAFKAN" orang lain
5) Mengubah diri kita dari ahli maksiat menjadi "TAAT" kepada Allah swt

(Kalau kamu dapat bertemu dengan mereka, maka belajarlah dari mereka pesan al-Imam al-Ghazali)
Guru-guru bertaraf MURSYID ini adalah BINTANG dialam langit, menjadi gossip terhangat oleh penduduk-penduduk dialam kayangan, menjadi sebutan makhluk-makhluk yang Ghaib.
Orang yang melalui "PENGALAMAN KETUHANAN" ini, Jiwanya akan selalu berkata-kata dengan Tuhan, pandangan matanya tembus dan Kasyaf.

Mereka yang tiada hutang ini, Rohnya ringan mengembara bahkan dengan jasadnya sekali samada ketika hidup apakan lagi selepas mati.
Mereka-mereka yang berada di Makam yang tinggi ini, mereka boleh berkata-kata dari jarak yang jauh tanpa menggunakan apa-apa alatan dunia ini, malah mampu mengesan lokasi terkini anak muridnya tanpa menggunakan satelit.

Oleh kerana itulah ada MURSYID yang boleh berada serentak pada banyak tempat tanpa diduga.
Untuk mencapai kedudukan Makam ini, seseorang itu haruslah BERSERAH DIRI kepada Allah swt, selalu Berpuasa, selalu berDizkir, Solat malam disaat semua manusia sedang tidur, mensucikan hati dari perkara-perkara keduniaan.

Para Guru MA'KRIFAT ini, lazimnya dia melindungi dirinya dari tidak berpakaian seperti seorang Guru, Beliau akan mengelak berpakaian seperti orang-orang ALIM yang kebiasaannya Berserban, Berkopiah dan seangkatan dengan tanggapan yang kalian semua "Anggapkan".
Adakah sebenarnya kita mahu mencari ILMU atau terpedaya dengan Ilmu dari perwatakan INDAH kesan dari jasadnya (Keduniaan) ?

Maka ILMU ini hanya layak untuk mereka yang ingin BERMA'KRIFAT semata-mata atau hanya kepada AHLINYA sahaja (Orang khawas).
Sebab itu, bila mereka tidak berpakaian seperti Para Guru-Guru Syariat atau Tarekat contohnya, maka tidak ramailah yang perasan akan ILMU yang di hijabkan ini.

Guru-Guru MURSYID ini tidak dikenali ramai, seterusnya tidak mendapat tumpuan dari mereka-mereka yang tidak TEMBUS melihatnya, yang akhirnya mereka ini akan lenyap sedikit demi sedikit, sampailah tinggal Guru-Guru yang mengajar pun tidak faham Hakikat Ketuhanan.
(Sangat bertuahlah jika anda telah dapat berguru dengan Guru MURSYID)

Para MURSYID yang HAQ akan melihat sesuatu (Dengan mata firasat mukmin dengan izin Allah swt) fiotnah (Kerosakan) pada Umat sebelumnya, ianya berlaku dan mereka akan cuba mengingatkan kepada Umat akan kerosakannya agar masing-masing dapat menyelamatkan diri.

Orang awam yang tidak dipimpin oleh MURSYID pula, mereka akan terlibat didalam Fitnah tersebut dan merekalah sebahagian daripada Fitnah itu dan mereka akan mencaci maki sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan mereka termasuklah Para Ulama dan
akan menganggap Ulama yang beza pendapat dengan mereka itu sebagai,
Ulama Jahat,
Ulama "Tidak kaji habis",
Ulama "Tidak belajar habis",
Ulama "Tidak research dulu sebelum buat statement",
Ulama "Ke laut" dan lain-lain gelaran.

Mereka akan hanya sedar apabila mereka telah dilanda Fitnah selepas semuanya sudah rosak dan keadaan tidak dapat diselamatkan lagi. Ketika itu mereka terpaksa menjilat ludah mereka sendiri. Itulah yang berlaku sejak dari dulu dan ia akan terus berlaku sampai sekarang dan sampai Hari Kiamat sekalipun.

Tambahan lagi di Akhir Zaman ini yang penuh dengan Fitnah Dajjal. Yang putih dikatakan hitam, yang hitam dikatakan pelangi, yang busuk dikatakan kasturi.
Orang yang tiada MURSYID, tiada Sohbah dengan MURSYID, tiada berada didalam pimpinan MURSYID, mereka tidak mungkin akan terselamat dari Fitnah ini, walaupun mereka seorang Ulama.
Sekadar nasihat, carilah Guru-Guru MURSYID itu sebelum kita kehilangan jejak mereka, kerana mereka itulah sebenarnya WALI-WALI ALLAH swt. Jika dapat berjumpa mereka, sangatlah beruntung kerana dapat mengambil Ilmu dan Barokah darinya dan Guru-Guru KEROHANIAN ini juga akan membawa kita SELAMAT Didunia dan Akhirat.

"Barangsiapa yang tidak mempunyai MURSYID, syaitanlah yang akan menjadi gurunya."
(Imam Malik)
"Jika seseorang berjalan tanpa MURSYID, dia akan tersesat. Dia akan menghabiskan umurnya tanpa mencapai apa yang diharapkan."
(Ibnu Athaillah)
"HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM"
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan