Apa itu MURAQABAH?

Definasi M U R A Q A B A H ❤️

Dari segi bahasa MURAQABAH bererti pengawasan dan pantauan. Sikap muraqabah ini mencerminkan adanya pengawasan dan pemantauan ALLAH terhadap Dirinya. Dari segi istilah, MURAQABAH Pula adalah suatu keyakinan yang di-miliki seseorang bahawa ALLAH SWT senantiasa mengawasinya, melihatnya, mendengarnya, dan mengetahui segala apa pun yang di-lakukannya dalam setiap waktu, setiap saat, setiap nafas dan setiap kerdipan mata sekalipun.

Muraqabah kepada ALLAH adalah mengetahui bahawa ALLAH mengetahui segala yang dia lakukan, baik berupa ucapan, perbuatan, atau keyakinan (Syarah Riyadhus Shalihin, II: 218)

Syeikh Ibrahim bin Khawas mengatakan, "bahawa Muraqabah adalah bersihnya segala amalan, baik yang sembunyi-sembunyi atau yang terang-terangan hanya kepada ALLAH,"

Salah seorang Ulama' juga mengungkapkan bahawa Muraqabah ini merupakan salah satu bentuk ibadah kepada ALLAH dengan pemahaman sifat " Ar-Raqib, Al-Alim, As-Sami' dan Al-Bashir " yang ada pada ALLAH SWT.

Maka barangsiapa yang memahami Sifat ALLAH ini dan beribadah atas dasar meyakini sifat-sifat ALLAH ini maka akan tumbuhlah di dalam Dirinya sifat Muraqabah.

صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد 
 ØµَÙ„َّÙ‰ اللّÙ‡ُ عَÙ„َيهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…


AMALAN MURAQABAH MENURUT USTAZ AZHAR IDRUS

Menurut Ahli Sufi, minda atau akal fikiran bukanlah satu-satunya pusat kesedaran dalam diri manusia kerana ada beberapa pusat-pusat halus lain yang juga berfungi sebagai pusat kesedaran yang mana hati atau Latifah Qalb adalah pusat kesedaran yang paling utama. 

Hati atau Latifah Qalb adalah tempat kedudukan utama pusat cahaya atau pusat kesedaran dan dapat melihat kebenaran secara langsung. Hal ini boleh berlaku dengan satu syarat: hati atau Latifah Qalb mestilah dihidupkan.

Setiap jalan tariqat menggunakan suatu teknik atau kaedah yang menjadi asas amalan utama untuk peningkatan rohani. Kebanyakan jalan tariqat , kaedah yang utama adalah dengan jalan Zikir. Di dalam Tariqat Nashabandi Mujaddidi, Meditasi atau Muraqabah adalah amalan asas yang utama untuk peningkatan rohani. Terdapat perbezaan di antara amalan Muraqabah kami dan amalan Muraqabah dalam jalan Tariqat yang lain. Kami tidak melakukan Muraqabah dengan memusatkan tenaga dari tubuh fizikal pada satu titik seperti yang dilakukan di jalan Tariqat yang lain. Dalam Tariqat ini, Muraqabah adalah untuk melepaskan diri dari kegiatan duniawi, dan untuk jangka masa yang tertentu, memberi seluruh tawajjuh dan perhatian terhadap Allah swt. Setelah menjalani 10 pelajaran asas, Salik boleh memilih untuk memajukan diri dan meneruskan perjalanan mereka dengan mengikuti cara hidup berdasarkan prinsip-prinsip Islam dan sunnah Nabi Muhammad (saw).

Sesetengah Salik mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk menamatkan pelajaran pertama sementara Salik yang lain, dapat mencapai kemajuan dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keadaan mereka ketika mereka memulakan perjalanan Tasawuf, dan juga dedikasi terhadap amalan-amalan yang dianjurkan.

Amalan asas bermula dengan Muraqabah pada Latifah Qalb dimana niat dilakukan dan Salik duduk diam selama 45 minit. Tidak ada postur kedudukan yang dikhaskan semasa bermuraqabah, tetapi apabila Salik duduk dengan sabar, limpahan Faiz atau limpahan Ilahi akan dikurniakan kepada Salik. Beberapa manfaat fizikal dan batin mungkin dialami secara langsung. Sesetengah Salik dapat mengalami peningkatan diri dalam kesenangan dan sifat Qana’ah, kesabaran dan toleransi, dan pembangunan dalam wawasan peribadi dan pemahaman sebagai kesan dari melakukan amalan Muraqabah.

Perjumpaan mingguan, di mana kumpulan kecil Salik duduk dalam Muraqabah bersama-sama, dapat membantu Salik untuk maju dengan lebih cepat. Melalui latihan Muraqabah dan Zikr secara istiqamah, dapat membantu Salik untuk mencapai keikhlasan dan merapatkan hubungannya dengan Allah swt.

صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد 
 ØµَÙ„َّÙ‰ اللّÙ‡ُ عَÙ„َيهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…

#Channel Telegram Kitab Tasawuf Online 
Share on Google Plus

About Loonaq Records

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan