" WUDUK ZAHIR & WUDUK BATIN "
Pada suatu hari ,
Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya ;
" Wahai Aba Abdurrahman ;
Bagaimanakah caranya Tuan solat ?”
Hatim berkata :
"Apabila masuk waktu solat , aku berwuduk zahir dan batin .”
Isam bertanya :
" Bagaimana wuduk zahir dan batin itu ?”
Hatim berkata :
" Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air .”
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :
1) Bertaubat
2) Menyesali dosa yang telah dilakukan
3) Tidak tergila-gilakan dunia
4) Tidak mengharap pujian orang (riak)
5) Tinggalkan sifat berbangga
6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7) Meninggalkan sifat dengki .
Seterusnya Hatim berkata :
"Kemudian aku pergi ke Masjid , aku kemaskan semua anggota ku dan menghadap kiblat .
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan :
Aku sedang berhadapan dengan الله , Syurga di sebelah kanan ku ,
Neraka di sebelah kiri ku , Malaikat Maut berada di belakang ku , dan
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solat ku kali ini adalah solat terakhir bagi ku , kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik ."
“ Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat , aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu' , aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan Ikhlas . Beginilah aku bersolat selama 30 tahun ”.
Apabila Isam mendengar , menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
0 comments:
Catat Ulasan