MASJID PERTAMA DI INDIA YANG DIBINA PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
Ini adalah masjid pertama di India yang dibina pada tahun 629 Masihi, terletak di Kerala, India. (lihat gambar yang menunjukkan tarikh pembinaannya).
Jika diambil tarikh kewafatan Rasulullah SAW pada 632 Masihi (Tahun ke~11 Hijrah), ini bermakna masjid ini dibina pada tahun ke~8 atau ke~9 Hijrah.
Ini juga bermakna, Islam telah sampai ke India pada zaman Rasulullah SAW.
Ini tidak mustahil kerana terdapat kisah bagaimana Raja India pada masa itu melihat bulan terbelah dua ketika peristiwa Nabi membelah bulan. Lalu, raja ini menghantar rombongan untuk menyiasat punca berlakunya perkara yang ajaib itu. Akhirnya, mereka bertemu dengan Rasulullah SAW lalu memeluk Islam.
Beberapa orang Sahabat telah dihantar bersama rombongan ini untuk pulang ke India bagi menyebarkan dakwah di sana.
Ada orang mengatakan masjid ini dibina oleh Malik bin Dinar, seorang Tabiin. Tapi admin cuba menyemak tarikh kelahiran Malik bin Dinar adalah pada 658 Masihi dan meninggal pada usia 90 tahun. Jadi, ianya mustahil kerana masjid ini dibina pada tahun 629 Masihi.
Namun, apabila admin membuat semakan semula, didapati Malik bin Dinar yang membina masjid ini merupakan seorang Sahabat Nabi. Oh, rupanya ada dua orang yang bernama Malik bin Dinar iaitu seorang Sahabat Nabi dan seorang lagi adalah Tabiin.
NAK TAHU TENTANG ORANG INDIA PERTAMA MEMELUK ISLAM DAN SETERUSNYA MENJADI SAHABAT NABI?
NAK TAHU TENTANG SAHABAT NABI YANG BERDAKWAH DI INDIA?
Baca di sini:
1. RAJA INDIA YANG PERTAMA MEMELUK ISLAM PADA ZAMAN NABI.
2. KISAH RAJA INDIA YANG MEMELUK ISLAM DI HADAPAN RASULULLAH SAW DAN SIAPAKAH MALIK BIN DINAR YANG MAKAMNYA BERADA DI INDIA?
3. KESUNGGUHAN RAJA CHERAMAN MENDALAMI ISLAM, MENYEBARKAN ISLAM DAN PEMBINAAN MASJID DI INDIA MENERUSI USAHA MALIK BIN DINAR
Nota kaki
Masjid yang nampak dalam gambar ini telah diubahsuai dari semasa ke semasa sehingga hilang bentuk asalnya.
0 comments:
Catat Ulasan