YAQIN. AINUL YAQIN. HAQQUL YAQIN dan KAMALUL YAQIN.


 YAQIN. AINUL YAQIN. HAQQUL YAQIN dan KAMALUL YAQIN.

Maharaja rama-rama memerintah 3 ekor rama-rama untuk menyiasat *mengenal* api yang tidak jauh dari mereka.
1/ maka terbang lah rama-rama yang pertama kearah api dan dia melihat jelas *dari jauh* api yg dimaksudkan. Maka ini lah yang dikatakan YAQIN.
2/giliran rama-rama yg kedua terbang kearah api. Dia melihat api. Dia semakin mendekat kearah api. Dan *dia merasakan panasnya api*.Ini lah umpama AINUL YAQIN.
3/giliran rama-rama ketiga terbang menuju api. Dia melihat api. Kemudian ia mendekatkan diri kepada api serta merasakan panasnya api. Kemudian dia menjunamkan dirinya kedalam api tersebut. Maka *terbakar* lah dia@binasa.(kenal sebenar kenal) ini umpama HAQQUL YAQIN.
Semantara yg dikatakan KAMALUL YAQIN (keyakinan yg sempurna) adalah seseorang yg telah mencapai haqqul yaqin kemudian ia kembali kepada *syariat MUhammad*.ia menjalani taqdirnya dan sadar siapa dirinya dalam gerak diam nya ketika menjalani taqdirnya itu.
Bagaikan seekor rama-rama yang terbakar/binasa/mati maka seorang ahli makrifat itu telah *mati* namun matinya seorang ahli makrifat bukannya terputus nya dari badan. Terputus nyawa dari badan itu bukannya mati tetapi hanya pertukaran tempat atau alam.
Nabi bersabda * matilah sebelum mati*
Maka syekh al-alawi pula berkata *mati yg sebenar menurut orang-orang sufi ialah *FANA* atau lenyapnya sihamba itu.
Ahli makrifat itu mati kepada dirinya sendiri dan mati kepada alam seluruhnya. Ia hidup di *alam* Allah swt. Kalau di tanya tentang ujud dirinya dia tidak akan menjawab.
Abu yazid bustami pernah ditanya tentang dirinya. Lalu beliau menjawab *Abu yazid telah mati mudah-mudahan Allah cucuri rahmat keatasnya. INI LAH MATI YG HAKIKI.
Seorang ahli makrifat itu harus mencapai haqqul yaqin. Seorang ahli makrifat yg telah mencapai haqqul yaqin keyaqinan nya sgt teguh meski pn dihina dituduh sesat dan menyesatkan dan berbagai ancaman lagi semua itu dianggap hiburan penyedap halwa (telinga) malah ada yg sampai dibunuh dipaksa merubah keyaqinan spt Al-hallaj dan Syekh siti jenar namun mereka-mereka yg sudah mencapai haqqul yaqin tetap menjalani dgn redha dan tenang.
Haqqul yaqin adalah tunjang dlm bermakrifat. Haqqul yaqin itu anugerah Allah. Allah membuka hati seseorang memperkenalkan dirinya kepada dirinya.
Dengan haqqul yaqin * ia datang dengan berjalan. Aku datang dengan berlari. (hadis qudsi)
Moga kita dianugerahkan haqqul yaqin seterusnya berada dalam kamalul yaqin.
Haqqul yaqin bermaksud *keyaqinan yg benar*
Kamalul yaqin pula *keyakinan yg sempurna*.....
( Sumber dari
Haja Kamsol
dan
Zara Akob
. )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Komen