Sejarah pondok di Kelantan.


Sejarah pondok di Kelantan 

Di dalam sejarah pondok di Kelantan. Ada 3 pondok yang paling mahsyur dan terkenal di Nusantara. Pelajarnya bukan sahaja dari Malaysia malah dari Patani, Kemboja, Indonesia dan ada di antara mereka juga berasal dari negara Arab.



1. Pondok Kenali

- Ditubuhkan pada 1911
- Diasaskan oleh Tok Kenali
- Ratusan ulama' lahir dari pondok ini. Mufti, qadhi, tok guru pondok, pemimpin, pengarang kitab.
2. Pondok Bunut Payong
- Ditubuhkan pada 1931
- Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (Murid Kanan Tok Kenali)
- Hampir 200 pelajar dari pondok ini menjadi tok guru pondok, mufti dan tokoh ilmuan
3. Pondok Pasir Tumboh
- Ditubuhkan pada 1954
- Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Mustaffa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Murid Tuan Guru Haji Abdullah Tahir)
- Sehingga kini telah melahirkan ratusan tok guru, asataziah dan juga beberapa mufti.
Apabila kita lihat, sebenarnya sanad keilmuan mereka bersambung. Tuan Guru Haji Mustaffa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz mengaji dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir. Dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir pula mengaji dengan Tok Kenali. Warisan sanad keilmuaan ini berkembang sehingga ke hari ini dan insyaAllah berterusan sehingga akhir zaman.
( sumber dari Tengku Yusuff / Pondok )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan