RAHSIA HIDUP

 


RAHSIA HIDUP

Nafas adalah rahsia dari hidup dan kehidupan, dengan nafas yang benar tidak ada suatu apa pun di alam semesta ini yang tidak dapat di transformasikan.
Semenjak nyawa di masukkan ke dalam jasad manusia ke dalam rahim ibunya hingga lahir ke dunia, tidak sedetik pun nafasnya berhenti berzikir kepada diri si empunya diri
(Tuhan alam semesta )
Apakah yang disebut nyawa?
Nyawa adalah nafas rahsia, nyawa itu dijadikan dari Jauhar Basita, jika hilang nyawa di antara jasmani dan rohani maka seseorang itu akan mengalami apa yang di sebut mati, dan bahawa sesungguhnya nyawa itu terdiri dari 4 unsur kehidupan, iaitu NAFAS, AMFAS, TANAFAS, NUFUS.
Dan sesungguhnya hidup nafas itu kerana amfas, hidup amfas itu kerana tanafas, dan hidup tanafas itu kerana nufus, dan hidup nufus itu dengan rahsia, dan rahsia itu adalah diri rahsia Allah SWT iaitu diri batin kita, seperti firman Allah SWT di dalam hadis qudsi yang ertinya : “manusia adalah rahsia ku, dan diriku lah rahsianya."
.
NAFAS : Nafas adalah nyawa tubuh kita, dan dia adalah sebenar – benar tubuh kita yang tidak mengenal cacat cela juga tidak mengenal binasa, Nafas itu letaknya di mulut, yang menjadi tempat keluar masuknya nyawa dari tubuh manusia, ada pun zikir nafas ketika masuk ke batang tubuh manusia adalah “HU“, dan ketika keluar dari batang tubuh manusia adalah “ALLAH”, dan asal nafas itu dari huruf ALIF.

AMFAS : Amfas adalah sejatinya hati nurani, yang menjadi nilai kepada ALLAH SWT, amfas itu letaknya di hidung, yang menjadi tempat keluar masuknya rahsia dari tubuh manusia, ada pun zikir amfas ketika masuk ke batang tubuh manusia adalah “ HU “, dan ketika keluar dari batang tubuh manusia adalah “ALLAH”, dan asal anfas itu dari huruf ALIF – HAMZAH BARIS ATAS
TANAFAS : Tanafas adalah sebenar – benar diri yang berdiam di dalam PUAD, ada pun zikir tanafas tetap diam dengan "HU-ALLAH", dan asal tanafas itu dari huruf ALIF – HAMZAH BARIS BAWAH

NUFUS : Nufus adalah sebenar – benar rahsia iaitu Af’al kepada Zat ALLAH SWT, nufus tempatnya di dalam tubuh manusia, dia tidak keluar, tidak ke kanan, tidak ke kiri, tidak ke atas, tidak ke bawah, tidak ke depan, tidak ke belakang, dia adalah ALIF pada tubuh insan yang meliputi sekalian tubuh manusia, ada pun zikir nufus tetap diam, dan terdiri dari huruf ALIF – HAMZAH BARIS DEPAN
Nufus berada di katup jantung dan bahawa sesungguhnya barang siapa yang tidak menemukan dan memahami hakikat zikir nafas maka sesungguhnya orang tersebut tidaklah dapat mencapai makam SOLAT DAIM.
Ada pun nafas anak – anak yang masih di dalam kandungan rahim ibunya tidak keluar masuk melalui hidung dan mulutnya (belum ada nafas dan amfas) melainkan bernafas dengan tanafas dan nufus, Jadi zikir rahsia nafas itu adalah : ( A – AA – II – UU )
INILAH SALAH SATU ILMU YANG WAJIB DIKETAHUI DAN DIAMALKAN JIKA DIRIMU INGIN MENGENAL SEBENAR DIRIMU, SEBENAR NABIMU DAN SEBENAR TUHANMU, JIKA TIDAK MAKA DIRIMU ADALAH PENIPU
Jika ada seseorang bertanya: “Bagaimanakah aku harus mengeluarkan cinta dunia dari hatiku?” Maka jawapan nya adalah: “Hendaklah memperhatikan cintamu pada Allah."
Ambillah alat ukur berupa cermin, lalu pandanglah dirimu melalui cermin itu. Perhatikanlah, apakah engkau seorang Mukmin atau seorang Munafik? Apakah engkau seorang yang bertauhid atau seorang yang musyrik?
Bantulah aku ya Allah, agar aku dapat menundukkan hawa nafsuku dan memabukkan akal ku dengan anggur cinta-Mu, agar aku kehilangan diriku lantas memperoleh kesedaran-Mu, agar jiwa aku fana dan hidup dalam diri-Mu. Amiin².

( Sumber dari Hakikat Insan )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan