Racun Berbisa
4 jenis racun ini jika tak dikawal, akan buatkan hati semakin binasa lalu mati?
Racun pertama adalah banyak bicara.
Ya, bicara yang terlalu banyak akan meracuni hati insan.
Kerana lisan yang tak dikawal akan mendorong kepada percakapan fitnah, ghibah, namimah, perkataan batil lagi keji, ucapan dengan 2 maksud, perdebatan, dusta dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam."
(HR Bukhari & Muslim)
Jika nak jaga hati daripada tercemar, jagalah lisan.
Kawallah apa yang terkeluar dari mulut dan tulisan kita.
Racun kedua pula adalah banyak makan.
Yup, banyak makan!
Tak dinafikan, makan adalah salah satu keperluan hidup tetapi jika berlebihan, akan membinasakan!
Makan dalam kuantiti sedikit akan melembutkan hati, menguatkan fikiran serta melemahkan hawa nafsu juga marah.
Tapi, sebaliknya akan berlaku sekiranya makan terlalu banyak!
Makan yang terlalu banyak juga mendorong anggota tubuh membuat pelbagai kemaksiatan dan merasa berat untuk beribadah.
Nauzubillahiminzalik
Lihatlah contoh Rasulullah SAW kita yang agung.
Kita tahu bahawa Nabi SAW dan para sahabat sering berlapar, walaupun hakikatnya kerana ketiadaan makanan ketika itu. Nabi makan berhenti sebelum kenyang.
Tetapi, bukankah kita juga tahu yang Allah SWT telah memilih keadaan terbaik untuk rasul-Nya?
Renungkanlah!
Racun ketiga adalah berlebihan dalam bergaul.
Salah pilih sahabat, buruk akibatnya!
Sebab itulah racun ketiga adalah berlebihan dalam pergaulan.
Bukan bermakna kita tak boleh ada sahabat langsung, salah fikiran tu.
Tapi, pilihlah sahabat yang berkualiti!
Bergaul dan bersahabatlah dengan mereka yang akan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Carilah sahabat seperti itu!
Racun yang terakhir adalah banyak memandang. Pandangan mata. Dari mata turun kehati.
Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan.
Ini seperti firman-Nya dalam Surah An-Nur, ayat 30:
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Berlebihan melihat sesuatu akan membangkitkan perasaan indah kepada perkara tersebut. Seterusnya merosakkan hati kerana tarikan kepadanya.
Hati juga akan diracuni akibat pandangan berlebihan yang pasti mewujudkan api syahwat serta angan-angan.
Sehinggalah seseorang itu terlalu leka dengan apa yang dipandang, lalu melupakan perkara yang bermanfaat untuknya.
Cuba perhatikan, berapa ramai manusia yang terlalu leka memandang kepada selebriti, idola, penyanyi, pelakon dan sebagainya?
Berapa ramai juga yang leka dengan kemewahan dunia yang dilihatnya?
Berapa ramai juga yang lalai dengan kepalsuan media sosial?
Nafsu suka kepada perkara yang melalaikan
Perhatikanlah!
Semoga kita dapat menjaga diri daripada meracuni hati. Berlaku tegaslah dengan apa yang keluar dan masuk ke dalam tubuh.
Jagalah hati kerana fitnah akhir zaman teramat halus menyelinap dalam diri insan!
( Sumber dari Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )
0 comments:
Catat Ulasan